Menjelang Aidilfitri, setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Moga koleksi ucapan yang disertakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan dalam menyambut hari raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan, kesyukuran dan keikhlasan
Senarai Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Berikut MYsumber sertakan koleksi ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter dan Instagram mahupun di laman jaringan sosial yang lain
Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin.
Jika jiwa sebening air,
Maka jangan keruhkan,
Jika hati seputih awan,
Jangan mendungkan,
Raih kemenangan dengan saling bermaafan,
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Sekarang nak hantar kad raya sudah tidak relevan lagi,
Ucapan Whatsapp aje penggganti diri,
Maaf Zahir dan Batin.
Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tidak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan,
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidil fitri,
WHATSAPP dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
WhatsApp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Kalau dilipek sebosar kuku,
Kalau dibontang sebosar alam,
Kok hilang dicaghi,
Kok hanyut dipinteh,
Kok tonggolam disolam,
Datang biarla nampak muko,
Kok poei biarla nampak belakang,
Jauh diimbau,dokek digamit.
Seuntai salam,sojambak kato,
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Masak lomak cili api,
Campo dongan ! daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.
Di muara banyak buaya,
Buaya timbul setiap hari,
Covid-19 sungguh berbahaya,
Semua diharap tidak lupa jaga diri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa.