Semakan Keputusan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT 2025

Sekolah

Sekolah

Calon-calon (pelajar) yang telah membuat application ke Program Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2025 boleh menyemak keputusan kv smt atau membuat semakan status tawaran secara dalam talian (online)

Sebarang pengumuman atau pemberitahuan berkaitan dengan Keputusan dan Tawaran ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2025 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dalam pada itu, MYsumber akan memaklumkan info seperti tarikh semakan boleh dibuat dan pautan (link) sistem aplikasi semakan keputusan tawaran secara online serta cara membuat rayuan bagi calon yang tidak berjaya

Selamat berjaya buat calon yang membuat permohonan ke KV dan SMT. Semoga permohonan diluluskan dan berjaya menyambung pelajaran dalam bidang yang diinginkan. Bagi yang tidak lulus jangan risau masih ada peluang melalui permohonan rayuan

Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2025

Berikut adalah maklumat bagi tahun 2025 untuk rujukan. Sila ikuti maklumat tersebut menerusi ruangan dibawah

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran KV & SMT

Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi~

  • Dibuka :  31 Januari 2025 (Sesi 2024: 1 Mac 2024)
  • Ditutup :  Februari 2025 (Sesi 2024: 18 Mac 2024)

Mekanisme Semakan Tawaran Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik

Terdapat dua kaedah semakan yang boleh digunakan oleh calon untuk membuat keputusan tawaran seperti berikut:

1. Semakan Secara Online

*Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan

Sila masukkan / lengkapkan No MyKad anda dalam ruangan yang disediakan di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Kemudian klik pada butang Semakan untuk mengetahui status keputusan tawaran

2. Semakan SMS

  • Semakan melalui perkhidmatan SMS tidak disediakan

Pelajar Berjaya (Cetakan Tawaran Dan Pendaftaran)

  1. Pelajar yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan
  2. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak KV / SMT semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran

Pelajar Gagal Rayuan

  1. Pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran boleh mengemukakan rayuan

Tarikh Penting KV / SMT 2025, Semakan Keputusan, Rayuan & Pendaftaran 

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan ke KV / SMT bagi ambilan 2025:

BilPerkaraTarikhTindakan / Nota
1.Sistem Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup1 Ogos 2024 – 8 September 2024Pelajar
2.Semakan Pusat PKSK13 September 2024 – 3 Oktober 2024Pelajar
3.Semakan keputusan tawaran ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT)31 Januari 2025Pelajar murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
4.Pendaftaran Murid18 Februari 2025Pelajar
5.Rayuanakan dikemaskiniCalon (pelajar rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan
6.Keputusan Rayuanakan dikemaskiniPelajar

Nota: Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan