Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan Sekolah Teknik SMT 2024

Sekolah

Sekolah

Calon-calon (pemohon) yang gagal dengan permohonan / tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2024 boleh mengemukakan permohonan rayuan

Sebelum ini, permohonan rayuan tersebut boleh dikemukakan oleh calon dengan mengunjungi (walk-in) mana-mana institut yang terlibat atau yang dipohon.

Cara Membuat Rayuan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2024

Menurut pemberitahuan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung dengan perkara ini, calon ambilan tahun 2024 yang tidak berjaya ditawarkan atau calon yang tidak memohon secara online (kes terlepas tarikh permohonan) boleh membuat rayuan melalui walk-in (menghadirkan diri) ke mana-mana institusi yang dipohon bermula pada tarikh berikut:

Tarikh Permohonan Rayuan

  • Dibuka : 1 Mac 2024 (Sesi 2023: 24 Mac 2023)
  • Ditutup : 18 Mac 2024 (Sesi 2023:10 April 2023)

*Penempatan kemasukan rayuan bergantung kepada kekosongan yang ada pada institusi yang dimohon.

Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI tetapi masih tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini

Sekiranya selepas membuat semakan keputusan melalui Sistem Aplikasi Semakan tidak dinyatakan apakah dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa membuat rayuan di institusi berkaitan nanti, calon disarankan menyediakan salinan keputusan peperiksaan, dokumen, sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar dan boleh juga menulis surat rasmi rayuan yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan tersebut

Senarai Institusi Dan Kursus Ditawarkan

Keputusan Permohonan Rayuan

Pemohon yang berjaya sepanjang tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan, juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkenaan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan