Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) telah pun melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) sulung pertama mereka pada tahun lalu 2018 yang dikenali sebagai Proton X70. Ianya telah mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia sehingga dinobatkan sebagai juara bagi SUV segmen premium dan executive serta juara dalam jualan kumulatif bagi SUV di Malaysia. Susulan kejayaan itu, kini Proton bakal melancarkan SUV keduanya yang sedang tular di media sosial dengan nama Proton X50
Spekulasi mengenai namanya telah dijelaskan dengan tersebarnya gambar maklumat pendaftaran trademark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh Proton yang menunjukkan proton bakal meneruskan penggunaan nama alphanumerik iaitu X50. Kenderaan yang merupakan SUV segmen B ini juga dianggap sebagai adik kepada X70 (SUV segmen C) berikutan spesifikasinya yang lebih rendah termasuklah harganya sendiri (jangkaan)
Kerjasama Proton bersama Geely masih diteruskan dengan mengadaptasi SUV subkompak yang telah pun dilancarkan di China iaitu Geely Binyue. Ianya dibangunkan dengan Geely’s B-segment Modular Architecture (BMA) bersama Volvo yang masih belum digunakan lagi dengan mana-mana model kenderaan oleh syarikat automotif premium tersebut. Dengan memasuki pasaran SUV B-segmen, Kenderaan ini dijangka bakal bersaing dengan model seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Peugeot 2008 dan lain-lain
Berdasarkan Geely Binyue di pasaran China, model tersebut tersedia dalam dua varian iaitu 1.0 liter enjin turbo (134 hp dan 205 Nm) dan 1.5 liter enjin turbo (174 hp dan 255 Nm) beserta ciri-ciri dual zone, climate control, power adjustable driver dan panoramic sunroof. Walau bagaimanapun, pengesahan oleh Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun menyatakan Proton akan memperkenalkan model terbaru yang akan dijana dengan kuasa enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo yang kebarangkalian tinggi sekali adalah X50
Harga, Spesifikasi Dan Gambar Kereta SUV Kedua PROTON X50 Baharu
Kemaskini: X50 AKAN DILANCARKAN PADA 27 OKTOBER 2020
Proton X50 akan dilancarkan pada 27 Oktober 2020 secara digital atau alam maya (virtual launch) pada pukul 10.50 pagi menerusi pengumuman di laman Facebook rasmi Proton. Justeru, dijangka harga bagi Proton X50 untuk setiap varian akan diumumkan pada sesi tersebut.
Kemaskini: X50 AKAN DITAYANGKAN PADA 15 SEPTEMBER 2020
- Proton X50 bakal ditayangkan buat kali pertama kepada media pada 15 September ini
- X50 dikatakan bakal dilengkapi ciri Bantuan Parkik Automatik (APA) iaitu dengan menekan butan APA kenderaan boleh diparkik automatik yang pertama kali diperkenalkan dalam model Proton
- Selain itu, X50 juga akan mempunyai ciri keselamatan yang dinaiktaraf daripada X70 iaitu teknologi bantuan pemandu ADAS 1.0 kepada versi 2.0 yang terdiri daripada Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan lain-lain
- Secara rasmi juga Proton telah mendedahkan gambar sebenar Proton X50 yang bakal dilancarkan seperti berikut:
X50 AKAN DILANCARKAN PADA TAHUN 2020 DALAM VERSI PEMASANGAN TEMPATAN
- Berdasarkan kenyataan CEO Proton, beliau mengesahkan bahawa Proton akan melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya iaitu x50 dalam tahun ini (2020)
- Proton SUV kedua akan dilancarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) secara terus berbanding x70 yang diperkenalkan dalam versi import (CBU) ketika awal pelancarannya
Proton SUV Kedua dijangka dilancarkan sekitar tahun hadapan, 2020 menurut sumber yang boleh dipercayai. Mengenai harga jangkaan seperti yang ditularkan sekitar RM75,000 sehingga RM95,000 seunit, ianya masih belum dapat dipastikan kerana belum ada pengumuman rasmi mengenainya. Apa yang dapat dijangka adalah apabila Proton X70 dijual dengan harga serendah RM99,800, pastinya X50 bakal menawarkan harga yang lebih murah daripada SUV segmen tersebut
MYsumber akan mengemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja menerima pengumuman rasmi daripada pihak Proton. Berikut dikongsikan foto pendaftaran nama X50 oleh Proton, beberapa gambar yang diadaptasi daripada Geely Binyue, serta perbandingan ciri-cirinya dengan Honda HR-V seperti yang tular di media sosial
Harga Rasmi Mengikut Varian
Tempahan boleh dibuat mulai 16 September 2020 dengan fi tempahan sebanyak RM500. Harga berikut adalah rasmi seperti diumumkan Proton pada 27 Oktober 2020
- 1.5T Standard : RM 79,200
- 1.5T Executive : RM 84,800
- 1.5T Premium : RM 93,200
- 1.5 TGDi Flagship : RM 103,300
*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans
Variasi Warna
Snow White | Armour Silver |
Jet Grey | Ocean Blue |
Citric Orange | Passion Red |
Ciri Unik
- Enjin Varian Premium dan Flagship boleh dihidupkan secara kawalan jauh
- Rupa depan menggunakan konsep Infinity Weave untuk rekabentuk gril dan lencana baharu Proton
- Bantuan parkir automatik (hanya perlu tekan butan konsol gear)
- Mirrorlink untuk disambungkan ke telefon pintar
- 8 pemegang cawan untuk penumpang depan dan belakang
- Semua varian dilengkapi jaringan tanpa wayar 4G dan lampu utama LED
- Spidometer jenis digital dan cermin sisi boleh lipar automatik
- Tiga port USB ( satu di depan dan dua di belakang)
- Tayar Continental UC6 215/55 dengan rim 16 jejari 18 inci
- Sistem operasi infotainment GKUI 19 dengan CPU E01 Quad-Core (lebih maju daripada x70)
Spesifikasi Proton X50
1.5T Standard
- 1.5L Turbo Enjin petrol 3-Silinder
- Transmisi DCT 7-Kelajuan
- Kuasa 150ps (148hp) dan tork 226Nm
- Lampu depan LED penuh
- Rim aloi 17 inci
- 4 beg udara SRS
- Ventilator penyaman udara belakang
- Kerusi Fabrik
- Ventilator penyaman udara belakang
- Unit Infotainment dengan skrin 8 inci
Pilihan Warna:
- Snow White
- Armour Silver
- Ocean Blue
1.5T Executive
Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.5T Standard cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah
- 6 Beg Udara SRS
- Stereng Kulit
- Lampu Depan Automatik
- Lampu Kabus Depan
- Kerusi Kulit
Pilihan Warna:
- Snow White
- Armour Silver
- Ocean Blue
- Jet Grey
- Citric Orange
1.5T Premium
Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.5T Executive cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Rim Aloi 18 inci
- Kerusi Pemandu Elektrik
- Unit Infotainment dengan skrin sentuh 10.25 inci
- Kamera 360º
Pilihan Warna:
- Snow White
- Armour Silver
- Ocean Blue
- Jet Grey
- Citric Orange
- Passion Red
1.5 TGDi Flagship
Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada 1.5T Premium cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah
- 1.5L TGDi Enjin 3-silinder turbo suntikan terus
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.0
- Warna Badan Dwi-Tona (Bumbung dan pilar hitam)
- Bumbung panoramik
Pilihan Warna:
- Snow White
- Armour Silver
- Ocean Blue
- Jet Grey
- Citric Orange
- Passion Red
Gambar Rasmi Proton X50
Berikut adalah gambar rasmi Proton X50 yang telah ditayangkan semasa Pra-Pelancaran Proton X50
Berikut adalah gambar yang tular di Media Sosial mengenai perbandingan Proton X50 (Jangkaan) dan Honda HR-V
Related : segment suv, upcoming x50, based on the geely binyue, waiting for the proton x50, compact suv, upcoming proton, facebook page, social media, early bookings order books, official announcement, starting price, earned money, early booking, proton dealer, cylinder engine 226 nm x50 flagship flagship variant top variant 150 ps 177 ps and 255 standard executive range topping tanjung malim