Login ezHasil Kali Pertama Dan Permohonan No Pin e-Filing

Informasi

Informasi

Cara login ezhasil kali pertama dan permohonan no pin e-filling akan dijelaskan lebih lanjut di bawah. Cukai dapat didefinisikan sebagai suatu bentuk pembiayaan yang dibayar oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat itu kepada pemerintah. Terdapat pelbagai jenis cukai termasuk cukai pendapatan, jualan, tanah dan pintu

Cara pengumpulan cukai serta penggunaan kutipan wang cukai tersebut dikendalikan secara berbeza di setiap negara. Di Malaysia, hal dan urusan berkaitan cukai terutamanya cukai pendapatan dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Setiap tahun, cukai pendapatan dikenakan ke atas pendapatan individu, syarikat dan sebagainya. Mulai tahun 2015, individu yang memperoleh pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000  selepas potongan KWSP perlu membuat pendaftaran fail cukai pendapatan

Mulai tahun 2004, pendapatan yang diperoleh di Malaysia dari sumber luar negara dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pembayar cukai samada yang bermastautin di Malaysia atau sebaliknya dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja

Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran boleh diisi dan dihantar secara online/atas talian oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem aplikasi e-Filing. Untuk melengkapkan proses tersebut, para pengguna perlu mengakses ezHASiL serta melengkapkan proses Login untuk Kali Pertama Dan membuat Permohonan Nombor Pin

Laman web ini adalah laman yang boleh diakses untuk menggunakan semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM. Terdapat aplikasi yang memerlukan pengguna untuk log masuk menggunakan sijil digital terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi tersebut seperti e-Filing. Ada juga aplikasi yang tidak memerlukan log masuk ke laman ini tetapi pengguna perlu membuat pendaftaran menerusi aplikasi itu sendiri sebelum boleh menggunakannya

ezHASiL Log Masuk Kali Pertama Pengguna Dan Permohonan Nombor PIN e-Filing

Bagi memudahkan urusan login/log masuk pengguna kali pertama, berikut MySumber kongsikan maklumat serta langkah-langkah untuk membuat Login Kali Pertama ezHASiL beserta panduan permohonan Nombor Pin e-Filing buat rujukan semua

Cara Daftar No Cukai Pendapatan LHDN

  1. Untuk membuat pendaftaran nombor cukai pendapatan, sila pergi ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran dan berjumpa dengan kakitangan LHDN di situ atau membuat pendaftaran secara atas talian/ online di Portal MyTax :https://mytax.hasil.gov.my/
  2. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
    Pendaftaran secara e-Daftar :

    • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

    Pendaftaran secara manual

    • Borang CP600
    • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
    • Penyata pendapatan/slip gaji
  3. Setelah memperolehi nombor cukai pendapatan, anda sebagai pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing

Login Kali Pertama Dan Permohonan No Pin E-Filing

  • Fungsi Login Kali Pertama digunapakai oleh pengguna yang ingin menggunakan sistem online. Pengguna mestilah melakukan fungsi Login Kali Pertama terlebih dahulu untuk memastikan pengguna memiliki sijil digital sama ada individu mahupun organisasi. Pengguna boleh log masuk seperti biasa apabila telah berjaya melakukan transaksi ini
  • Nombor PIN boleh didapati melalui mana-mana kaunter atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan
  • Permohonan No Pin e-Filing semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dipohon secara online di Borang Maklum Balas Pelanggan :-

Langkah-langkah untuk Login Kali Pertama adalah seperti berikut

  1. Layari Laman Web ezHASiL atau MyTax Secara Online Dan Buat Pendaftaran:e Daftar MyTax Hasil
  2. Bagi yang telah berdaftar tetapi tiada Sijil Digital, terdapat 2 kaedah yang boleh dibuat untuk mendaftar iaitu:
    • e-CP550 – permohonan di web
    • e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile
  3. Aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
  4. Seterusnya boleh log masuk setelah menetapkan kata laluan serta frasa keselamatan

Manual Panduan Pengguna MyTax

Untuk butiran lebih terperinci mengenai langkah-langkah membuat login kali pertama me portal MyTax, rujuk panduan pengguna:

Aplikasi Yang Memerlukan Sijil Digital 

Berikut dikongsikan senarai aplikasi yang memerlukan pengguna untuk login dengan sijil digital sebelum dapat menggunakannya:

  • e-Filing
  • e-Kemaskini
  • e-Filing – Cukai Keuntungan Harta Tanah
  • e-Filing – Cukai Pegangan
  • e-Lodgement – Cukai Keuntungan Harta Tanah
  • e-Lejar
  • e-SPC
  • e-Data Praisi
  • My Tax

Aplikasi Yang Tidak Memerlukan Sijil Digital 

Senarai aplikasi yang tidak memerlukan pengguna untuk login dengan sijil digital adalah seperti berikut:

  • e-Filing – Bayaran Cukai Pegangan
  • e-PCB
  • Kalkulator PCB
  • ByrHASIL
  • e-Daftar
  • e-Residence
  • STAMPS
  • e-Data PCB

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Login Kali Pertama Dan Permohonan No Pin ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi LHDN seperti berikut:

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang permohonan atau semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Related : borang e menghantar borang masukkan no maklumat berkaitan klik butang rm34,000 setahun, surat lantikan sebagai wakil individu lain selain pengarah tahun taksiran e borang cp55b ditandatangani oleh individu aplikasi ezhasil borang cp55b telah ditandatangani cawangan lhdnm, surat lantikan sebagai wakil tahun taksiran cp55b ditandatangani oleh individu cawangan lhdnm, individu lain selain pengarah borang cp55b telah ditandatangani

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan