Cara Lafaz Niat Dan Puasa Sunat Hari Arafah Di Malaysia

Agama

Agama

9 Zulhijjah pada setiap tahun Hijrah dengan berpandukan kalendar atau takwim Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini (bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji)

Berkaitan dengan perkara ini, penulis telah mengikuti kuliah agama, dan penceramah membincangkan mengenai topik tentang Puasa Sunat Hari Arafah

Dalam kandungan ceramah tersebut turut dimaklumkan mengenai fadhilat atau kelebihan berpuasa pada hari Arafah. Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah / Wukuf adalah Sesiapa melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT serta dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, bersandarkan hadis yang sahih

Selain berpuasa sunat Hari Arafah, umat Islam di Malaysia boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berzikir, berdoa atau melakukan amalan-amalan sunat lain

Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah Atau Wukuf

Puasa Hari Arafah Ikut Tarikh Di Mekah (Arab Saudi) Atau Malaysia?

Persoalan ini sering ditanya oleh umat Islam di Malaysia kerana ia menimbulkan kekeliruan ramai iaitu mengenai hari yang tepat untuk menunaikan ibadah puasa sunat tersebut memandangkan tarikh hari Arafah (9 Zulhijjah) di Arab Saudi dengan Malaysia ada kalanya tidak sama pada setiap tahun

Bagi menjawab persoalan ini, menurut pendapat umum ulama, sebaiknya berpuasa sunat Arafah mengikut tarikh / hari 9 Zulhijjah di Malaysia

Tarikh 9 Zulhijjah 1446H Di Malaysia

  • 9 Zulhijjah 1446H di Malaysia adalah bersamaan 6 Jun 2025 Masihi (Jumaat)

Pada tahun ini, 9 Zulhijjah 1446 Hijrah di Arab Saudi (Mekah) iaitu Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji

Bacaan Niat Puasa Sunat Hari Arafah (Wukuf)

Hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar dalam syariat Islam. Maka, puasa pada hari tersebut mempunyai kelebihan dan fadilat yang besar juga

Sehubungan dengan itu, seorang Muslim digalakkan berniat untuk berpuasa pada hari Hari Arafah kerana pada hari tersebut merupakan peluang mendapatkan ganjaran pahala yang sangat besar bagi membersihkan segala dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang

Berikut adalah lampiran bagi lafaz niat puasa hari Arafah:

Agama

Tiada niat khusus bagi puasa Arafah. Selain lafaz niat seperti lampiran di atas, bagi yang mahu berpuasa sunat Arafah boleh memilih salah satu di antara niat seperti berikut :

  1. Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
  2. Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala

Agama

Agama

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan