Kalendar MUET 2024 MPM (Tarikh Ujian & Pendaftaran)

Pendidikan

Pendidikan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Malaysian University English Test (MUET) di Malaysia. MPM akan menguruskan dari segi pendaftaran calon dalam peperiksaan MUET, pelaksanaan peperiksaan MUET dan juga keputusan peperiksaan MUET tersebut. Lazimnya kalendar peperiksaan MUET bagi tahun tersebut akan dikeluarkan sekitar bulan Oktober tahun sebelumnya untuk memudahkan perancangan calon dalam membuat pendaftaran peperiksaan.

MUET adalah peperiksaan bahasa Inggeris yang dilaksanakan pada peringkat pra-universiti seperti matrikulasi, asasi, STPM dan juga diploma. MUET diperkenalkan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris para pelajar sebelum melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam pengajian ijazah. Peperiksaan MUET wajib diambil bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan

Peperiksaan MUET terdiri daripada empat jenis ujian iaitu Listening Test atau Ujian Pendengaran selama 30 minit (45 markah), Speaking Test atau Ujian Lisan selama 30 minit (45 markah), Reading Test atau Ujian Pemahaman iaitu soalan objektif selama 90 minit (120 markah) dan juga Writing Test atau Ujian Penulisan selama 90 minit (90 markah). Untuk panduan para calon peperiksaan, ini akan memberikan jumlah keseluruhan markah sebanyak 300 markah dan keputusan akan diberikan berdasarkan gred atau dinamakan sebagai Band

Setiap tahun Peperiksaan MUET akan dijalankan sebanyak 3 kali atau 3 sesi dalam setahun. Ianya akan berlangsung dalam 3 bulan yang berbeza seperti sesi Mac, sesi Julai dan sesi November ditetapkan oleh MPM. Bermula tahun 2018, MPM juga telah memperkenalkan sistem peperiksaan baharu MUET iaitu Malaysian University English Test, MUET on Demand (MoD) di mana calon mempunyai pilihan untuk menduduki peperiksaan di luar waktu peperiksaan MUET sesi 1,2, dan 3

Kalendar Jadual Peperiksaan MUET 2024 MPM Tarikh Pendaftaran Dan Ujian Lisan/ Bertulis

Bagi pelajar yang bercadang untuk mengambil peperiksaan MUET pada tahun 2024, boleh melihat kalendar peperiksaan MUET bagi tahun 2024 yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh MPM bagi merujuk tarikh pendaftaran Malaysian English University Test (MUET) di buka untuk kemasukan ke universiti awam

Berikut dikongsikan kalendar peperiksaan muet 2024 seperti tarikh pendaftaran dan tarikh menduduki peperiksaan MUET bagi setiap ujian mengikut sesi untuk panduan para calon

Kalendar MUET 2024

Dikemaskini berdasarkan Portal MPM pada 26 April 2024

Pendaftaran MUET sesi 1 2024 dan sesi 2 & 3 tahun yang sama adalah seperti berikut :-

PERKARASESI
Sesi 1Sesi 2Sesi 3
Tarikh Pendaftaran Dibuka17 Januari 20242 Mei 20248 Ogos 2024
Tarikh Pendaftaran Ditutup8 Februari 20244 Jun 202415 September 2024
Tarikh Ujian Lisan (Speaking)29, 30 April, 6, 7, 8 dan 9 Mei 202423, 24, 25, 29, 31 Julai dan 1 Ogos 20243, 4, 5, 9, 10 dan 12 Disember 2024
Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening)27 April 2024
3 Ogos 20247 Disember 2024

SUMBER : MUET 2024

Kalendar MUET 2025

Pendaftaran MUET sesi 1 2025 dan sesi 2 & 3 tahun yang sama dikemaskini berdasarkan Portal MPM pada 27 September 2024 adalah seperti berikut :-

PERKARASESI
Sesi 1Sesi 2Sesi 3
Tarikh Pendaftaran Dibuka9 Disember 202418 April 20254 Ogos 2025
Tarikh Pendaftaran Ditutup12 Januari 202418 Mei 20257 September 2025
Tarikh Ujian Lisan (Speaking)8, 9, 10, 14, 16, dan 17 April 20255, 6, 7, 11, 12 dan 13 Ogos 202526, 27 November, 1, 2, 3, dan 4 Disember 2025
Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening)19 April 2025
16 Ogos 20256 Disember 2025

SUMBER : MUET 2025

Nota: 

Calon juga dinasihatkan untuk membuat semakan slip daftar peperiksaan MUET melalui laman web. Semakan slip daftar Malaysian University English Test (MUET) adalah untuk memastikan pendaftaran berjaya

Apa yang dimaksudkan “hanya untuk calon MUET yang mengulang”? Ianya bermaksud calon MUET sesi 1 boleh mengulang MUET sesi 2 selepas mengetahui keputusan sesi 1 bagi memperbaiki dan seterusnya memenuhi syarat kemasukan ke program pengajian UPU. Calon perlu mendaftar setelah tarikh pendaftaran dibuka

Semua maklumat yang tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

Related : permohonan kemasukan, permohonan perpindahan pusat ujian muet, dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan, muet juga boleh dibuat,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan