Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus atau dikenali kini dengan COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Setakat ini 165 buah negara yang terlibat atau terkena wabak penyakit ini termasuklah negara Malaysia. Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank
Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama pemberian moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti. Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan. Bayaran ansuran akan bersambung semula setelah tempoh moratorium tamat
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Ini kerana ada syarikat yang terpaksa meminta pekerja bercuti tanpa gaji atau unpaid leave. Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga seperti di pasar tani dan pasar malam, mereka juga turut terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi
Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini. Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana. Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan di bawah
Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (Moratorium)
TERKINI: Moratorium Tanpa Syarat 6 Bulan Lulus Automatik Dengan Permohonan
Pemberian penangguhan bayaran pinjaman bank atau moratorium dalam pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi PEMULIH adalah seperti berikut:
- Selama enam (6) bulan
- Diberikan kepada semua individu sama ada:
- B40
- M40
- T20
- Usahawan Mikro
- Tiada lagi syarat pengurangan pendapatan
- Tiada semakan sama ada telah hilang kerja
- Tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk memohon
- Kemudahan juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank
Cara memohon adalah seperti dinyatakan di bawah.
KEMASKINI: Bantuan Moratorium Total Lockdown Fasa 1 Jun 2021
Perdana Menteri mengumumkan bahawa B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP boleh membuat permohonan bantuan bayaran balik (moratorium) dengan pilihan :
- Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan; atau
- Boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
Cara mendapatkan bantuan ini, hubungi pihak bank masing-masing
Cara Mohon Moratorium Setiap Bank
Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta cara mohon bagi setiap bank. Sila klik pada pautan:
Bagi Pakej PEMULIH, permohonan moratorium adalah seperti berikut:
- Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021
- Peminjam hanya perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik
- Peminjam perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.
NOTA: Bagi moratorium Pakej PEMULIH akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Bank | Pautan | |
1. CIMB / CIMB Islamic | CIMB Moratorium | |
2. Maybank / Maybank Islamic | Maybank Moratorium | |
3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic | Hong Leong Bank Moratorium | |
4. Affin Bank / Affin Islamic | Affin Bank Moratorium | |
5. AmBank | AmBank Moratorium | |
6. Bank Islam | Bank Islam Moratorium | |
7. Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bank Simpanan Moratorium | |
8. Agro Bank | Agro Bank Moraetorium | |
9. Bank Muamalat | Bank Muamalat Moratorium | |
10. Bank Rakyat | Bank Rakyat Moratorium | |
11. HSBC Amanah | HSBC Bank Moratorium | |
12. Public Bank | Public Bank Moratorium | |
13. OCBC Al Amin Bank Berhad | OCBC Bank Moratorium | |
14.MBSB Bank | MBSB Bank Moratorium | |
15. RHB Bank / RHB Islamic | RHB Bank Moratorium | |
16. Standard Chartered Saadiq | Standard Chartered Bank Moratorium | |
17. Alliance Bank | Alliance Bank Moratorium | |
18. SME Bank | SME Bank Moratorium | |
Untuk bank-bank lain yang tidak tersenarai boleh terus ke laman sesawang rasmi bank masing-masing |
Maklumat Terdahulu:
Kemaskini: Pengumuman Bantuan Khas Permai
Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 telah menyatakan:
- Moratorium & Pengurangan ansuran pinjaman akan diteruskan dan peminjam individu mahupun PKS boleh terus hubungi bank masing-masing untuk keterangan lanjut
Kemaskini: Sidang Parlimen 26 November 2020
Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam sidang parlimen pada 26 November 2020:
- Permohonan Moratorium Golongan B40 & PKS Mikro akan mendapat kelulusan bank dalam masa 24 jam. Secara automatik, buat permohonan & tidak perlu dokumen.
- Bagi M40 juga tidak perlu dokumen tetapi perlu self-declarion, kelulusan dalam 1 – 5 hari
Kemaskini : Belanjawan 2021
Menteri Kewangan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2021 mengenai Moratorium:
- Kerajaan akan menambahbaik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga 150 ribu ringgit
- Peminjam akan diberi pilihan :
Opsyen 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan
Opsyen 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan - Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.
- Bagi golongan M40, proses bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisythiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti ini akan bermula Disember 2020
- Panduan Lanjut : Facebook Bank Negara
Kemaskini: Pelanjutan Moratorium & Bantuan Bank Bersasar
Pada 29 Julai 2020, Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan lanjutan moratorium pinjaman secara bersasar kepada kumpulan berikut:
- Individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan (Lanjutan diberi selama 3 bulan) Selepas 3 bulan tempoh boleh dilanjutkan oleh bank bergantung pada situasi individu masing-masing
- Individu yang masih bekerja tetapi gaji terjejas atau berkurangan akibat COVID-19 (Bayaran pinjaman ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar jumlah pengurangan gaji bergantung pada jenis pinjaman) Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada gaji semasa individu berkenaan
Selain itu, semua peminjam individu atau PKS boleh mendapat bantuan daripada bank:
- Bayar faedah sahaja untuk jangka masa ditetapkan
- Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan bayaran balik bulanan
- Memberi pelepasan lain sehingga peminam capai kedudukan kewangan lebih stabil
Bagi pinjaman sewa beli, pihak bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada akta sewa beli. Contohnya:
1. Memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah
Bagi pinjaman yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020
Kemaskini: Tiada Caj Tambahan Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli
Berikut adalah kenyataan media terkini oleh Menteri Kewangan pada 6 Mei 2020 berkenanan caj tambahan bagi bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan shariah)
Pengendalian Moratorium Bagi Pinjaman Sewa Beli Dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap
Mulai 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui SMS, emel atau surat berdaftar daripada bank tentang langkah yang perlu diambil untuk proses penangguhan pembayaran pinjaman
Justeru peminjam sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik iaitu:
- Membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2o20 tanpa dikenakan caj faedah tambahan
- Membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal. Dalam kes ini, faedah mengikut kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan
Untuk panduan lanjut mengenai ini, sila rujuk soalan lazim yang disediakan Bank Negara Malaysia seperti di bawah: Soalan Lazim (FAQ) Moratorium Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap BNM
Penangguhan Pinjaman Secara Automatik Selama Enam Bulan – BNM
Berdasarkan kenyataan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 24 Mac 2020, berikut adalah maklumat lanjut:
BNM membenarkan pelanggan bank termasuklah individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan semua pembayaran balik pinjaman masing-masing kecuali kad kredit
Pengangguhan bayaran balik pinjaman itu adalah secara automatik selama 6 bulan bermula 1 April 2020
Namun, moratorium (penangguhan bayar balik pinjaman) hanya tertakluk kepada pinjaman seperti berikut:
a. Tidak tertunggak melebihi 90 hari setakat pada 1 April 2020
b. Dalam mata wang Ringgit Malaysia
Berikut adalah gambar kenyataan daripada BNM mengenai Moratorium Bayaran Pinjaman tersebut
Permohonan Moratorium Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank
Nota Penting: Permohonan moratorium secara manual tidak lagi perlu dilakukan bagi memohon penangguhan bayaran pinjaman bank
Definisi Moratorium
Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan
Pelanggan bank (peminjam/pembayar) tidak perlu membayar ansuran bulanan selama tempoh moratorium dan bersambung setelah ia tamat.
Soalan Lazim (FAQ) Penangguhan Bayaran Pinjaman – BNM
Berikut adalah soalan lazim (FAQ) mengenai penangguhan bayaran pinjaman yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia:
Senarai Bank Yang Menawarkan Penangguhan Bayaran Pinjaman
Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta nombor telefon untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Bank | No Telefon |
1. CIMB / CIMB Islamic | 03-62047788 |
2. Maybank / Maybank Islamic | 1-300-88-6688 |
3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic | 03-76268899 |
4. Affin Bank / Affin Islamic | 03-82302222 |
5. AmBank | 03-21788888 |
6. Bank Islam | 03-26900900 |
7. Bank Simpanan Nasional (BSN) | 1300-88-1900 |
8. Agro Bank | 1-300-88-2476 |
9. Bank Muamalat | 1-300-88-8787 |
10. Bank Rakyat | 1-300-80-5454 |
11. HSBC Amanah | 1-300-88-2626 |
12. Public Bank | 1-800-22-5555 |
13. OCBC Al Amin Bank Berhad | 03-83149310 |
14.MBSB Bank | 03-20963000 |
15. RHB Bank / RHB Islamic | 03-9206 8118 |
16. Standard Chartered Saadiq | 1-300-88-8888 |
17. Alliance Bank | 03-55169988 |
18. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) | 03-26113888 |
19. SME Bank | 03-26037700 |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah:
Related : 50 selama 6 bulan, pemerkasa plus, kuala lumpur, memohon bantuan, b40 m40, tan sri muhyiddin yassin