Harga Perodua Aruz SUV terkini gambar dan spesifikasi

Kenderaan

Kenderaan

Tidak mahu ketinggalan, Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Perodua turut ingin melancarkan Kenderaan Utiliti Sukan atau Sport-Utility Vehicle (SUV) terbaru yang akan memasuki pasaran dalam masa terdekat. Ini merupakan kenderaan SUV ketiga yang dikeluarkan oleh Perodua setelah Perodua Kembara dan juga Perodua Nautica 4WD

Perodua Aruz merupakan kenderaan SUV 7 tempat duduk berkapasiti enjin 1.5 liter yang dikatakan model rebadge daripada Toyota Rush. Pada permulaan, ianya didatangkan dengan dua jenis varian iaitu Varian X dan AV. Kedua-dua varian ini dipacu kuasa enjin EEV Dual VVT-i dengan transmisi automatik 4 kelajuan yang turut digunakan pada Perodua Myvi

Bagi spesifikasi tertinggi iaitu varian AV, ianya akan didatangkan khas dengan sistem bantuan pemanduan selamat atau Advanced Safety Assist yang telah dinaik taraf ke ASA 2.0 berbanding yang ditawarkan sebelum ini bagi model Myvi. Penambahbaikan ini adalah dari segi pengesanan pejalan kaki dan hanya boleh didapati pada varian AV sahaja. Kedua-dua varian turut mendapat anjakan keselamatan dengan 6 beg udara disediakan serta perakam video pemanduan bersepadu (DVR)

Pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia ini masih mengekalkan prestasinya sebagai kenderaan jimat minyak apabila SUV ini juga mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan fungsi “Eco-idle” untuk lebih penjimatan disamping penggunaan petrol yang jimat sekitar 15.6 km bagi satu liter. Proses tempahan bagi Perodua Aruz ini boleh dilakukan mulai 3 Januari 2019 dengan harga tempahan berjumlah RM500 di cawangan pengedar sah Perodua berhampiran

Perodua Aruz Harga SUV Terkini Gambar Dan Spesifikasi

Perodua Aruz ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dihasilkan oleh Perodua. Ia telah dilancarkan pada 15 Januari 2019 sebagai rakan sedan kepada Perodua Bezza. Aruz merupakan model Perodua ketiga yang dihasilkan di kilang kedua Perodua di Rawang, Selangor

Nama “Aruz” diambil dari perkataan “arus” dan merupakan kenderaan ke-13 keluaran Perodua. Pralihat media diadakan pada Disember 2018 dan tempahan dibuka pada 3 Januari 2019. Majlis pelancaran Aruz diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur

Perodua SUV terbaharu ini akan didatangkan dalam dua (2) pilihan varian serta lima (5) pilihan warna yang akan dinyatakan di bawah. Selain itu, SUV Perodua ini akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza untuk kedua-dua varian seperti disertakan berikut:

Kenderaan

Kenderaan

Harga Rasmi Perodua Aruz Mengikut Varian

Tempahan dengan bayaran RM 500 telah dibuka dan boleh dilakukan di cawangan berdaftar bermula 3 Januari 2019

1) Perodua Aruz 1.5 X (Auto)

  • Semenanjung : RM72,900.00
  • Sabah & Sarawak : RM74,900.00
  • Labuan : RM67,400.00
  • Langkawi : RM66,500.00

2) Perodua Aruz 1.5 AV (Auto)

  • Semenanjung : RM77,900.00
  • Sabah & Sarawak : RM79,900.00
  • Labuan : RM71,800.00
  • Langkawi : RM70,900.00

*Semua harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans

Variasi Warna

Amazon Green | Hijau (Metalik)Electric Blue | Biru (Solid)
Granite Grey | Kelabu (Metalik)Glittering Silver | Perak (Metalik)
Ivory White | Putih (Solid)

Spesifikasi Perodua Aruz

1) 1.5 X (Auto) 

  • Lampu Depan LED beserta Fungsi “Follow-me-home”
  • Rim Aloi 17 Inci
  • Ventilasi Penyaman Udara pada Bahagian Belakang
  • Stereng Boleh Laras dengan Kawalan Audio
  • Kemasan Fabrik bagi tempat duduk
  • Akses Pintar dengan Butang Mula/Henti Enjin
  • Alat Pembaca Tol Terbina Dalam
  • Port Mengecas di Semua Barisan Tempat Duduk
  • Kamera Undur
  • Tempat duduk “Semi-bucket”

2) 1.5 AV (Auto) 

Semua ciri dan kelengkapan seperti yang terdapat pada Perdoua Aruz 1.5 X, cuma ditambah dengan ciri lain seperti di bawah:

  • Rel Bumbung (Roof rails)
  • Perakam Video Pemanduan dengan port HDMI
  • Kemasan Kulit bagi tempat duduk
  • Stereng Kemasan Kulit & Kawalan Terima Panggilan
  • Lampu Depan LED beserta Fungsi “Follow-me-home” dengan Lampu Automatik
  • Advanced Safety Assist (ASA) 2.0

KenderaanKenderaanKenderaan

Kenderaan

Kenderaan

Related : automatic transmission, air conditioning, led headlights, 102 ps, 7-seater suv, door locking, ground clearance, seater suv, boot space, petrol engine, honda br, safety features, kuala lumpur, side steps, prices range,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan