Borang Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome-i

Skim Perumahan

Skim Perumahan

Pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)

Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka

Skim Perumahan Belia adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan BSN (Bank Simpanan Nasional) dengan kerjasama pintar kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas

Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’

Borang Permohonan Dan Pendaftaran Online Skim Perumahan Belia BSN

Berikut MYsumber sertakan maklumat penting berhubung dengan Skim Perumahan Belia BSN

Tarikh Permohonan Skim Perumahan Belia

  • Dibuka : 1 Januari 2020
  • Ditutup : 31 Disember 2021

Tarikh di atas adalah tarikh yang dilanjutkan berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

  1. Warganegara Malaysia berusia dari 21 tahun hingga 45 tahun
  2. Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000
  3. Hanya Untuk Pemilikan Hartanah Pertama sahaja
  4. Permohonan secara perseorangan atau secara bersama
  5. Memiliki bukti pembelian / pemilikan hartanah
  6. Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i

Manfaat Dan Kelebihan Skim Perumahan Belia BSN

  • Antara KA + 0.60 sehingga KA + 1.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan
  • Untuk amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%
  • Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama
  • Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian / harga pasarang yang mana lebih rendah dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTA
  • Pengeculian pembayaran duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000. Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun sehingga Disember 2020.
  • Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 70 tahun

Soalan Lazim Skim Perumahan Belia BSN

Senarai Dokumen yang Diperlukan : Skim Perumahan Belia BSN 

A) Pemohon Bergaji/ Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil perkahwinan yang sah
  3. Slip gaji 3 bulan terkini
  4. Penyata bank 3 bulan terkini
  5. Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini (pendapatan lain)
  6. Penyata KWSP

Nota: Bagi permohonan tunggal, suami atau isteri pemohon perlu mengemukakan satu (1) salinan slip gaji terkini

B) Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil perkahwinan yang sah
  3. Pendaftaran syarikat (SSM)
  4. Borang B/BE + Resit LHDN
  5. Penyata Kewangan Syarikat
  6. Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
  7. Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya

Borang Permohonan Dan Pendaftaran Skim Perumahan Belia BSN

Bagi yang berminat dengan Skim Perumahan Belia/-i boleh mengemukakan permohonan dan mendapatkan borang

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan