Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut
AL-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
Hadis: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara Bacaan Lafaz Niat Harian Dan Sebulan Puasa Bulan Ramadhan
Di bawah dikongsikan lafaz niat puasa bulan ramadan harian dan sebulan, bacaan doa berbuka puasa serta informasi lain yang berkaitan untuk panduan umat Islam.
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Harian) Beserta Bacaan Rumi
- نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Sepenuhnya
- نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
- Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Bacaan Doa Berbuka Puasa
- اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
- Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Video Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
Hukum Solat Tarawih Bersendirian