TTA PLUS 2024 Jadual Waktu Perjalanan Cuti Hari Raya Aidilfitri

Berita

Berita

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuh raya PLUS bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan teruk pada perayaan Aidilfitri

TTA terbukti berkesan apabila membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota serta mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak

Apabila setiap pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mematuhi jadual perjalanan ini, ia sekali gus dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan daripada bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama

Jadual Waktu Perjalanan Cuti Hari Raya Aidilfitri Plus (TTA) 2024

TTA juga memainkan peranan yang penting dalam membantu mengagihkan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak.

Tips Keselamatan Pengguna Lebuh Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

  1. Rancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)
  2. Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan
  3. Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan
  4. Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk
  5. Pastikan kad Touch ‘n Go dan RFID anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda
  6. Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis atau pihak yang terbabit
  7. Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat
  8. Pakai tali keledar
  9. Patuhi had laju yang ditetapkan
  10. Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda
  11. Pandu dengan berhemah pada setiap masa

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Plus

TERKINI : PLUS Malaysia telah melancarkan aplikasi PLUS untuk pengguna lebuhraya memuat turun di telefon masing-masing. Aplikasi ini, merangkumi ciri TTA untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan semasa musim perayaan berdasarkan data yang telah dikumpul dan dianalisa oleh pihak PLUS. Pautan muat turun boleh dibuka di bawah:

Berikut adalah lampiran jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari 19 April hingga 1 Mei 2023 yang dikeluarkan oleh PLUS bersempena dengan cuti musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2023

cadangan-waktu-perjalanan-hari-raya-aidilfitri-2023-TTA-plus

Penerangan Berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Plus

1. Dari Lembah Klang Ke Negeri Lain (Perjalanan Pulang Ke Kampung, 19 April – 1 Mei 2023)

Pengguna dari Lembah Klang (Kuala Lumpur) ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor disaran memasuki Lebuh Raya sebelum jam 9 pagi. Manakala bagi pengguna yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya di antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang

2. Perjalanan Kembali Ke Lembah Kelang (19 April – 1 Mei 2023)

Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara) dan Johor balik ke Lembah Kelang disaran memasuki Lebuh Raya sebelum jam 9 pagi manakala lain-lain negeri yang tidak dinyatakan balik ke Lembah Klang disaran memasuki Lebuhraya selepas 10 pagi

Rancang Perjalanan Terlebih Dahulu

Sebelum bergerak pulang ke kampung halaman untuk beraya, perancangan perlulah dibuat terlebih dahulu bagi memastikan perjalanan menjadi lebih teratur dan lancar. Seperti kata orang, gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal.

Oleh sebab itu, pihak PLUS sendiri telah pun mengeluarkan panduan ataupun berkongsi tentang cara untuk merancang perjalanan balik kampung lebih-lebih lagi pada hari kemuncak seperti sehari sebelum raya atau beberapa hari selepas raya apabila orang ramai sudah mula pulang ke kota untuk bekerja. Antara tips tersebut adalah seperti di gambar berikut:

Berita

 

Cara Semak Jalan Trafik Sesak

Untuk melihat sama ada jalan atau kenderaan trafik sesak ataupun tidak, bolehlah melayari laman web yang menunjukkan keadaan jalan raya secara live melalui kamera CCTV. Untuk panduan lanjut rujuk pautan:

 

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempenan Hari Raya Aidilfitri

Bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan akan menguatkuasakan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan pada waktu puncah iaitu pada 20 April dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 April dan 25 April 2023 (selepas perayaan).  Ini sebagai salah satu inisiatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan secara tidak langsung mengurangkan risiko kemalangan jalan raya berlaku.

Berita

 

Maklumat Lanjut 

Sebagai rujukan dan jika mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat terkini, sila rujuk pautan berikut:

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan