Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengenalan sebuah kaedah baharu bagi melaksanakan pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus atau PKSK. Ini berikutan pertama kali dalam sejarah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19.
PKSK ini bukanlah sebuah ujian yang menggantikan UPSR atau PT3 tetapi hanya satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan. Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja (MTD). Ini melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sekolah-sekolah terbabit yang menawarkannya
Sistem ini telah dibangunkan secara single entry point iaitu menggunakan platform berpusat secara dalam talian dengan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ini bermaksud semua murid yang didaftarkan dalam APDM layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Namun begitu, pemohon perlu membuat pilihan jenis sekolah yang ingin diminta dan hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja bagi setiap calon. Ianya berbeza dengan sebelum ini di mana calon boleh memohon setiap sekolah secara berasingan dan mendapat lebih dari satu tawaran
Pemohon akan menduduki PKSK iaitu pentaksiran standard secara berpusat di salah satu daripada 555 pusat seluruh negara pada tarikh seperti dinyatakan di bawah. Pemilihan pusat pentaksiran boleh dibuat semasa membuat permohonan. Format PKSK adalah merangkumi 3 bahagian iaitu Kecerdasan Intelek, Kecerdasan Insaniah (secara dalam talian) serta Artikulasi Penulisan (secara bertulis/bersemuka)
Permohonan & Semakan PKSK 2025 Lokasi Pusat Ujian Tingkatan 1 & Tingkatan 4
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan PKSK secara berpusat bagi kemasukan ke tingkatan satu dan tingkatan empat tahun 2025 dan cara membuat Semakan Pusat PKSK serta maklumat lain yang berkaitan seperti tarikh penting, kaedah pentaksiran standard secara online dan sebagainya
Apa Itu PKSK?
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah ujian secara berpusat untuk kemasukan murid ke TIngkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi kemasukan Sekolah-Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Jenis Sekolah Khusus
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Mengengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Tingkatan 4 Sahaja
- Kolej Vokasional (KV) – Tingkatan 4 Sahaja
- Maktab Tentera Diraja (MTD) – Tingkatan 4 Sahaja
Syarat Permohonan
Untuk kemasukan ke sekolah khusus, syarat permohonan kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun 2024
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2012 – 1 Januari 2013
- Murid Tingkatan 3 Tahun 2024
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 2025
Untuk permohonan kemasukan ke Sekolah khas bagi Tingkatan 1 iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sejumlah kekosongan ditawarkan dan berikut adalah butiran lanjut.
Tarikh Permohonan Menduduki PKSK Tingkatan 1
- Buka: 1 Ogos 2024
- Tutup: 8 September 2024
Nota: Menurut FAQ KPM, permohonan yang dibuat selepas tamat tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di atas tidak akan diambil kira
Cara Mohon PKSK Tingkatan 1
Untuk membuat permohonan menduduki PKSK, sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm
Nota: Pautan sistem/aplikasi berikut akan diaktifkan sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka - Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) bagi memasuki sistem lalu sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM
- Seterusnya pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran selanjutnya yang diperlukan
Semakan PKSK Tingkatan 1
Bagi mereka yang telah membuat permohonan boleh membuat Semakan Pusat PKSK seperti ketetapan berikut:
- Dibuka: 13 September 2024 (Ambilan Tahun 2024: 25 September 2023)
- Ditutup: 17 Oktober 2024
Cara Semak Pusat PKSK Tingkatan 1
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt1.moe.gov.my/
- Nota: PKSK bagi Tingkatan 1 akan dilaksanakan bermula 7 hingga 17 Oktober 2024
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 1 (PKSK)
Setelah menduduki PKSK bagi Tingkatan 1, pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran seperti tarikh berikut:
- Mula: 31 Januari 2025 (Ambilan Tahun 2024: 1 Mac 2024)
- Tamat: 18 Februari 2025
Cara Semak Keputusan Tawaran PKSK Tingkatan 1
Semakan keputusan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan:https://spskt1.moe.gov.my/
- Nota: Bagi yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai tarikh yang akan dikemaskini di pautan yang sama seperti di atas. Pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dikemaskini
Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 2025
Untuk permohonan kemasukan ke Sekolah khas bagi Tingkatan 4 iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) iaitu sejumlah kekosongan ditawarkan dan berikut adalah butiran lanjut cara permohonan dan semakan status satu kaedah pentaksiran standard:
Tarikh Permohonan Menduduki PKSK Tingkatan 4
- Buka: 1 Ogos 2024
- Tutup: 8 September 2024
Nota: Menurut FAQ KPM, permohonan yang dibuat selepas tamat tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di atas tidak akan diambil kira
Cara Mohon PKSK Tingkatan 4
Untuk membuat permohonan menduduki PKSK, sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan: https://spskt4.moe.gov.my/
Nota: Pautan sistem/aplikasi berikut akan diaktifkan sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka - Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) bagi memasuki sistem lalu sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM
- Seterusnya pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran selanjutnya yang diperlukan
Nota: Menurut FAQ KPM, permohonan yang dibuat selepas tamat tarikh tutup permohonan seperti dinyatakan di atas tidak akan diambil kira.
Semakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4
Bagi mereka yang telah membuat permohonan boleh membuat Semakan Pusat PKSK seperti ketetapan berikut:
- Buka: 13 September 2024 (Ambilan Tahun 2024: 25 September 2024)
- Tutup: 3 Oktober 2024
Cara Semak Pusat PKSK Tingkatan 4
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt4.moe.gov.my/
- Nota: PKSK bagi Tingkatan 4 akan dilaksanakan bermula 23 September hingga 3 Oktober 2024
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 4 (PKSK)
Setelah menduduki PKSK bagi Tingkatan 4, pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran seperti tarikh berikut:
- Mula: 31 Januari 2025 (Ambilan Tahun 2024: 1 Mac 2024)
- Tamat: 18 Februari 2025
Cara Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 4 (PKSK)
Semakan keputusan permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja menerusi pautan yang disediakan berikut:
- Aplikasi Semakan: https://spskt4.moe.gov.my/
- Nota: Bagi yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai tarikh yang akan dikemaskini di pautan yang sama seperti di atas. Pendaftaran pelajar adalah pada tarikh yang akan dimaklumkan
Infografik Tarikh PKSK 2024
Jadual Sesi Pentaksiran dan Format PKSK
Sesi PKSK dibahagikan kepada tiga sesi dan perincian jadual adalah seperti berikut:
Jadual Sesi PKSK | |||||||
Sesi \Masa | 7.30 – 8.00 pagi | 8.15 – 9.00 pagi | 9.15 – 10.45 pagi | ||||
1 | Pendaftaran Calon | Bahagian C : Artikulasi Penulisan | Bahagian A & B : Pelbagai Pilihan Jawapan | ||||
Sesi \Masa | 9.30 – 10.00 pagi | 10.15 – 11.00 pagi | 11.15 – 12.45 tengah hari | ||||
2 | Pendaftaran Calon | Bahagian C : Artikulasi Penulisan | Bahagian A & B : Pelbagai Pilihan Jawapan | ||||
Sesi \Masa | 1.30 – 2.00 petang | 2.15 – 3.00 petang | 3.15 – 4.45 petang | ||||
3 | Pendaftaran Calon | Bahagian C : Artikulasi Penulisan | Bahagian A & B : Pelbagai Pilihan Jawapan | ||||
Format PKSK | |||
Perkara | Bahagian A Kecerdasan Insaniah | Bahagian B Kecerdasan Intelek | Bahagian C Artikulasi Penulisan |
Kaedah | Secara Dalam Talian (Online) | Bertulis (Bersemuka) | |
Jenis Item | Objektif Aneka Pilihan (MCQ) | Subjektif (Respon Terbuka) | |
Cakupan Isi Kandungan | EQ, SQ, SSQ | IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah | Tajuk Ditetapkan |
Sesi \Masa | 20% | 70% | 10% |
Baca Juga: Contoh Soalan PKSK
Persediaan Pemohon Semasa Pentaksiran
Berikut adalah beberapa persediaan sebelum pemohon menduduki PKSK:
- Semak & Cetak Slip PKSK di pautan permohonan & semakan seperti di atas
- Patuhi tarikh, masa dan sesi PKSK yang telah ditetapkan
- Sila bawa Mykid/MyKad, Slip Menduduki PKSK dan alat tulis
- Pemakaian seragam sekolah lengkap diperlukan semasa menduduki PKSK
- Pastikan pemohon sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal
Maklumat dan Pertanyaan
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan PKSK, sila rujuk FAQ seperti disediakan di pautan di bawah atau hubungi talian bantuan berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh : 03-83217400
- SMK Agama : 03-83217200
- SMT & KV : 03-88845154
- Maktab Tentera Diraja : 03-89465562 / 5565
*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.
Related : pemilihan murid yang menggunakan kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point, syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan aplikasi pangkalan data murid apdm, bahagian a dan b secara dalam talian, pksk adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point, pembatalan ujian penilaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, layak untuk kemasukan murid yang menggunakan kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point, dimaksudkan adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point, single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan aplikasi pangkalan data murid apdm, memperkenalkan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point, sekurang kurangnya 100 patah perkataan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point,
Semak Kembali Artikel
- Permohonan & Semakan PKSK 2025 Lokasi Pusat Ujian Tingkatan 1 & Tingkatan 4
- Apa Itu PKSK?
- Syarat Permohonan
- Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 2025
- Semakan PKSK Tingkatan 1
- Permohonan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 2025
- Semakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4
- Persediaan Pemohon Semasa Pentaksiran
- Maklumat dan Pertanyaan