Pastikan anda tidak disenarai hitam (black list) oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan dengan membuat semakan status dokumen perjalanan (pasport) dan perjalanan ke luar negara melalui sistem online (atas talian) yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Jangan ambil mudah akan hal ini kerana anda mungkin di senarai hitamkan oleh Agensi Kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), PDRM, SPRM, Bank Negara, KWSP, PTPTN, Jabatan Penjara, perintah mahkamah ataupun diisytihar sebagai bankrap yang menghalang anda dari melakukan perjalanan ke luar negara atau ingin membuat atau memperbaharui pasport antarabangsa
JIM telah menyediakan satu laman semakan atas talian untuk kemudahan Warganegara Malaysia dalam membuat semakan semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara
Pihak PTPTN juga ada menyediakan sistem semakan buat para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk menyemak status samada disenarai hitam atau tidak
Semakan Status Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Secara Online
Berikut adalah ringkasan cara-cara untuk membuat semakan senarai hitam Imigresen dan PTPTN secara online :-
Semakan Online Imigresen Status Perjalanan Imigresen
Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat semakan
- Sila masukkan No Kad Pengenalan 12 Digit
- Tekan Butang Semak
- Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan)
- Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri
Semakan Online PTPTN
Bagi menyemak senarai hitam ptptn sila layari laman berikut
Ikuti cara melakukan semakan senarai hitam PTPTN seperti di bawah
- Masukkan No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-mel
- Tekan Butang Hantar
- Sila pastikan maklumat adalah terkini bagi memudahkan penyampaian maklumat pinjaman dibuat
Soalan Lazim Semakan Senarai Hitam PTPTN (FAQ)
Punca Disenarai Hitam
Diantara punca-punca individu disenarai hitam yang menyebabkan di halang ke luar negara adalah seperti berikut :-
- Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
- Seseorang yang diisytiharkan bankrap
- Peniaga yang tidak membayar GST
- Majikan yang gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja
- Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti
Agensi Kerajaan yang Menyenarai Hitam
Berikut adalah agensi penguatkuasaan dan Jabatan Kerajaan yang menyenaraikan nama untuk tindakan selanjutnya oleh Jabatan Imigresen
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Bank Negara Malaysia (BNM)
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Mahkamah
- Jabatan Penjara
- Jabatan Kastam DiRaja Malaysia