Pelajar kolej dan semua universiti di Malaysia boleh merebut peluang bagi mendapatkan diskaun harga tambang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga 40 peratus dengan membuat permohonan KTM i- Card Student & Komuter Link Konsesi
KTMB-i- Card Student diperkenalkan oleh pihak yang terlibat untuk mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh bukan pelajar sekolah, kolej dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ataupun yang sudah menamatkan pengajian. Dengan itu, para pelajar IPTA dan IPTS layak mendapat potongan diskaun 40% untuk perkhidmatan tren ETS dan KTM intercity. Manakala kad Komuter Link Pelajar menawarkan diskaun 50% bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan Komuter di Lembah Klang sahaja
Sehubungan dengan itu, mereka yang layak perlu membuat permohonan KTMB-i- Card Student kerana selepas ini tidak lagi boleh menerima diskaun dengan menggunakan kad pelajar sedia ada. Untuk makluman, pada 5 April 2016, para pelajar boleh membuat permohonan “KTMB i-Card Student” secara atas talian (online) dengan menerusi portal rasmi KTMB
Pemohon boleh mengisi borang pendaftaran secara online dan membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM10 untuk Komuter Link Pelajar dan RM33 setahun untuk KTMi-Card Student. Pembayaran boleh dibuat secara “internet banking” sama ada melalui kad kredit / debit atau saluran “online banking” yang ditawarkan seperti maybank2u, cimbclicks dan lain-lain
Permohonan Terkini Kad Diskaun Pelajar KTM I-Card Secara Borang Online
Berikut adalah keterangan lanjut mengenai cara terkini membuat permohonan kad diskaun pelajar KTM i-Card & Komuter Link Konsesi serta maklumat penting lain yang berkaitan.
Syarat Permohonan KTMi – Card Student & Komuter Link Konsesi
- Pelajar kolej dan Universiti di Malaysia
- Warganegara Malaysia
- Bayaran yuran tahunan sebanyak RM10.00 termasuk caj pengurusan untuk Komuter Link Konsesi
- Bayaran yuran tahunan sebanyak RM33.00 termasuk caj pengurusan untuk KTMi-Card Student
- Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian
- Pelajar wajib menyertakan sekali surat pengesahan sebagai pelajar daripada universiti / kolej
Permohonan KTMi-Card Student & Komuter Link Secara Online
Aplikasi Permohonan KTMi-Card dan Komuter Link Konsesi Online
- Permohonan KTMi-Card (Perkhidmatan tren ETS & KTM intercity)
- Komuter Link Konsesi(KTM Komuter di Lembah Klang sahaja)
Cara Membuat Permohonan KTMi-Card Student Secara Online
- Layari pautan yang disediakan di atas dan klik butang “Login/Sign up”
- Daftar atau log masuk ke dalam akaun KITS
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang “Save and proceed next”
- Klik pada bahagian “Concession” dan pastikan “Concession Type” pilih “Student”
- Isikan maklumat pendidikan dan klik butang “Submit”
- Bagi pelajar berumur 24 tahun dan ke atas, surat pengesahan perlu dimuat naik
- Selepas mendapat emel pengesahan permohonan, pemohon perlu membuat pembayaran melalui pautan yang diberikan.
- Bagi pelajar sila muatnaik surat pengesahan pelajar dan klik butang “Submit for approval” dan permohonan yang berjaya disimpan serta akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja
Cara Membuat Pembayaran Permohonan KTMi-Card Student Secara Online
- Setelah berjaya menghantar permohonan secara online, pemohon dikehendaki melakukan pembayaran dengan klik butang “login”
- Tiba di paparan status permohonan, klik pada butang “proceed payment”
- Tandakan petak kosong “terms and conditions” dan klik butang “agreed and process with payment”
- Selesai proses pembayaran, sila tunggu sehingga permohonan anda diluluskan dan boleh menikmati KTMi-Card
Cara Membuat Permohonan KTM Komuter Link Secara Online
- Layari laman permohonan Komuter Link
- Klik “Apply Now” di bawah Komuter Link Student Card
- Kemudian klik pada “Permohonan Baru”
- Isi maklumat yang diperlukan serta borang pengesahan sebagai pelajar dan klik “Teruskan”
- Permohonan yang berjaya disimpan serta akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja
- Pembayaran boleh dibuat secara onlien selepas mendapat emel pengesahan
- Jika kad hilang, pertukaran kad baharu boleh dimohon dan baki kredit pada kad akan dikembalikan
Pemohon juga boleh membuat permohonan kad konsesi di kaunter KTM di Stesen KL Sentral pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Dibuka hari Isnin hingga Jumaat). Pemohon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan MyKad atau kad pengenalan dan kad daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi golongan OKU untuk proses pengesahan.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sebagai peringatan, kad perlu diperbaharui setiap tahun bagi mengelakkan kad anda disekar penggunaannya. Sekiranya sistem aplikasi permohonan secara online KTM i-Card Student/ Komuter Link Konsesi mengalami gangguan, pemohon boleh mendapatkan borang manual di portal rasmi KTMB untuk membuat permohonan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di saluran dan kaedah seperti berikut:
- +603 2267 1200
- Emel: callcenter@ktmb.com.my
- Stesen-stesen KTMB yang berhampiran