Calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ulangan Semester 1 (U1) dan Semester 2 (U2) dahulunya dikenali sebagai Penggal 1 (P1) dan Penggal 2 (P2) bagi tahun 2023 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan yang berkenaan pada suatu tarikh yang akan diumumkan
Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh keputusan STPM U1 & U2 dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Februari untuk mengumumkan keputusan keseluruhan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Semakan keputusan STPM Ulangan 1 dan 2 tahun 2023 boleh dibuat secara dalam talian (online) atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mulai tarikh yang dinyatakan selepas jam 10 pagi
Semakan Keputusan Ulangan Semester 1 (U1) Dan Ulangan Semester 2 (U2) STPM 2023 Secara Online Dan SMS
Berikut adalah info untuk membuat penyemakan keputusan ulangan Semester 1 dan ulangan Semester 2 STPM 2023
Tarikh Keputusan STPM Ulangan
Tarikh keputusan bagi U1
- 24 April 2024 (Rabu) : 10:00 Pagi
Tarikh keputusan bagi U2
- 4 Julai 2024 (Khamis) : 10:00 Pagi
Mekanisme Semakan Keputusan STPM Ulangan U1 & U2 2023
Semakan online Result STPM 2023 Ulangan U1 & U2 boleh dilakukan melalui:
- Sistem Aplikasi MPM | Semakan Keputusan STPM Ulangan U1 2023
- Sistem Aplikasi MPM | Semakan Keputusan STPM Ulangan U2 2022
Kaedah semakan hanya boleh dibuat melalui portal semakan yang dikongsikan di atas.
Semakan secara SMS adalah seperti berikut:
- Taip : STPM (jarak) RESULTU1 (jarak) No. K/P dan SMS ke 15888
- Taip : STPM (jarak) RESULTU2 (jarak) No. K/P dan SMS ke 15888
Nota
Sistem aplikasi semakan bagi keputusan peperiksaan ulangan semester 1 (U1) dan 2 (U2) hanya akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan
Sila masukkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan berkenaan
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Calon-calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak