Semakan Kelayakan Peka B40 Secara Online

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Malaysia telah menyaksikan pelbagai perubahan dilakukan semenjak beralihnya tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan. Salah satunya melalui Belanjawan 2019 yang dilihat keutamaan diberikan kepada beberapa sektor penting antaranya kesihatan. Dengan peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding 2018, perkhidmatan kesihatan menerima peruntukan sebanyak RM29 bilion secara keseluruhan. Ini termasuklah bagi menampung pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40)

Skim bantuan kesihatan yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini merupakan salah sebuah program bantuan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu menanggung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) seperti kanser, penyakit jantung dan lain-lain

Skim PeKa B40 telah diwujudkan oleh pihak KKM atas beberapa faktor. Antaranya adalah laporan mengenai beban penyakit tidak berjangkit iaitu 47.6% daripada kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas menghidap paling kurang satu penyakit tidak berjangkit dan masih belum didiagnosis atau dikenalpasti di peringkat awal. Selain itu, 60% kes kanser dikesan pada peringkat lewat yang menyebabkan peluang untuk sembuh agak tipis. 3 daripada 10 orang dewasa juga dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental dengan kumpulan B40 mencatatkan kadar yang lebih tinggi sebanyak 32% berbanding 28% (kumpulan bukan B40)

Meskipun kerjaan memberikan subsidi yang tinggi dari segi perubatan dan kesihatan di Hospital KKM, masih terdapat sebahagian kos alatan perubatan yang perlu ditanggung sendiri oleh pesakit seperti kos bagi implan tulang belakang dan perentak jantung. Dalam pada itu, kebanyakan pesakit kurang berkemampuan tinggal dalam kawasan pedalaman justeru menyukarkan mereka mendapatkan rawatan susulan akibat masalah kewangan untuk menampung kos bayaran pengangkutan. Atas faktor-faktor tersebut, skim PeKa B40 telah dilaksanakan oleh KKM demi kesejahteraan rakyat yang memerlukan

Semakan Kelayakan Penerimaan Skim PeKa B40 Secara Online (Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40)

Namun begitu hanya mereka yang melepasi syarat dan kriteria sahaja yang bakal menerima skim ini. Berikut adalah cara membuat semakan syarat kelayakan PeKa B40 serta beberapa maklumat penting yang berkenaan.

Syarat Kelayakan Skim PeKa B40

Skim ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria berikut:

a. Tergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah atau B40

b. Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan pasangannya yang telah berdaftar

c. Berumur 40 tahun dan ke atas

Nota: Tiada pendaftaran perlu dilakukan dan penyertaan adalah secara automatik serta percuma kepada penerima PeKa B40

Semakan Kelayakan Skim Peka B40

Semakan Online:

Nota: Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad (12 digit tanpa tanda sengkang) dan klik butang Semak

Manfaat Skim PEKA B40

Penerima PeKa B40 boleh mendapatkan beberapa jenis manfaat daripada skim ini seperti berikut:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan

Penerima haruslah menjalani Saringan Pemeriksaan Kesihatan (Manfaat 1) bagi membolehkan diri layak untuk mendapat manfaat Bantuan Alatan Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3) serta Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4)

Saringan Pemeriksaan Kesihatan ini boleh dibuat oleh doktor-doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 (senarai akan dikeluarkan sekitar April 2019)

Saringan Pemeriksaan Kesihatan meliputi:

i. Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu serta keluarga termasuk faktor risiko kesihatan

ii. Saringan kesihatan mental

iii. Pemeriksaan fizikal

iv. Pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki dan pemeriksaan payudara untuk penerima wanita yang berisiko

v. Ujian air kencing dan ujian darah

Spesimen air kencing dan darah akan diambil dan dihantar ke makmal bagi ujian air kencing, ujian fungsi buah pinggang, ujian paras kolesterol, ujian kawalan gula darah dan ujian sel darah

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa bagi menjalani ujian-ujian berkenaan

Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk saringan pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini

Jika penerima perlu mendapatkan rawatan, boleh rujuk kepada Klinik Kesihatan atau sekiranya penerima sendiri bersetuju dirawat di Klinik Swasta (kos rawatan ditanggung penerima sendiri) bolehlah berbuat demikian. Sehingga kini, kos rawatan atau ubat belum termasuk dalam bantuan skim PeKa B40

Manfaat 2 : Bantuan Alatan Perubatan 

Manfaat 2 ini merupakan bantuan alatan perubatan yang diperlukan dalam rawatan atau prosedur yang tidak mendapat subsidi kos alat di hospital-hospital KKM

Bantuan mempunyai had maksimum seumur hidup sebanyak RM20,000 (dalam bentuk alatan perubatan yang dibelikan). Alatan perubatan merangkumi kategori berikut:

i. Stent bagi jantung

ii. Alat sendi tiruan

iii. Alat bantuan pendengaran

iv. Perentak jantung

v. Prostesis dan implan bagi tulang belakang

vi. Prostesis dan ortosis tulang anggota

viii. Alat terapi penafasan dan oxygen concentrator

ix. Bantuan sokongan nutrisi

x. Kerusi Roda

Sebelum penerima PeKa B40 mendapat manfaat ini, Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan terlebih dahulu

Manfaat ini hanya boleh didapati oleh penerima PeKa B40 yang menerima rawatan di hospital KKM sahaja (permohonan perlu dibuat oleh pakar-pakar perubatan KKM untuk pihak pesakit atau penerima PeKa B40)

Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser 

Manfaat ini dikhususkan untuk menggalakkan pesakit kanser terutama sekali pesakit peringkat awal rawatan / permulaan penyakit bagi melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan dahulu sebelum penerima PeKa B40 layak mendapat manfaat ini

Manfaat melibatkan pembayaran insentif RM1,000 kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM

Insentif dibahagikan kepada dua (2) kali bayaran tertakluk kepada peringkat rawatan pesakit

Pembayaran insentif akan dibuat secara terus ke akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan

Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser 

Manfaat ini dikhususkan untuk menggalakkan pesakit kanser terutama sekali pesakit peringkat awal rawatan / permulaan penyakit bagi melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan dahulu sebelum penerima PeKa B40 layak mendapat manfaat ini

Manfaat melibatkan pembayaran insentif RM1,000 kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM

Insentif dibahagikan kepada dua (2) kali bayaran tertakluk kepada peringkat rawatan pesakit

Pembayaran insentif akan dibuat secara terus ke akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan

Doktor atau pakar perubatan KKM perlu membuat permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 bagi pihat pesakit (penerima PeKa B40)

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan 

Manfaat 4 diberikan dengan tujuan meringankan beban pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital KK dan perlu membayar kos pengangkutan yang tinggi (tetapi tidak merangkumi kesuluruhan kos perjalanan)

Manfaat 4 ini hanya layak diterima oleh penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja

Manfaat ini mempunyai had maksimum bantuan yang boleh diterima mengikut kawasan iaitu:

i. Semenanjung Malaysia : RM500

ii. Sabah / Sarawak / Labuan : RM1,000

Jarak antara hospital dan rumah pesakit (penerima PeKa B40) akan menentukan jumlah insentif tambang yang akan diberikan mengikut kadar yag telah ditetapkan

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan

Proses Mendapatkan Manfaat Skim PeKa B40

Sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan manfaat PeKa B40

1. Langkah Pertama 

Semak kelayakan skim PeKa B40 menerusi pautan yang disediakan di atas

2. Langkah Kedua 

Sekiranya layak, sila kunjungi klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 dengan membawa kad pengenalan

Klinik tersebut boleh diketahui melalui pelekat logo PeKa B40 atau rujuk senarai klinik di pautan di bawah

3. Langkah Ketiga 

Saringan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa kunjungan pertama penerima PeKa B40 ke klinik

Kos saringan pemeriksaan kesihatan ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan

4. Langkah Keempat 

Kunjungan kali kedua bagi mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada perlu merujuk ke Fasiliti KKM atau program Sihat Cergas KKM

Sila rujuk infografik yang telah disediakan pihak KKM bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai proses Skim PeKa B40

Bantuan Kerajaan

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi Peka B40. Sebarang permohonan atau semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Maklumat Lanjut 

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk kepada pautan di bawah atau hubungi butiran berkenaan serta layari laman web rasmi PeKa B40 seperti berikut:

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan