Panduan solat Dhuha. Selain solat fardhu lima waktu yang wajib didirikan oleh umat Islam, terdapat juga pelbagai jenis solat sunat yang dapat dilakukan sebagai salah satu cara untuk menambah amalan dan pahala. Antara solat sunat tersebut ialah solat sunat dhuha yang boleh dikerjakan sebanyak dua, empat (4 rakaat), enam atau sehingga 12 rakaat ركعة (setiap dua rakaat satu salam sebaiknya)
Mengerjakan Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan dan mempunyai banyak kelebihan buat mereka yang mengerjakannya. Ianya boleh dilakukan bermula dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak di atas kepala
Cara solat dhuha dapat dikerjakan adalah sama sepertimana solat-solat sunat yang lain. Ia dimulakan dengan niat, bacaan al-fatihah, diikuti dengan surah pada rakaat pertama dan kedua kemudian ditamatkan dengan salam. Sekiranya ingin menambah bacaan, digalakkan melafazkan bacaan doa dhuha selepas tamat menunaikan solat dhuha
Kenapa Penting Solat Dhuha?
Sembahyang sunat dhuha ini amat digalakkan kerana ia merupakan amalan yang membuka pintu-pintu rezeki agar seseorang itu dikurniakan kemurahan serta keberkatan rezeki. Selain itu, menunaikan solat sunat dhuha dapat memberikan ketenangan dalam diri dan memperoleh keampunan daripada Allah SWT
Panduan Lengkap Cara Solat Dhuha Mudah Serta Bacaan Doa
Buat yang berhasrat untuk mengamalkan solat dhuha dan menjadikan solat sunat ini sebagai rutin harian, berikut dikongsikan cara solat sunat dhuha yang mudah serta doa dan bacaan yang boleh dilafazkan untuk panduan semua
Waktu Solat Sunat Dhuha
Terdapat dua kaedah dalam mengira waktu Dhuha iaitu seperti berikut:-
1.Kaedah menentukan waktu Dhuha ialah dengan waktu Syuruk ditolak dengan waktu solat Subuh, kemudian dibahagi tiga dan seterusnya ditambah 15 minit sebagai Ihtiyati (berhati-hati).
Contoh
Waktu Subuh : 5.41 pagi
Waktu Syuruk : 7.04 pagi
7.04 pagi – 5.41 pagi = 123 minit
123 minit ÷ 3 = 41 minit
7.04 pagi + 41 minit = 7.45 pagi
7.45 pagi + 15 minit (Ihtiyati) = 8.00 pagi
Oleh sebab itu, waktu Dhuha adalah pada jam 8.00 pagi
2. Menentukan waktu Dhuha ialah dengan menambahkan 25 minit lagi selepas waktu Syuruk
Contoh
Waktu Syuruk : 7.04 pagi
7.04 pagi + 25 minit = 7.29 pagi
Oleh sebab itu, waktu Dhuha adalah jam 7.29 pagi
Waktu Dhuha melaksanakan solat sunat tamat setengah jam sebelum waktu Zuhur;
Bilangan Rakaat
Bilangan rakaat sembahyang dhuhanya boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dan 1 salam, empat rakaat dan 2 salam, enam rakaat dan 3 salam, lapan rakaat dan 4 salam atau sehingga 12 rakaat dengan 6 salam (mengikut kemampuan)
Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha
Maksudnya: Sahaja aku (اصلى) solat sunat dhuha 2 rakaat (رکعتين) kerana Allah ta’ala
Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
- Membaca doa iftitah
- Membaca surah Al-Fatihah
- Dianjurkan baca surah Asy-Syams (atau surah Al-Kafirun)
- Rukuk dan Iktidal
- Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
Rakaat Kedua
- Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Membaca surah Al-Fatihah
- Dianjurkan membaca surah Ad-Dhuha (atau surah Al-Ikhlas)
- Rukuk dan Iktidal
- Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua
- Duduk Tahiyyat Akhir
- Memberi salam
- Membaca doa solat sunat dhuha
بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلضُّحَ
وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَ
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَ
وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ
وَلَسَوۡفَ يُعۡطِيكَ رَبُّكَ فَتَرۡضَىٰٓ
أَلَمۡ يَجِدۡكَ يَتِيمٗا فَـَٔاوَىٰ
وَوَجَدَكَ ضَآلّٗا فَهَدَىٰ
وَوَجَدَكَ عَآئِلٗا فَأَغۡنَ
فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنۡهَرۡ
وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ
Doa Rasulullah SAW selepas Solat Sunat Dhuha
Dari Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW setelah selesai solat sunat Dhuha, baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
Allahummaghfir-li Watub’Alayya, Innaka Antattawabur-Rahim
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang
…sampai beliau membacanya seratus kali (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, No. 619)
Doa Solat Sunat Dhuha
Maksudnya:
Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
Bacaan Rumi
اللّهُمَّ إِنَّ الضّحَاءَ ضَحَاؤُكَ
Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka
وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ
Walbahaa’a bahaa uka
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ
Waljamaala jamaaluka
وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ
Walquwwata quwatuka
وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
Walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka
اللّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ
Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu
وَإِنْ كَانَ فِي اْلأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu
وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ
Wa’in kaana mu’assiron fayassirhu
وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ
Wa’in kaana harooman fathohhirhu
وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ
Wa’inkaana ba’idan faqorribhu
بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin
Kelebihan Solat Dhuha
Antara kelebihan solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
- Urusan harian dipermudahkan
- Dilimpahi dan murahkan rezeki
- Cara paling mudah untuk bersedekah
- Memperoleh pahala umrah
- Mendapat pengampunan dosa
- Sebagai motivasi pagi
- Rutin harian untuk menyihatkan tubuh badan dan minda
Dalil Solat Sunat Dhuha
Nabi S.A.W. telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A. agar tidak meninggalkan solat Dhuha melalui hadis bermaksud;“Kekasihku (Muhammad S.A.W.) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Related : al quran, berfirman wahai anak adam, riwayat abu, ص ل, ر ك ع ت ك ع ت ي م ن ك ل ص ل ى, الض ح ى, ان ي
VIDEO DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA
Related : berikan kepadaku hamba hambamu yang soleh, waktu dhuha dua rakaat kerana allah taala, dua rakaat solat dhuha, 8 rakaat, dilakukan pada waktu, riwayat muslim, waktu solat dhuha, bacalah surah al fatihah, berikan kepadaku wahai tuhan yang maha pemberi rezeki, ilmu dan hikmah, jadikan ia mudah, maha memberi akan ilmu, tuhan yang maha memberi, as syams, masuk waktu, semasa sujud, amalan solat, rakaat kerana allah, al kafirun dan al ikhlas, baik adalah sedekah setiap takbir allahuakbar itu adalah sedekah menyuruh berbuat, untuk mengerjakan solat sunat dhuha, waktu pagi atau sinar pagi, cukup bersedekah kepada semua sendi, sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana allah taala, bilangan rakaat solat sunat dhuha, berikan kepadaku abu hurairah ra bahawa nabi saw bersabda, أ ص ل ي س ن ة الض
Semak Kembali Artikel
- Panduan Lengkap Cara Solat Dhuha Mudah Serta Bacaan Doa
- Waktu Solat Sunat Dhuha
- Bilangan Rakaat
- Lafaz Niat Solat Sunat Dhuha
- Tatacara Menunaikan Solat Sunat Dhuha
- Rakaat Pertama
- Rakaat Kedua
- Doa Rasulullah SAW selepas Solat Sunat Dhuha
- Doa Solat Sunat Dhuha
- Bacaan Rumi
- Kelebihan Solat Dhuha
- Dalil Solat Sunat Dhuha
- VIDEO DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA