Cara Semak Bil TNB Online Guna Portal myTNB dan Aplikasi

Informasi

Informasi

Dalam era serba moden ini, penggunaan elektrik menjadi suatu keperluan asas dalam kehidupan seharian. Tenaga elektrik digunakan dalam pelbagai urusan termasuklah pekerjaan, pendidikan, hiburan, dan keselesaan tempat tinggal seperti kipas, pendingin hawa, lampu, serta perkakasan dapur. Namun begitu, penggunaan elektrik bukanlah sesuatu yang percuma. Untuk menikmati suatu amaun tenaga elektrik di premis atau tempat tinggal masing-masing, para pengguna perlu membayar syarikat pembekal tenaga elektrik iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB)

TNB merupakan sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik yang terbesar di Malaysia. Ia menjalankan sebuah perniagaan teras iaitu menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia selain berperanan sebagai pengendali Grid Nasional (talian penghantar elektrik) ke seluruh negara. Di samping itu, menerusi anak-anak syarikatnya, TNB terbabit dalam pembuatan alat suis voltan tinggi, kabel, penyelenggaraan dan pembaikan peralatan elektrik serta pakar dalam pengurusan projek. TNB juga merupakan pakar runding dalam bidang seni bina, awam dan elektrik

Bagi yang sering mengurus dan membuat bayaran elektrik samada di rumah sendiri mahupun rumah sewa, ketibaan bil elektrik ke rumah secara bulanan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Namun begitu, penghantaran bil elektrik ke pintu secara fizikal boleh mencetuskan beberapa kebarangkalian. Antaranya adalah bil tersebut boleh hilang kerana kebiasaannya ia dihantar sewaktu ketiadaan orang di rumah semasa hari bekerja. Sekiranya hal ini terjadi, pelanggan akan menghadapi kesukaran dalam melunaskan bayaran bil tersebut

Mujur ada portal myTNB untuk mengatasi masalah ini. Dengan kewujudan portal myTNB, para pelanggan dapat melakukan semakan bil elektrik dan membuat bayaran (bill payment) secara atas talian atau online. Selain itu, TNB juga menyediakan aplikasi MyTNBApp yang boleh dimuat turun di Google Playstore atau Apple Appstore. Pengguna cuma perlu mengikuti langkah-langkah yang mudah untuk melakukan pendaftaran akaun sebelum dapat membuat semakan bil TNB secara online

Semakan Bil TNB Online Melalui Portal Dan Aplikasi myTNB Serta Cara Daftar Akaun

Kemaskini: Bantuan Prihatin Elektrik

  • Kerajaan dengan kerjasama TNB telah mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan iaitu bil elektrik sebulan RM77 ke bawah adalah percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020
  • Diskaun tambahan 8% juga turut diberikan kepada pengguna dengan bil elektrik antara RM232.35 hingga RM395.60

Kemaskini: Pelan Bayaran Mudah

  • Untuk pengguna kediaman yang terkesan dengan bil sebenar yang lebih tinggi disebabkan peningkatan penggunaan elektrik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), TNB telah memperkenalkan Pelan Bayaran Mudah (PBM) sehingga 31 Disember 2020
  • PBM ditawarkan secara automatik kepada semua pelanggan kediaman bermula dari bil bulan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat
  • Pelan Bayaran Mudah akan dipaparkan di dalam bil iaitu dalam kotak kuning di sudut kanan atas bil elektrik. Contoh adalah seperti gambar di bawah
    Informasi
  • Bagi keterangan lanjut mengenai Pelan Bayarn Mudah ini, rujuk pautan di bawah berikut:

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan bil elektrik TNB secara online menggunakan portal dan aplikasi myTNB. Sebelum itu, bagi yang belum mendaftar, ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk membuat pendaftaran akaun di portal dan aplikasi myTNB app

Cara Semak Bil TNB Melalui Aplikasi myTNB

Setelah memuat turun aplikasi myTNB ke telefon pintar, ikuti langkah seperti yang disediakan di bawah bagi menggunakannya:

  1. Daftar sebagai pengguna dengan klik ‘Register’
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti Nama, No. IC dan No. Telefon
  3. Isikan PIN yang akan dihantar secara SMS ke No. Telefon yang didaftarkan untuk pengesahan
  4. Tambah No Akaun Bil TNB (Jika pernah mendaftar sebelum ini, paparan akaun akan ditunjukkan secara automatik)
  5. Selepas selesai memasukkan No Akaun Bil TNB, semakan bil boleh dibuat secara online termasuklah bil terkini semasa, bil terdahulu serta rekod bayaran bil terdahulu
  6. Bayaran Bil TNB (bill payment) juga boleh dibuat terus menerusi aplikasi iaitu menggunakan kad debit / kad kredit dan Online Banking (FPX)

Cara Semak Bil TNB Melalui Portal myTNB

Langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun di portal myTNB untuk semak bil TNB online adalah seperti berikut:

1. Layari Laman Web myTNB Untuk Membuat Pendaftaran Online

2. Klik pilihan ‘New here? Register now!’ bagi membuat pendaftaran baru

Informasi

3. Di laman seterusnya, di seksyen ‘Register for New Account’, klik ‘Register Now’

Informasi

4. Semua maklumat yang diperlukan hendaklah dilengkapkan. Antaranya adalah Nama, Nombor myKad, Alamat E-mel, Kata Laluan. Sesudah itu, tandakan kotak persetujuan T&C dan klik butang ‘Create Account’

Informasi

5. Setelah itu, masukkan PIN yang diterima di nombor telefon pengguna dan klik ‘Confirm’ untuk teruskan

Informasi

6. Setelah pendaftaran berjaya, notifikasi akan diterima. Klik ‘OK’ untuk kembali ke halaman login. Periksa emel yang telah dihantar yang mengandungi pautan pengaktifan (activation link)

Informasi

7. Untuk log masuk, pilih ‘Individual’. Klik ‘Select’

Informasi

8. Setelah itu klik ‘Add Account’ di bahagian I am a TNB Customer bagi menambah akaun TNB elektrik sedia ada bagi pemilik (owner) ataupun bukan penyewa (non-owner)

Informasi

9. Pilih sama ada pemilik (owner) atau penyewa (non-owner) untuk menambah No.akaun Bil TNB.

Informasi

10. Bagi akaun pemilik, pilih jenis pemilik dan isikan maklumat yang diperlukan lalu klik ‘Submit’

Informasi

11. Bagi akaun penyewa, masukkan Nombor Akaun dan Nama Panggilan Akaun lalu klik ‘Submit’

Informasi

12. Skrin Pop-up akan muncul, tandakan kotak persetujuan T&C dan klik ‘Proceed’

Informasi

Skrin Pop-up pengesahan akan dipaparkan menunjukkan akaun telah berjaya ditambah

Informasi

Cara Membuat Semakan Bil TNB Melalui Portal myTNB

Kepada pengguna yang ingin menyemak baki bil TNB terkini, log masuk ke Portal dan paparan ‘Dashboard’ akan ditunjukkan

Informasi

  1. Menunjukkan paparan graf sejarah penggunaan elektrik
  2. Pecahan ringkasan pembilan bagi akaun akan ditunjukkan
  3. Nombor akaun dan alamat akan disenaraikan di sini
  4. Sejarah bayaran terakhir akan dipaparkan di bahagian ini

Kegunaan Lain Portal myTNB

Di portal myTNB juga, para pengguna boleh melakukan urusan lain seperti:

  1. Membayar bil TNB terkini atau yang tertunggak menerusi TNB payment gateway (pay your bill)
  2. Mengetahui trend atau pola penggunaan elektrik
  3. Mendapatkan tips-tips bermanfaat untuk menjimatkan penggunaan elektrik
  4. Membuat atau menyemak permohonan baru sebagai contoh menamatkan akaun atau menukar nama akaun, memohon penyambungan baru dan self-meter reading
  5. Menganalisa penggunaan elektrik serta membandingkan dengan rumah-rumah yang hampir sama
  6. Melunaskan bayaran bil TNB yang masih tertunggak menggunakan TNB payment gateway

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Cara Semak Bil TNB Secara Online Guna Portal myTNB ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi TNB seperti berikut:

Video Semak Bil TNB Online


Related : limited to the following compliant tnb bills supported browsers compliant with html5 browsers would be limited html5 and css3 standards with best view resolution of 1920 x 1080

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan