Semakan Keputusan Rayuan Politeknik 2024 Premier Konvensional METrO

UPU

UPU

Calon lepasan SPM / Setaraf yang telah mengemukakan permohonan E-Rayuan kemasukan ke Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/METrO bagi program pengajian sesi akademik 2024 /2025

Keputusan dan pemilihan bagi calon berjaya dalam permohonan rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu

Terdahulu, sistem aplikasi permohonan rayuan dibuka pada 1 Julai 2024 hingga 8 Julai 2024 kepada capaian pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran tempat Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/METrO

Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Lepasan SPM/ Setaraf 2024-2025

Calon yang terbabit atau telah membuat permohonan E-Rayuan boleh mendapatkan maklumat tarikh hebahan dan pautan sistem aplikasi semakan menerusi ruangan yang disertakan seperti berikut

Semakan Status Permohonan e-Rayuan

  • Semakan Dibuka : 8 Ogos 2024
  • Semakan Ditutup : akan dikemaskini

Tarikh sistem semakan dibuka / ditutup masih tertakluk kepada perubahan atau pindaan

Sistem Aplikasi Semakan Secara Online (Utama)

Sistem Aplikasi semakan hanya akan diaktifkan / dibuka bermula pada tarikh dan masa hebahan seperti dinyatakan

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, pemohon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Sistem Aplikasi Semakan Secara Online (Mengikut Zon)

Pemohon boleh membuat semakan dengan menggunakan mana-mana saluran mengikut Zon semakan UPUonline seperti di bawah bagi keputusan status permohonan rayuan Politeknik Premier sahaja

Semakan Secara SMS

Tiada semakan secara SMS disediakan.

Politeknik Premier

  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888

Politeknik Konvensional / METrO

  • Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888

Pengesahan / Cetakan Surat Tawaran

Bagi rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat. Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima bermula 8 Ogos 2024 hingga tarikh yang akan dikemaskini

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan