Bulan Rejab antara bulan yang ditunggu oleh kebanyakan umat Islam kerana dianggap bulan yang penuh keberkatan dan fadilat
Namun terdapat banyak persoalan yang dibincangkan dalam soal jawab agama mengenai kelebihan serta kekeliruan amalan di bulan Rajab terutamanya dengan melakukan puasa sunat
Ini kerana terdapat banyak bahan bacaan di internet kononnya berpandukan hadith yang menghidangkan pelbagai kelebihan dan ganjaran bakal menanti sekiranya berpuasa sunat di bulan Rejab
Antara contoh Riwayat Hadis Palsu mengenai kelebihan dan ganjaran menanti sekiranya berpuasa sunat di bulan Rejab yang disebarkan di internet adalah seperti berikut
- Ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi
- Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya dan pelbagai lagi kelebihan mahupun ganjaran yang diada-adakan
Hadis Palsu Dan Keliru Kelebihan Puasa Di Bulan Rejab
Sebagai pengetahuan umum, ada pendapat serta pandangan berbeza berhubung dengan kelebihan dan ganjaran berpuasa pada bulan Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah Dhaif, Sangat Dhaif dan Maudhu’ (palsu)
Penulis sempat menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus yang membincangkan tentang kelebihan puasa Rejab. Menurut beliau ganjaran pahala seperti yang dinyatakan itu bukannya dari hadis yang sahih. Malah nenurut Ustaz Azhar Idrus lagi, kebanyakan hadis itu adalah Maudhu’ (Palsu) dan Dhaif
Beliau menjelaskan ‘Hadis Maudhu’ adalah hadis rekaan dan haram diamalkan manakala ‘Hadis Dhaif’ boleh beramal tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah
Menurut penerangan beliau lagi, sekiranya mengerjakan puasa Rejab maka akan memperoleh pahala sunat, bagaimanapun jangan pula kerana tertarik dengan ganjaran pahala yang akan diperoleh sepertimana dinyatakan oleh hadis tidak sahih
Penerangan lanjut boleh menonton video yang disertakan seperti berikut
Video Penerangan Hadis Palsu , Amanlan Dan Kelebihan Puasa Di Bulan Rejab
Berikutan penyebaran maklumat tentang kelebihan berpuasa sunat di bulan Rejab yang berpandukan hadis diragui dan palsu ia sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal