MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik Undi18

Pilihan Raya

Pilihan Raya

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi justeru pemilihan kepimpinan kerajaan ditentukan melalui proses undian oleh rakyat melalui Pilihan Raya. Setiap warganegara yang layak akan memilih wakil rakyat bagi kawasan masing-masing. Terkini, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengumumkan mengenai Semakan Pra-Pendaftaran Pemilik Automatik (SPPA)

Menurut Setiausaha SPR, pihak mereka akan mempamerkan maklumat untuk sejumlah 5.8 juta bakal pemilih (pengundi). Ini bagi tujuan memberi peluang mereka untuk menyemak dan mengesahkan rekod para pengundi sendiri dengan pihak SPR. Urusan SPPA ini akan dibuka dalam tempoh tertentu sahaja yang akan dinyatakan lanjut di bawah

Semakan SPPA juga dapat dilakukan menerusi dua kaedah iaitu secara atas talian dan juga secara manual di tempat semakan yang akan diterangkan lebih lanjut di bawah. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas digesa mengambil peluang ini untuk membuat semakan dan pengesahan maklumat agar dapat melancarkan proses pengundian kelak

Apa itu MySPR SPAA?

MySPR SPAA (Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik) adalah sebuah sistem yang dibuat bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih bagi menyemak serta mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik (Undi18)

Berikut adalah maklumat berkaitan termasuklah tarikh semakan, cara menyemak dan juga lain-lain info yang berkenaan

Tarikh Semakan

Urusan semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) hanya akan dibuka dalam tempoh berikut:

  • Dibuka : 1 Oktober 2021
  • Ditutup : 31 Oktober 2021

Tindakan: Dalam waktu tempoh SPPA ini dibuka, warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih hendaklah menyemak, mengesahkan maklumat serta membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik

PENTING: Jika bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan dalam sistem SPPA, bakal pemilih dinasihatkan bagi mengemaskini alamat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Cara Semak MySPR SPPA

Kaedah untuk membuat semakan MySPR SPPA adalah menerusi dua kaedah iaitu:

1. Secara Online

  1. Masukkan No. IC pada ruangan disediakan
  2. Masukkan Kod Captcha Seperti Yang dipaparkan
  3. Klik butang semak dan paparan semakan adalah seperti berikut:

Pilihan Raya

Pilihan Raya

Pengesahan Pra-Pendaftaran Automatik

Setelah memastikan rekod yang dipaparkan betul, pastikan membuat pengesahan maklumat dengan mengikuti langkah:

  1. Selepas semakan berjaya, rekod akan dipaparkan
  2. Skrol ke bawah sehingga bahagian Pengesahan Maklumat
  3. Jawab soalan yang telah dipaparkan sama ada Ya atau Tidak
  4. Masukkan No. Telefon untuk dihubungi yang saha
  5. Masukkan Emel (jika ada)
  6. Masukkan Catatan (jika perlu)
  7. Klik pada butang Hantar dan paparan mesej pengesahaan akan ditunjukkan
  8. Klik butang Ya. Rekod telah berjaya dihantar.
  9. Klik Ok. Sistem akan memaparkan maklumat tarikh pengesahan terakhir, no. telefon dan emel.

Untuk panduan penuh boleh rujuk maklumat pengguna MySPR SPAA di pautan berikut:

2. Secara Hadir Ke Tempat Semakan SPPA

  • Imbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan di 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara

Pemilih Telah Berdaftar

Sekiranya nama tidak tersenarai dalam sistem MySPR SPPA, kebarangkalian belum mencapai 18 tahun ataupun telah berdaftar sebagai pemilih berdaftar. Boleh rujuk panduan berikut:

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai MySPR SPPA ini, boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi SPR seperti berikut:

Related : aduan melalui laman myspr sppa, waktu pejabat atau membuat, pejabat atau membuat aduan, membuat aduan melalui laman, mendaftar sebagai pemilih untuk, bakal pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan suruhanjaya pilihan raya spr malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan