Sebagai negara yang mengamalkan sistem Demokrasi, pucuk kepemimpinan diputuskan melalui proses undian yang mana diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Sebelum ini, rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang layak untuk membuat undian. Namun begitu, umum mengetahui bahawa Rang Undang-Undang Perlembagaan 2019 telah dipinda oleh pihak Kerajaan dengan mengubah usia layak mengundi warganegara Malaysia dari 21 tahun kepada 18 tahun
Sebelum ini para pemilih pengundi baru perlu membuat pendaftaran menggunakan kaedah yang agak kurang praktikal iaitu dengan menghadiri pusat-pusat pendaftaran dan melengkapkan borang fizikal di tempat mendaftar sebagai pengundi. Cara ini dapat dilihat sebagai kurang sesuai kerana tidak selari dengan perkembangan zaman dan teknologi semasa. Mujur kini terdapat laman sesawang MySPR Daftar yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong
Dengan kewujudan aplikasi atas talian ini, rakyat Malaysia boleh menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru serta permohonan tukar alamat atau bahagian pilihanraya secara atas talian/online. Pengundi baru hanya perlu menyertakan gambar kad pengenalan dan gambar pemohon itu sendiri berswafoto dengan kad pengenalannya
Ianya membolehkan pemohon menggunakan cara mendaftar pemilih untuk mengundi pilihanraya secara online yang mana lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding cara lama yang lebih konvensional. Para pemohon cuma perlu melayari laman sesawang yang dikhususkan dan melengkapkan butiran yang diperlukan untuk mendaftar sebagai pengundi. Terkini mulai 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu adalah secara automatik.
MYSPR Daftar Cara Mendaftar Pemilih/Pengundi Pilihan Raya Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan merangkumi syarat-syarat kelayakan pendaftaran, kaedah atau langkah-langkah yang perlu dituruti untuk melengkapkan pendaftaran dan cara-cara menukar alamat mengundi secara online
Infografik MySPR Daftar
Pendaftaran Secara Automatik
Mulai 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu adalah secara automatik. Berdasarkan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan, kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih baharu adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan Pemilih
Untuk layak didaftarkan sebagai pemilih baru, pertama sekali pastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan berikut:
a. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
b. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas
c. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan (mempunyai alamat kediaman yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara)
d. Tiada halangan atau kehilangan kelayakan daripada undang-undang yang berkuatkuasa
Maklumat Tambahan Pendaftaran
Sertakan maklumat tambahan berikut sewaktu melakukan pendaftaran MySPR Daftar:
1. Nombor telefon bimbit yang sah
2. Alamat E-mel yang sah
3. Gambar depan Kad Pengenalan/MyKad
4. Gambar swafoto bersama Kad Pengenalan/MyKad
Nota: Format gambar yang dibenarkan – jpg, jpeg, png. Saiz gambar hendaklah kurang dari 500kb
1) Pendaftaran Akaun Baru
1. Untuk mendaftar akaun baru, pertama sekali layari pautan berikut:
- MySPR Daftar Online (Pendaftaran Akaun Baru/Log Masuk) : https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau
https://myspr.spr.gov.my/register
2. Skrin Log Masuk Akaun akan terpapar. Klik PERMOHONAN AKAUN BARU untuk mendaftar akaun baru
3. Pemohon pendaftaran baru akan dibawa ke skrin Permohonan Akaun Pengguna
4. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan termasuk memuatnaik gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan
5. Masukkan Captcha dan tandakan pada kotak pengakuan telah membaca syarat-syarat kelayakan
6. Klik HANTAR
7. Sebuah notifikasi akan diterima. Klik PASTI
8. Setelah melakukan verifikasi, sistem akan memaparkan mesej berikut:
2) Pengesahan Pendaftaran
Setelah melengkapkan pendaftaran, proses pengesahan pendaftaran adalah seperti berikut:
1. Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna di e-mel yang didaftarkan (jika tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, semak di dalam spam)
2. Pengesahan akan dilakukan oleh pegawai SPR. Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan berpandukan waktu yang telah dijadualkan
3. Permohonan untuk mendaftar sebagai pengundi akan diproses pada hari yang sama sekiranya dihantar antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari bekerja
4. Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya jika dihantar selepas jam 12 tengahari pada hari bekerja atau pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am
3) Pengaktifan Akaun MySPR Daftar
1. Berikut merupakan contoh emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar
2. Klik pautan/link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan terpapar
3. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Klik MOHON TAC
4. Isi No. TAC yang diterima melalui SMS di telefon bimbit dan klik HANTAR. Pemohon akan dibawa ke skrin Log Masuk
4) Permohonan Pendaftaran Baru / Penukaran Alamat Mengundi
1. Untuk membuat permohonan pendaftaran baru sebagai pemilih atau menukar alamat mengundi, pertama sekali klik Status Saya
2. Klik BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)
3. Setelah melengkapkan/mengubah semua maklumat yang diperlukan, klik HANTAR di sudut kanan bawah skrin
4. Suatu dialog Notifikasi akan keluar. Isi Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Klik MOHON TAC
5. Isi No. TAC yang diterima melalui SMS di telefon bimbit dan klik HANTAR
6. Skrin Status Saya akan terpapar dan p engguna boleh memuat turun atau mencetak borang tersebut. Untuk mencetak borang, klik PAPAR/CETAK BORANG A
Info Menarik
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sebagai rakyat yang bertangungjawab, daftarlah sebagai pengundi dan buat pertukaran alamt daftar pemilih serta memohon Borang 1A SPR untuk mengundi pos jika berada di luar negara. Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran MySPR Daftar ini seperti Manual/Panduan Pengguna atau jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi SPR seperti berikut:
- Telefon : +603 8892 7018
- Emel : webmaster@spr.gov.my
- Alamat : Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA
- Check Daftar Permilih SPR
- Soalan Lazim Pendaftaran Baru, Tukar Alamat (FAQ) SPR
- Laman Web Rasmi SPR
Related : membuat semakan, pejabat pilihan raya negeri, myspr semak, suruhanjaya pilihan raya malaysia,