Panduan terkini cara solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Agama

Agama

Solat hari raya Idulfitri dua rakaat hukumnya sunat muakkad, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir

Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua

Terkini pada tahun ini, dunia telah dilanda wabak COVID-19 termasuklah negara kita justeru menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Maka kebanyakan negeri Malaysia telah menggalakkan solat sunat Aidilfitri dilakukan di rumah kerana masjid dan surau dibuka untuk jumlah jemaah yang terhad

Panduan Terkini Cara Menunaikan Sembahyang/ Solat Sunat Hari Aidilfitri 

Berikut adalah panduan serta cara bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dan sebelum pergi ke masjid bagi menunaikan solat aidilfitri, Umat Islam juga disunatkan mandi (mandi sunat Hari Raya Aidilfitri), membersihkan diri besertakan niat

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

  • نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

Bahasa rumi: Nawaitul Ghusla li i’dil fitri sunnatallilahi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku mandi sunat Aidil Fitri kerana Allah Ta’ala
Waktu Solat Sunat Aidilfitri adalah seperti di bawah. Takbir Hari Raya adalah disunatkan dibaca mulai selepas solat fardhu isyak malam Hari Raya sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

  • Mula : 30 minit selepas matahari terbit
  • Tamat : Masuk waktu Zuhur

Berikutan wabak COVID-19, Mufti Negeri Pulau Pinang menyatakan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri adalah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga. Bagi ahli yang baru sembuh dari jangkita COVID-19, adalah tidak digalakkan untuk solat berjemaah tetapi boleh melakukannya sendiri semasa menjalankan kuarantin di rumah. Lafaz niat adalah seperti di bawah:

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Jemaah) 

  • صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai  imam / makmum kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Sendirian) 

  • صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini lilla’hi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Tatacara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Rakaat Pertama :

  1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  4. Membaca surah al- Fatihah
  5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Agama

Rakaat Kedua:

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

Selepas selesai solat, boleh membaca doa selepas solat atau mana-mana doa. Bagi yang solat secara berjemaah, disunatkan untuk membaca khutbah raya. Namun, Mufti Pulau Pinang menjelaskan, solat sunat Aidilfitri boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga. Untuk teks ucapan khutbah boleh rujuk pautan di bawah.

Muat Turun (Download) Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Untuk memuat turun, klik pada judul pautan berikut:

Video Lengkap Tatacara / Panduan Solat Sunat Aidilfitri

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan