Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019 boleh mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2019 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan November 2019
Berdasarkan semakan dan rujukan MYsumber terhadap tarikh keputusan UPSR dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan November untuk mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Pada tarikh rasmi keputusan UPSR 2019 diumumkan keluar nanti, calon boleh mendapatkan keputusan tersebut melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan perkhidmatan semakan ringkasan keputusan secara sistem pesanan ringkas, mySMS 15888
Tarikh Dan Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat terkini berkaitan dengan tarikh rasmi keputusan UPSR 2019 diumumkan keluar dan semakan serta cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing
Tarikh Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Tarikh Pengumuman Keputusan Result UPSR 2019 adalah seperti berikut:
- 21 November 2019
Tarikh RASMI seperti diumumkan oleh KPM
Mendapatkan Slip Keputusan Penuh UPSR 2019
- Melalui sekolah masing-masing (calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan / calon sekolah swasta) bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan
- Calon-calon sekolah perlu hadir pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian sekolah. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri
Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara SMS
Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS 15888) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut:
Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
- Contoh: UPSR KC001A040 sms ke 15888
Semakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi, November 2019 dan akan ditamatkan pada jam 600 petang, Disember 2019
Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online
*Semakan keputusan UPSR secara online melalui Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN
Gred Dan Tafsiran Gred UPSR
Gred dan tafsiran gred yang digunakan untuk pernyataan keputusan UPSR adalah seperti di bawah:
- A : Cemerlang
- B : Baik
- C : Memuaskan
- D : Mencapai Tahap Minimum
- E : Belum Mencapai Tahap Minimum
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018
Selain keputusan UPSR 2019, calon-calon akan menerima Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Permohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR 2019
Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan UPSR yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan. Caj / kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan UPSR adalah sebanyak RM50.00 bagi satu kertas peperiksaan
Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Borang boleh didapati di sekolah, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my
Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR