Ibu bapa atau penjaga boleh mendaftarkan anak/jagaan yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 untuk kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun prasekolah 2025. Maklumat kemasukan bagi tahun 2026 akan dikemaskini
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi e-Prasekolah bagi memudahkan ibubapa atau penjaga mendaftarkan kemasukan pra-sekolah anak jagaan mereka secara atas talian online
Pendaftaran Permohonan Online/ Manual Kemasukan Pra Sekolah Tahun 2025
Ibu bapa atau penjaga mempunyai pilihan (kaedah) untuk mendaftarkan anak / jagaan ke kelas prasekolah tahun 2025 sama ada secara online ataupun manual (melalui sekolah yang dipohon).
Berikut MYsumber sertakan maklumat berkaitan dengan pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) dan manual kemasukan ke Pra Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2025
Permohonan Pendaftaran Pra Sekolah 2025
- Permohonan Online Dibuka : 1 Mac 2024
- Permohonan Ditutup : 30 April 2024
- Permohonan Manual Dibuka : 1 Mac 2024
- Permohonan Ditutup : 31 Mei 2024
Tarikh permohonan buka / tutup adalah rasmi. Sila buat permohonan mengikut ketetapan tempoh tarikh yang dinyatakan
Aplikasi Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Pra Sekolah Sesi 2025
- Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah : http://eprasekolah.moe.gov.my/
Panduan Penggunaan Sistem
Penting – semua maklumat lengkap terkandung dalam lampiran. Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan
Pengguna yang baru (Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah ini perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
Syarat Kelayakan Permohonan Ke Prasekolah KPM (Sesi 2025)
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon
Pemilihan Murid : Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad
Pemilihan Sekolah : Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja
Nota: Bagi ibubapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila kunjungi pusat (sekolah / institusi) prasekolah KPM yang dipohon bermula tarikh yang dinyatakan seperti di atas. Carian senarai institusi boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi e-Prasekolah
Tindakan (Sesi 2025) : Ibubapa penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara atas talian (online) dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Aplikasi E-Prasekolah serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu menghantarkan cetakan borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 30 April 2024. Tarikh bagi tujuan semakan status keputusan permohonan boleh di buat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama (e-Prasekolah) atau hadir ke sekolah yang dimohon mulai tarikh yang akan dikemaskini (tertakluk kepada pindaan)
Maklumat Dan Tarikh Penting Permohonan & Semakan ePrasekolah 2025
- Membuat hebahan/ siaran/ iklan kepada ibu bapa/ penjaga dan masyarakat sekitar : –
- Membuat permohonan samada secara atas talian atau secara manual : 1 Mac 2024 – 30 April 2024 (Online)
- Semakan keputusan permohonan : 5 Ogos 2024
- Membuat permohonan rayuan sekiranya perlu. Rayuan kepada JPN/ PPD : 5 – 20 Ogos 2024
- Semakan keputusan rayuan : –
- Maklum keputusan permohonan rayuan kepada ibu bapa/ penjaga : –
*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.