Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi Pengambilan Lesen Motosikal

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Kerajaan Negeri Selangor terus mengusahakan inisiatif bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Bantuan daripada kerajaan negeri tertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Sehingga hari ini, ramai di antara mereka telah menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan tersebut terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial

Menerusi Belanjawan Selangor 2020, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan sebagai subsidi bagi program yang dikenali sebagai Roda Darul Ehsan (RiDE). Terkini, Menteri Besar Selangor telah menambah RM1 Juta lagi ke atas dana awalan. Program ini diperkenalkan bagi membantu anak muda yang berkelayakan untuk mengambil lesen motorsikal dengan bantuan subsidi daripada kerajaan negeri Selangor

Sejumlah 3,000 anak muda negeri Selangor disasar sebagai penerima faedah program Roda Darul Ehsan (RiDE). Subsidi sebanyak RM350 akan diberikan kepada penerima Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi mengambil kursus latihan lesen motor. Untuk makluman, harga lesen motor terkini adalah dalam lingkungan harga RM350 hingga RM450 mengikut pengusaha pusat latihan memandu masing-masing.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, perkembangan industri penghantaran dan logistik dapat membantu anak-anak muda miskin bandar dalam meningkatkan ekonomi diri secara khususnya dan keluarga secara amnya. Maka, inisiatif ini akan menjadi aset anak muda dalam menceburi bidang tersebut.

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi RM350 Ambil Lesen Motosikal

Kemaskini: Penerima Program RiDE Turut Menerima Kursus Percuma

Berikut adalah pengumuman mengenai program RiDE oleh Menteri Besar Selangor pada 13 Ogos 2020:

  • Selain pemberian subsidi lesen B2 bernilai RM350, penerima program RiDE turut boleh mengikuti kursus e-hailing bernilai RM200
  • Dalam masa yang sama, penerima turut akan menikmati caruman PERKESO setahun sebanyak RM70

Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah salah satu di antara insentif bantuan kerajaan negeri yang diperkenalkan dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020.

Tarikh Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

  • Mula : 1 Ogos 2020
  • Tamat : –

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Permohonan Roda Darul Ehsan 2020:-

  1. Pemohon merupakan anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Untuk yang bermastautin hendaklah mendapatkan pengesahan lokaliti kawasan masing-masing
  2. Pemohon hendaklah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja pada tahun 2020 iaitu lahir pada tahun 1990 hingga 2003
  3. Permohonan hanya bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor. Pemohon mestilah menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan
  4. Untuk yang bekerja, pendapatan mestilah tidak melebihi daripada RM2,000 sebulan
  5. Tidak disenarai hitam dan bebas saman JPJ/PDRM

Kadar Bantuan Roda Darul Ehsan 2020

Berikut merupakan maklumat kadar bayaran bantuan daripada kerajaan negeri Selangor

  • RM350

Cara Mohon Roda Darul Ehsan 2020

Cara membuat permohonan RiDE 2020 sebelum ini adalah seperti berikut:-

  1. Pemohon mestilah mengisi borang dengan lengkap beserta salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti dinyatakan di bawah
  2. Tandakan senarai semak dokumen sokongan yang dilampirkan bagi memastikan borang yang dihantar adalah lengkap
  3. Borang permohonan boleh didapati dari Urus Setia di Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atau;
  4. Borang permohonan juga boleh di muat turun di laman sesawang seperti pautan di bawah:
  5. Borang yang lengkap diisi hendaklah diserahkan terus kepada pejabat MSNS di alamat berikut:
    Urus Setia RiDE
    Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
    Telefon : 03-55109063 / 03-55196380 (sambungan 143 – Generasi Muda)
    Faksimili : 03-55101377

Dokumen Sokongan 

Antara dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Satu (1) Salinan MyKad Pemohon
  2. Satu (1) Salinan Lesen Memandu Motorsikal B2 (P)
  3. Satu (1) Salinan Penyata Akaun Bank
  4. Satu (1) Salinan Penyata Gaji bagi yang bekerja (jika ada)
  5. Satu (1) Salinan Kad Pelajar (jika berkenaan)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020, sila rujuk kepada grafik dan dokumen yang dikongsikan di bawah

Bantuan Kerajaan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan