Terlupa bayar zakat fitrah Ramadhan tahun ini apa perlu buat

Agama

Agama

Zakat Fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita kerana Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam dan ada perkara perlu dibuat jika lupa bayar zakat fitrah.

Selain memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa, kewajipan menunaikan Zakat Fitrah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya

Hukum membayar Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka (golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak) dan mampu mengeluarkannya pada waktunya

Terlupa Membayar Zakat Fitrah Dan Apa Perlu Buat

Sekiranya terlupa menunaikan Zakat Fitrah pada Ramadhan tahun ini selepas batas waktu terakhir yang ditetapkan maka jangan pula bertangguh atau menunggu hingga Ramadhan tahun depan kerana hukumnya berdosa, maka dengan itu wajib qadha zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu yang ditentukan dan segera menunaikannya kepada golongan yang berhak menerimanya

Peringatan Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

  1. Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan
  2. Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  3. Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri
  4. Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari
  5. Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

Lafaz Akad Zakat Fitrah

  1. Diri sendiri : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
  2. Diri sendiri dan tanggungan : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala
  3. Sebagai Wakil : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala

Video Penjelasan Lupa Bayar Zakat Fitrah

Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai masalah lupa bayar zakat fitrah

 

Perlu Qada Zakat Fitrah Sekiranya Lupa Bayar – Mufti Kelantan

Menurut artikel Astro Awani, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengatakan umat Islam yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib untuk qada zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu yang telah ditetapkan. Hal ini kerana terdapat hukum mengenai peringatan waktu bagi seseorang umat Islam yang layak membayar zakat fitrah. Ulasan lanjut beliau menyatakan bahawa sekiranya telah memasuki 2 Syawal, ia perlu wajib untuk qada niat zakat fitrah.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai, Armin Azahari Mamat juga menyeru semua umat Islam agar segera menunaikan kewajipan zakat fitrah kerana berdosa jika tidak melaksanakannya. “Saya seru semua umat Islam agar segera menunaikan kewajipan ini dan jangan bertangguh atau tunggu Ramadan tahun depan untuk membayarnya kerana berdosa jika tidak melakukannya” kata beliau.

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan