Cara Mandi Wajib. Islam merupakan agama yang indah dan menyeluruh. Umat Islam telah diberi petunjuk dan bimbingan menerusi al-Quran dan hadis yang merangkumi setiap aspek dalam kehidupan. Bimbingan yang betul amat penting supaya umat Islam menurut perintah Allah berdasarkan landasan syariah yang ditetapkan. Antara contoh bimbingan yang disediakan buat umat Islam adalah cara untuk bersuci daripada hadas
Apa Itu Hadas Besar?
Menurut istilah syarak, hadas besar bererti sesuatu yang maknawi (kotoran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar), yang berada pada seluruh badan seseorang, yang menyebabkannya tidak dapat mendirikan solat (fardu atau sunat) dan amal ibadat yang seumpamanya, selama tidak diberi kelonggaran oleh syarak. Selama mana seseorang itu tidak mengalami atau melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan hadas-hadas besar, maka selama itu badannya suci dari hadas besar.
Umum mengetahui bahawa untuk keluar atau bersuci daripada hadas besar, seseorang itu diwajbkan untuk melakukan mandi dengan sempurna. Selepas itu barulah dia boleh mengerjakan ibadah yang fardhu atau sunat dan bebas untuk menunaikan perkara yang diharamkan semasa berhadas besar. Perbezaan dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja dan dilakukan sebelum melakukan solat.
Apa Itu Mandi Wajib?
Ringkasnya, mandi junub (juga dikenali sebagai mandi hadas besar) adalah perbuatan membasahi seluruh anggota badan yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar menggunakan air mutlak. Cara mandi junub atau tata cara mandi wajib yang sah perlu dipelajari agar mandian berniat mandi dapat dilakukan dengan sempurna dan ibadah dapat diterima oleh Allah SWT. Cara mandi wajib untuk bersih daripada hadas adalah seperti di bawah
Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Sah (Lelaki Dan Perempuan)
Berikut dikongsikan panduan Cara Mandi Junub Atau Wajib yang sah serta betul untuk menghilangkan hadas besar buat rujukan semua
Syarat Wajib Mandi Junub
Berikut adalah perkara yang mewajibkan seseorang untuk mandi junub sebelum ingin melakukan ibadah:
- Bersetubuh (berjimak) samada keluar air mani ataupun tidak
- Keluar air mani (secara sengaja ataupun tidak)
- Datang haid bagi perempuan
- Wiladah (bersalin)
- Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin)
- Mati selain daripada mati syahid
Maklumat Penting
- Jika terdapat najis pada anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu
- Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali
- Kaedah mandi junub dengan mandi sunat adalah sama. Beza hanyalah pada niatnya sahaja
- Sesudah menyelesaikan mandi hadas besar maka tidak lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wuduk semasa mandi
- Sekiranya mandi di sungai yang mengalir atau kolam yang airnya lebih dari dua kolah / qullah (lebih kurang 270 liter), maka dibenarkan menyelam ke dalam air. Buat selaman (sebanyak 3 kali) sambil berniat dan meratakan air ke serata tubuh dengan menggosok tangan ke seluruh badan serta celah yang boleh disampaikan air kepadanya
Rukun Mandi Wajib
1. Niat Mandi Wajib Atau Mandi Junub
Rumi: Nawaitu raf ‘al hadatsil akbari lillahi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
2. Meratakan Air Ke Seluruh Anggota Badan
Cara atau kaedah mandi adalah seluruh anggota badan hendaklah dibasuh secara menyeluruh termasuklah bahagian-bahagian tersebut:
- Rambut (jika terikat hendaklah diuraikan)
- Semua bulu di seluruh angota badan
- Bahagian luar kulit telinga
- Kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar
- Kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil
Perkara Wajib dan Sunat
Perkara Wajib
- Berniat untuk mandi wajib
- Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau rambut. Air hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya
Perkara Sunat
- Mengambil wudhuk
- Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
- Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan
- Membasuh bahagian kanan dahulu kemudian kiri (Berdasarkan hadis Aisyah R.A yang maksudnya, baginda menyiram kepala hendaklah dimulai di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri)
- Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali (dalam riwayat lain, Baginda membasuh kemaluannya dan kotoran yang mengenainya, kemudian Baginda berwuduk sepertimana biasa dilakukan untuk solat, kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengan pangkal-pangkal rambutnya
- Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak
- Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota seperti basuh kedua-kedua kakinya
- Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk
Langkah-langkah Mandi Wajib (Cara Rasulullah SAW)
- Berniat ketika air sampai ke tubuh
- Membaca Bismillah
- Membasuh tangan sebanyak tiga kali
- Membasuh kemaluan dengan tangan kiri
- Mengambil Wudhuk
- Wuduk boleh dilakukan seperti biasa ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi
- Membasuh kepala
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram dengan air sebanyak 3 kali
- Bagi wanita, ikatan rambut hendaklah dilepaskan ketika mandi untuk meratakan air berdasarkan hadith sahih al-Bukhari: yang maksudnya Aisyah R.A, di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian: “Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh badan
- Sewaktu menyiram kepala, perlulah dimulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala
- Meratakan air ke seluruh anggota badan
- Para wanita yang mandi kerana haid, sunat menggunakan sedikit kasturi atau wangian untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah haid serta bauan yang kurang menyenangkan. Ia dapat dilakukan dengan meletakkan wangi-wangian itu ke atas atas kapas dan dicalit ke dalam faraj (kemaluan)
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanyakan berkaitan cara mandi wajib:
- Soalan: Adakah sah mandi dalam keadaan telanjang?
Jawapan: Hukum mandi telanjang adalah makruh. Maka sah mandi dalam keadaan tanpa seurat benang namun hendaklah tidak di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain - Soalan: Adakah sah mandi sekiranya terdapat luka yang belum kering?
Jawapan: Mandi sewaktu ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat hendaklah dibalut terlebih dahulu anggota tersebut supaya tidak terkena air. Sewaktu mandi, ratakan air ke seluruh badan kecucali bahagian berbalut (tidak boleh kena air). Selesai mandi hendaklah bertayamum bagi menyempurnakan mandi tersebut - Soalan: Apakah hukum mandi selepas subuh ketika bulan puasa?
Jawapan: Sah puasa dan tidak batal puasa kerana dalam keadaan junub mahupun mandi wajib selepas subuh. Berdasarkan hadith daripada Saidatina Aisyah RA : Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa. — Hadis Muttafaqun ‘alaih - Soalan: Adakah sah mandi sekiranya mewarnakan rambut?
Jawapan: Sekiranya bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut sama seperti inai iaitu boleh ditembusi air dan nipis maka sah mandi. Sekiranya tidak, boleh dipotong bahagian rambut yang diwarnakan atau dilunturkan sehingga hilang zat yang menghalan air sampai, lalu dilaksanakan semula mandi - Soalan: Apakah perlu berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi?
Jawapan: Mengambil wuduk semasa mandi adalah sunat. Jika tersentuh kemaluan semasa mandi, wuduk terbatal tetapi mandi tersebut adalah sah - Soalan: Perlukah mandi jika bermimpi tetapi tidak keluar air mani?
Jawapan: Bagi seseorang yang bermimpi melakukan perbuatan seperti berjima’ dan seumpamanya, namun tidak keluar air mani maka dia tidak perlu untuk mandi
Jenis-Jenis Mandi Sunat
Dalam Islam, terdapat beberapa keadaan yang umat Islam disunatkan untuk melakukan mandi sunat, antaranya seperti berikut:
- Mandi Sunat untuk pergi Solat Jumaat
- Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha
- Mandi selepas berbekam
- Mandi selepas memandikan mayat
- Mandi selepas sembuh daripada penyakit gila
- Mandi kerana hendak ber ihram
- Mandi kerana hendak wukuf di Arafah
- Mandi kerana hendak masuk Kota Madinah
Video Niat dan Cara Mandi Yang Ringkas
Video Tatatcara Mandi Wajib Sunnah
Berikut adalah cara mandi wajib kerana ingin membersihkan diri daripada hadas haid dan nifas dalam bentuk video penjelasan:
Related : al maidah 6, keluar darah, dua khitan, bacalah niat, nawaitul ghusla, laki laki, memulakan dengan mengusap rambut secara meratakan, membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan air ke seluruh tubuh badan, mengangkat hadas haid kerana Allah Taala, hukum mandi wajib, membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun, mandi wajib iaitu, menghalang sampainya air ke kulit badan, mati syahid, ratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, pangkal rambut, darah yang keluar dari faraj wanita, sahaja aku mengangkat hadas haid kerana allah taala,
Semak Kembali Artikel
- Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Sah (Lelaki Dan Perempuan)
- Syarat Wajib Mandi Junub
- Rukun Mandi Wajib
- 1. Niat Mandi Wajib Atau Mandi Junub
- 2. Meratakan Air Ke Seluruh Anggota Badan
- Perkara Wajib dan Sunat
- Perkara Wajib
- Perkara Sunat
- Langkah-langkah Mandi Wajib (Cara Rasulullah SAW)
- Video Niat dan Cara Mandi Yang Ringkas