Bermula tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau PKSK bagi kemasukan ke sekolah-sekolah khusus dengan menngambil peperiksaan soalan PKSK dahulu. Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Tentera Diraja (MTD), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Permohonan untuk menduduki peperiksaan ini telah pun dibuka pada September yang lalu hingga awal Oktober
Mereka yang telah membuat application, boleh membuat semakan menduduki PKSK yang akan dijalankan di 555 pusat seluruh negara. Sebagai makluman, lulus dalam ujian PKSK ini adalah syarat wajib lulus untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus. Ia juga sebagai menggantikan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) sebelum ini serta Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang tidak dijalankan mulai tahun 2020
Bahagian Dan Kaedah Pentaksiran
Berdasarkan KPM, ujian PKSK ini akan merangkumi tiga bahagian iaitu kecerdasan insaniah (EQ, SQ dan SSQ) sebanyak 20%, kecerdasan intelek (IQ, pengetahuan am dan penyelasaian masalah) sebanyak 70%, serta artikulasi penulisan sebanyak 10%. Pelaksanaan Ujian kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelektual adalah secara kaedah dalam talian atau online. Manakala bagi ujian artikulasi penulisan pula adalah secara bertulis
Pelaksanaan PKSK akan dibuat dalam 3 sesi. Setiap sesi akan terbahagi kepada 2 fasa. Fasa 1 adalah ujian penulisan esei iaitu Bahagian C. Bagi penulisan esei ini, untuk calon kemasukan tingkatan 1 perlu menulis sekurang-kurangnya 100 patah perkataan, manakala bagi Tingkatan 4 sekurang-kurangnya 250 patah perkataan mengikut tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit. Bagi fasa 2 pula, calon akan menjawab soalan Bahagian A dan B secara online dalam masa 90 minit untuk tingkatan 1 serta tingkatan 4 termasuk 10 Soalan Bahasa Inggeris
Contoh Soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) serta Tips Menjawab & Jawapan
Berikut adalah contoh soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai panduan kepada para calon, beberapa tips untuk menjawab bagi membantu memudahkan para calon membuat persediaan serta maklumat lain yang berkaitan
Apa Itu PKSK?
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah peperiksaan secara berpusat untuk kemasukan murid ke TIngkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi Sekolah-Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Jenis Sekolah Khusus
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Mengengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Tarikh Pelaksanaan
Berdasarkan KPM, tarikh pelaksanaan PKSK bagi ambilan Tingkatan 1 adalah seperti berikut:
- Tarikh Mula: 7 Oktober 2024
- Tarikh Tamat: 17 Oktober 2024
Bagi ambilan kemasukan tingkatan 4 pula, tarikh pelaksanaan PKSK adalah seperti berikut:
- Tarikh Mula: 23 September 2024
- Tarikh Tamat: 3 Oktober 2024
Nota: Tarikh tertakluk kepada sebarang pindaan oleh KPM.
- Untuk membuat semakan pusat PKSK rujuk panduan: Semakan Pusat PKSK
Format dan Jadual Sesi Pentaksiran
Seperti yang dimaklumkan, berikut adalah format serta jadual sesi pentaksiran PKSK. Sila pastikan bahawa calon mengikut sesi yang telah diberikan serta hadir ke pusat PKSK sebagaimana yang diumumkan dalam panggilan semakan pusat PKSK.
Terkini: Berikut adalah format PKSK dengan lebih lanjut
Bahagian A (Kecerdasan Insaniah)
- Untuk mengenal pasti karakter murid
- Soalan merangkumi EQ, SQ dan SSQ
- Mempunyai 30 soalan objektif
- Tiada jawapan betul atau salah
- Jumlah markah adalah 20%
Bahagian B (Kecerdasan Intelek)
- Untuk mengukur tahap kognitif pelajar
- Ia merangkumi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah
- Soalan matematik dan sains bersifat kualitatif dan kuantitatif
- Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman calon
- Masa yang diberikan adalah 90 minit
- Terdapat 70 soalan berbentuk objektif
- Jumlah markah adalah 70%
Bahagian C (Artikulasi Penulisan)
- Untuk menguji idea dan pendapat calon dengan huraian karangan
- Calon perlu memilih satu daripada 3 tajuk karangan Bahasa Melayu yang diberikan
- Jumlah markah adalah 10%
Contoh Soalan PKSK dan Jawapan
Berikut adalah contoh-contoh soalan beserta jawapan mengikut bahagian-bahagian dalam Penilaian PKSK. Disertakan juga tips bagi menjawab setiap bahagian soalan. Ingin ditegaskan bahawa ianya hanyalah contoh soalan sebagai rujukan para calon dalam membuat persediaan.
Tips Menjawab Soalan PKSK
Sebagai membantu calon membuat persiapan, disediakan tips-tips am bagi menjawab soalan-soalan penilaian PKSK seperti berikut:
- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (SQ, EQ dan SSQ): Calon hendaklah memilih jawapan yang paling positif mengikut nilai-nilai murni kehidupan untuk mendapatkan markah yang tinggi.
- Bahagian B: IQ, Penyelesaian Masalah: Calon perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan betul untuk setiap soalan
- Bahagian B: Pengetahuan Am: Calon haruslah merujuk buku teks Sejarah tahun 6 serta Tingkatan 3 dan membaca akhbar atau menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa
Penjelasan lanjut EQ, SQ, SSQ dan IQ
- EQ – Emotional Intelligence: Kecerdasan emosi bagi mengenalpasti, menggunakan, memahami serta menguruskan emosi ke arah yang lebih positif
- SQ – Spiritual Quotient: Kecerdasan bagi mengukur kemampuan rohani individu iaitu kepercayaan beragama, moral dan akhlak
- SSQ – Social Skills Quotient: Kecerdasan bagi mengukur kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian
- IQ – Intellectual Quotient: Kecerdasan bagi mengukur kemampuan intelektual, rasional dan logik serta penyelesaian masalah (matematik)
Contoh Soalan-Soalan PKSK
Bahagian A: (Soalan SQ, EQ dan SSQ)
- Soalan: Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa?
Jawapan: Minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai - Soalan: Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
Jawapan: Telefon, tulis surat, hantar mesej - Soalan: Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
Jawapan: Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda - Soalan: Anda melihat seseorang kerap bersin, apakah tindakan yang perlu anda buat?Jawapan: Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
- Soalan: Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda?
Jawapan: Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita - Soalan: Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda?
Jawapan: Memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru displin - Soalan: Apakah tindakan jika dibuli kawan
Jawapan: Membuat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa - Soalan: Apakah tindakan jika rakan facebook ajak temujanji
Jawapan: Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa - Soalan: Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa?
Jawapan: Ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising - Soalan: Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda
Jawapan: Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
Bahagian B: (Soalan IQ dan Pengetahuan AM)
- Soalan: Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8?
Jawapan: YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin - Soalan: Apakah nama ibu negara Malaysia
Jawapan: Kuala Lumpur - Soalan: Apakah tema Hari Kebangsaan 2020?
Jawapan: Malaysia Prihatin - Soalan: Siapakah pengasas facebook
Jawapan: Mark Zuckerberg - Soalan: Adat perpatih negeri mana
Jawapan: Negeri Sembilan - Soalan: Kereta wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz adalah produk keluaran?
Jawapan: Proton - Soalan: Wau dari negeri mana?
Jawapan: Kelantan - Soalan: Wabak Covid 19 mula dikesan di mana?
Jawapan: Negara China - Soalan: Bilakah Tarikh penubuhan Malaysia
Jawapan: 16 September 1963 - Soalan: Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas
Jawapan: Neil Amstrong - Soalan: Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
Jawapan: Tasik Kenyir - Soalan: Siapa pencipta jalur gemilang
Jawapan: Allahyarham Mohamed bin Hamzah - Soalan: Labu sayong asal dari negeri mana?
Jawapan: Perak - Soalan: Namakan bapa pemodenan Malaysia
Jawapan: Dr. Mahathir Mohamad - Soalan: Apakah aktiviti yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi
Jawapan: Sukan berbasikal - Soalan: Siapakah pengasas Apple?
Jawapan: Steve Jobs - Soalan: Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra?
Jawapan: video masakan - Soalan: Huraikan tentang fotosintesis
Jawapan: Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari. - Soalan: Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang
Jawapan: Negeri Melaka - Soalan: Gelaran buat jaguh lumba basikal negara
Jawapan: The rocket pocketman - Soalan: Nama pemain bolasepak Spanyol
Jawapan: Nacho, Sergio Ramos - Soalan: Kaum terbesar di Sabah?
Jawapan: Kaum Kadazan dusun - Soalan: Pulau Pangkor terletak di mana?
Jawapan: Perak - Soalan: Nama Bendera Malaysia?
Jawapan: Jalur Gemilang
Bahagian B: Penyelasaian Masalah
Bagi soalan Bahagian B Penyelasaian Masalah, ianya diramalkan akan mengikut silibus Tahao 2 iaitu Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Calon disarankan membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persiapan sebelum mengambil penilaian PKSK
Bahagian C: Artikulasi Penulisan
Untuk makluman, bagi soalan Artikulasi Penulisan PKSK ianya adalah ujian penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Para calon dinasihatkan membuat latihan penulisan Bahasa Melayu sebagaimana persediaan untuk peperiksaan UPSR. Antara topik yang diramalkan boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan PKSK adalah:
- Apakah wabak COVID-19 dan bagaimana cara untuk menghindari wabak tersebut?
- Ceritakan pengalaman ataupun aktiviti semasa pelaksanan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
- Apakah tindakan atau langkah yang perlu anda lakukan apabila melawat sesebuah tempat dalam tempoh PKP Pemulihan ini?
- Ceritakan pengalaman anda belajar secara dalam talian sepanjang tempoh pkp dijalankan dimana sekolah ditutup.
- Adakah anda selesa dengan norma baharu COVID-19 dan bagaiman anda menyesuaikan diri dengan norma tersebut?
Maklumat Lanjut
Bagi calon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan PKSK, sila rujuk pautan yang disediakan di bawah atau hubungi talian bantuan yang berkenaan.
- Soalan Lazim
- Maklumat Umum ambilan 2025
- Sekolah Berasrama Penuh : 03-83217400
- SMK Agama: 03-83217200
- SMT & KV : 03-88845154
- Maktab Tentera Diraja : 03-89465562 / 5565
Related : pksk 2020 dijalankan secara serentak contoh soalan ujian tinggal di asrama pusat yang telah ditetapkan serentak di semua pusat salah satu, soalan ujian pksk pksk 2020 contoh soalan ujian tinggal di asrama disember 2020, tahun 2021 2020 bagi tingkatan 1, menduduki ujian dijalankan secara serentak pusat yang telah ditetapkan serentak di semua pusat salah satu