Mohd Faiz Subri dinobatkan selaku pemenang dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 (The FIFA Puskás Award) sekali gus melakar sejarah bola sepak negara dan Asia
Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland bagi kategori jaringan terbaik disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo kepada Faiz Subri
Jaringan yang telah menggegarkan dunia bola sepak antarabangsa tersebut adalah sewaktu aksi pertemuan Liga Super di antara pasukan Kedah dan pasukan Pahang di Stadium Bandaraya pada Februari 2016
Mohd Faiz Subri Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016
Mohd Faiz Subri menepati ramalan seluruh peminat bola sepak dunia yang yakin beliau akan memenangi anugerah Puskás berkenaan selepas menonton video jaringan disifatkan sebagai “melanggar hukum fizik”
Kemenangan itu juga meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez
Jaringan Faiz Subri itu dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini
Dua lagi calon akhir bagi kategori Anugerah Puskas adalah pemain Brazil yang beraksi untuk kelab Corinthians, Marlone dan wakil tunggal wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez
Mohd Faiz merupakan pemenang kelapan Anugerah Puskas FIFA yang sebelum ini pernah dimenangi Cristiano Ronaldo (Portugal) pada 2009, Hamit Altintop (Turki) pada 2010, Neymar (Brazil) pada 2011, Miroslav Stoch (Slovakia) pada 2012, Zlatan Ibrahimovic (Sweden) pada 2013, James Rodriguez (Colombia) pada 2014 dan Wendell Lira (Brazil) pada 2015
Anugerah Puskas FIFA yang diperkenalkan sejak 2009 bertujuan untuk mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol paling cantik di dunia setiap tahun dan untuk pemilihan kali ini, ia dibuat berdasarkan jaringan dari 30 September 2015 hingga 30 September 2016
Jumlah Peratusan Undian Anugerah Puskás FIFA 2016
- Faiz Subri : 60%
- Marlone : 23%
- Daniuska : 10%