Login HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Human Resource Management Information System (HRMIS 2.0) merupakan Aplikasi Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia Penjawat Awam dengan lebih sistematik dan berintegriti serta tepat dan terkini

Aplikasi 2.0 menggantikan versi 1.0 digunapakai oleh semua penjawat awam Malaysia tidak terkecuali universiti, tentera, guru dan badan-badan lain. Ianya menyediakan fungsi Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Faedah, Pengurusan Cuti dan Pengurusan Saraan

Para penjawat awam boleh Login ke Sistem HRMIS 2.0 secara Online untuk mengakses Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia tersebut

Antara aplikasi atas talian atau online selain daripada sistem 2.0 adalah sistem Klasik dan Khidmat Bantuan. Jika sistem 2.0 boleh dilayari menggunakan Internet Explorer 10+, Chrome 39+, Firefox 30-39, Safari 5+ dan Chrome for Android. Aplikasi sistem Klasik pula hanya dapat dilayari menerusi Internet Explorer versi 11.1884.14393.0 dan ke bawah sahaja.

Manakala Khidmat Bantuan merupakan sistem pengurusan Meja Bantuan yang dapat digunakan untuk membuat sebarang pertanyaan dan aduan pengguna dengan menggunakan ID untuk log masuk

HRMIS 2.0 Login Page Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Online

Para pengguna yang ingin mempunyai akses sistem di mana saja dengan menggunakan telefon pintar dan tablet masing-masing pula boleh memuat turun aplikasi MyHRMIS yang telah keluar. Aplikasi myHRMIS Cuti, myHRMIS Profil, myHRMIS eGL, myHRMISSelfCheck dan myHRMIS care adalah satu inovasi baharu di bawah projek myGov Mobil MAMPU

Aplikasi ini dapat dimuat turun ke telefon pintar dan tablet yang menggunakan platform Android dan iOS dengan nama Government Of Malaysia

Para pengguna hendaklah mengisi maklumat yang benar kerana pemilik kompetensi/pentadbir sentiasa menyemak dan memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem adalah yang terkini, tepat dan berintegriti. Adalah dinasihatkan bahawa pengguna log masuk ke sistem pengurusan sumber manusia menggunakan Internet Explorer 11 atau mana-mana browser terkini seperti Chrome / Mozilla Firefox

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Login Sistem HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang merangkumi pautan dan panduan untuk login ke dalam sistem serta maklumat-maklumat penting yang lain

Login Sistem Portal HRMIS 2.0 Online

Cara Login Sistem Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mengkases sistem :-

1. Layari pautan yang disediakan di atas dan klik butang “HRMIS 2.0”

Kakitangan Awam

2. Di bahagian “Log Masuk Pengguna”, masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN. Klik HANTAR

Kakitangan Awam

Nota: Staf dan pegawai yang bukan dari Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri perlu terus menghubungi pihak Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing jika terdapat persoalan mengenai aplikasi ini

Lupa Kata Laluan

Bagi yang lupa kata laluan yang diperlukan untuk login ke sistem 2.0, berikut dikongsikan langkah-langkah yang perlu dituruti untuk mendapatkan kata laluan baru:

1. Di bahagian “Log Masuk Pengguna” klik “Lupa Kata Laluan?”

2. Masukkan ID Pengguna dan Tarikh Lantikan Pertama ke Perkhidmatan Awam. Klik butang “HANTAR”

Kakitangan Awam

3.  Pengguna akan dibawa ke halaman untuk membuat verifikasi. Perkataan yang dipaparkan perlu ditaip semula. Klik “HANTAR”

4. Sebuah emel akan dihantar kepada pengguna. Pautan yang terkandung di dalam emel tersebut perlu diklik sebagai proses untuk reset kata laluan

Kakitangan Awam

5. Isi ruangan ID PENGGUNA, KATA LALUAN BARU dan ULANG KATA LALUAN BARU. Klik SET SEMULA

Kakitangan Awam

6. Suatu notifikasi yang mengatakan “Tukar Kata Laluan Berjaya” akan terpapar. Klik OK

7. Pengguna boleh cuba untuk login ke sistem 2.0 dengan kata laluan baru

Aplikasi Mobile Rasmi

Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi ini di telefon bimbit dari Google Play Store dan Apple App Store:-

Perkhidmatan MyHRMIS

Antara perkhidmatan yang disokong oleh aplikasi ini adalah seperti berikut :-

  • MyHRMIS Cuti
  • MyHRMIS Profil
  • MyHRMIS eGL
  • MyHRMISSelfCheck
  • MyHRMIS care

Objektif HRMIS 2.0

Antara tujuan pelaksanaan sistem aplikasi HRMIS adalah seperti berikut:

1. Proses operasi pengurusan sumber manusia boleh dijadikan lebih automatik

2. Membolehkan perancangan tenaga kerja serta penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan menerusi maklumat pengurusan sumber manusia

3. Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemaskini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan

4. Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, menyelaras proses sumber manusia dan capaian menerusi single window

5. Menyumbang ke arah kewujudan persekitaran tanpa kertas (paperless)

6. Menyediakan sebuah sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemaskini untuk memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi

Khidmat Bantuan HRMIS 2.0

Buat yang menghadapi kesukaran menggunakan HRMIS, dapatkan khidmat bantuan daripada Pentadbir Sistem Level 0 masing-masing di Kementerian atau Agensi di bawahnya dan di Setiausaha Kerajaan Negeri di mana pengguna sistem sedang berkhidmat. Dapatkan senarai nama Pentadbir Sistem Level 0 di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai urusan login HRMIS 2.0 boleh rujuk butiran di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi HRMIS seperti berikut:

  • No. Telefon HRMIS : 03-8321 1400
  • Fax : 03-8324 2420
  • E-mel : hrmis@deskjpa.gov.my
  • Alamat : Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pejabat Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya Malaysia
  • Laman Web Rasmi KPDNHEP

Related : untuk memudahkan pengurusan, mohon cuti, aplikasi hrmis 2.0, https hrmis2.eghrmis.gov.my, untuk menggunakan, hrmis 1.0, proses pengesahan, memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan