Pelajar Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (PT3), Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) tahun 2024 boleh membuat permohonan KV/ SMT iaitu kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Mac 2025 secara dalam talian
Terdahulu permohonan oleh pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh dibuat melalui capaian secara atas talian (online) dengan menggunakan aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah yang mengutamakan latihan kemahiran dalam silibus akademik mereka berbanding sekolah biasa. KV dan SMT terdapat di seluruh negara dan hampir di setiap daerah dalam sesebuah negeri serta merupakan sekolah bantuan kerajaan.
Terkini pada 23 Ogos 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengenalan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan pengambilan murid ke Sekolah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Sistem permohonan kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point adalah secara berpusat dan menggunakan kaedah pentaksiran standard secara berpusat
Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2025 Secara Online
Untuk makluman berikut adalah maklumat bagi tahun 2025, pemohon boleh mengikuti kemaskini maklumat berkaitan seperti tarikh sebenar (rasmi) permohonan dibuka, pautan dan cara untuk membuat permohonan menerusi informasi yang telah dilengkapkan dalam ruangan berikut
Tarikh Penting Permohonan KV & SMT
- Dibuka : 1 Ogos 2024
- Ditutup : 9 September 2024
Permohonan KV & SMT Ambilan 2025
Layari pautan di bawah untuk membuat permohonan. Pautan akan diaktifkan pada tarikh permohonan seperti dinyatakan di atas.
*Berikut disediakan maklumat bagi ambilan tahun 2025 yang dikemaskini dari semasa ke semasa
Syarat Asas Kelayakan Permohonan KV Dan SMT 2025
- a. Warganegara Malaysia
- b. Murid Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/2025
- c. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- d. Mesti mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
- e. Wajib menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- f. Calon Sihat tubuh badan
- g. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- h. Tidak rabun warna/ burta warna
- i. Berminat dengan program yang dipohon
Info: Program KV dan SMT
Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :
i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV / ILKA / ILKS
ii. Sekolah Menengah Teknik (SPM)
iii. Program Kemahiran / Apprenticeship di KV /WISDEC / GIATMARA
Cara Membuat Permohonan Online KV Dan SMT 2025
Permohonon kemasukan program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Mac tahun 2025 adalah percuma tidak perlu sebarang pembelian nombor pin dan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Aplikasi dalam talian eSPTV, Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional di https sptv.moe.gov.my
Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan aliran murid atau pelajar Tingkatan 3 tahun 2024 melalui sistem aplikasi permohonan online (murid lepasan tingkatan tiga 3). Maklumat aliran adalah seperti berikut :
Jenis Aliran Murid
1) Aliran PAV (Pelajar Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
Pelajar telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV
- Syarat Program Kemahiran, Senarai Institusi Dan Kursus serta Info Kolej Vokasional / ILKA
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Online
Sila dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan
2) Pelajar Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama
Pelajar menduduki PBS yang merangkumi 4 Komponen iaitu:
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
- Syarat Program, Senarai Institusi dan Info Kolej Vokasional ILKS / ILKA & Sekolah Menengah Teknik (Teknikal)
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Online
3) Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
Sila dapatkan maklumat info kursus yang ditawarkan di bahagian Info Kemasukan yang terdapat dalam laman sistem aplikasi permohonan
Sistem Aplikasi eSPTV – Permohonan KV & SMT
Sila pastikan membuat permohonan berdasarkan atau mengikut Aliran Murid Tingkatan 3 Tahun 2024
Setelah memilih permohonan mengikut aliran masing-masing, pemohon boleh mengakses sistem atau dibuat mengikut borang permohonan online dengan mengisi no. My Kad pada ruangan yang tersedia
Sekiranya pemohon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sila maklumkan perkara ini kepada guru kelas atau pihak sekolah
Sila dapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang terdapat pada Info Kemasukan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, pemohon disarankan melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan, https://www.moe.gov.my
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
- Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
- Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya - Hubungi 03-80008000 atau (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan / Nota | ||||
1. | Sistem permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup | 1 Ogos – 9 September 2024 | Pemohon | ||||
2. | Pelaksanaan PKSK | 23 September – 3 Oktober 2024 | Pemohon | ||||
3. | Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) | 13 Januari 2025 | Pemohon murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat | ||||
4. | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2023 (Aliran Perdana) | 18 Februari 2025 | Pemohon Aliran Perdana | ||||
5. | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2023 ke mana-mana KV/ SMT/ GIATMARA/ WISDEC | Akan Dikemaskini | Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | ||||
6. | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2023 (Aliran PAV) | 18 April 2025 | Pemohon Aliran PAV | ||||
7. | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2023 ke mana-mana GIATMARA/ WISDEC | Akan Dikemaskini | Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan |
Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
Semak Kembali Artikel