Allah SWT menjadikan Islam agama yang menyeluruh dan merangkumi segala aspek dalam kehidupan. Hal ini termasuklah memudahkan hamba-hambanya menjalankan ibadah dalam pelbagai situasi dan keadaan. Sebagai contoh, jika seseorang itu sakit dan tidak mampu untuk menunaikan solat dalam keadaan berdiri, maka dia boleh menunaikan solat dalam keadaan duduk. Bagi umat Islam yang bermusafir pula, mereka boleh menggunakan rukhsah dalam solat yang khas untuk orang yang bermusafir (menjamakkan solat)
Rukhsah solat adalah kemudahan atau keringanan yang dibolehkan buat orang Islam yang bermusafir untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak. Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya
Seseorang Islam itu dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan, sama ada melepasi kota sempadan, sungai, parit atau melalui kawasan yang tidak mempunyai bangunan lagi. Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar
Sebelum mempelajari cara solat jamak dan qasar, seharusnya seseorang umat Islam itu tahu pengertian kedua-duanya. Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, mengumpulkan solat zohor dengan asar atau sebaliknya. Solat ini terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir. Solat qasar pula bererti memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Hanya solat zohor, asar dan isyak sahaja yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat
Panduan Lengkap Cara Solat Jamak Dan Qasar Beserta Syarat & Contoh Niat
Berikut dikongsikan panduan syarat sah solat dan cara melakukan solat jamak dan qasar dengan mudah buat rujukan semua
Syarat-Syarat Musafir Yang Dibolehkan Solat Jamak Dan Qasar
- Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu
- Mengetahui destinasi yang dituju
- Musafir bukan untuk tujuan maksiat
Syarat-Syarat Solat Qasar
- Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
- Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
- Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
- Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram
- Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Jika niat untuk tinggal di satu tempat empat hari / lebih, tak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim. Dalam perjalanan sebelum sampai destinasi, boleh
- Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya
Syarat-Syarat Solat Jamak
Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak taqdim/ takdim dan jamak takhir:
- Jamak Takdim – Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor dan Maghrib)
- Jamak Takhir – Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Asar dan Isyak)
Syarat Jamak Takdim | Syarat Jamak Takhir |
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib | Berniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama |
Niat jamak pada waktu solat yang pertama | Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat |
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk) | – |
Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua | – |
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor
Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/ Maghrib) kemudian diikuti
oleh Solat Waktu kedua (Asar/ Isya’). Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua
Niat Solat Qasar Jamak Takdim (Zohor & Asar)
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu Asar:
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Solat Qasar Jamak Takdim (Maghrib & Isyak)
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niat solat jamak (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk jamak fardhu Isyak:
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya : Menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar”
Sunat atau afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/ Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/ Maghrib). Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama
Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi
- Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu zohor:
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isyak)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi
- Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib:
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak iga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Video Syarat Sembahyang Jamak Dan Qasar
Video Panduan Solat Jamak Dan Qasar Ringkas
Dalil Solat Jamak Dan Qasar
Nabi S.A.W. telah menggambarkan bahawa solat musafir seperti jamak dan qasar adalah dibenarkan menerusi hadis yang bermaksud;
“Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu? Jawabnya: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” [Hadis riwayat Muslim (705)]
Related : berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat, syarat solat qasar, orang yang bersolat tamam sempurna, empat rakaat jamak takhir kerana Allah Taala, syarat solat jamak,
Semak Kembali Artikel
- Panduan Lengkap Cara Solat Jamak Dan Qasar Beserta Syarat & Contoh Niat
- Syarat-Syarat Musafir Yang Dibolehkan Solat Jamak Dan Qasar
- Syarat-Syarat Solat Qasar
- Syarat-Syarat Solat Jamak
- Tatacara Menunaikan Solat Qasar Jamak
- Niat Solat Qasar Jamak Takdim (Zohor & Asar)
- Solat Qasar Jamak Takdim (Maghrib & Isyak)
- Tatacara Menunaikan Solat Qasar Jamak Takhir
- Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)
- Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isyak)
- Video Syarat Sembahyang Jamak Dan Qasar
- Video Panduan Solat Jamak Dan Qasar Ringkas
- Dalil Solat Jamak Dan Qasar