Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu withdrawal simpanan akaun 1 KWSP bermula 21 Disember 2020. Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah pun diumumkan bahawa ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan akan menerima manfaat ini.
Ini merupakan berita baik bagi para pencarum KWSP yang terkesan akibat wabak covid-19 yang dilanda negara malah seluruh dunia. Pencarum yang layak dibenarkan membuat withdrawal sehingga Rm10,000 atau lebih tertakluk kepada baki akaun 1 masing-masing. Terdahulu pencarum dibenarkan mengeluarkan Akaun 2 KWSP yang dikenali sebagai i-Lestari.
Baca Juga: Permohonan i-Lestari
Apa Itu i-Sinar?
i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli KWSP membuat withdrawal Akaun 1 KWSP
Berapa Amaun withdrawal?
Amaun withdrawal i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 masing-masing. Terdapat dua jenis iaitu pertama bagi baki simpanan Akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah, withdrawal dibenarkan sehingga RM10,000 dan kedua, bagi baki simpanan Akaun 1 lebih dari RM100,000, dibenarkan mengeluarkan sehingga 10% daripada simpanan dengan maksimum amaun RM60,000
Baca Juga: Cara Buat Duit Lebih Dengan withdrawal KWSP (Cadangan)
Semakan Status Permohonan i-Sinar
TERKINI: Status Permohonan ‘Sedang Diproses’ & Muat Naik Dokumen Sokongan’
Menurut soalan lazim i-sinar, bagi status permohonan ‘Sedang Diproses’ dan ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’, anda tidak perlu membuat permohonan semula ataupun mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 1
KEMASKINI:
KEMASKINI: Status kelulusan dan bayaran i-Sinar Serta Permohonan Baru Tanpa Kriteria boleh dibuat mulai 8 Mac 2021
- Permohonan yang telah dibuat : Status bayaran boleh disemak mulai 8 Mac
- Belum Memohon: Permohonan boleh dibuat mulai 8 Mac & akan diberi kelulusan
- Tidak layak mohon i-sinar:
- Bukan Ahli Pencarum KWSP
- Baki akaun 1 kurang RM150
- Ahliu yang berumur 55 tahun dan ke atas (kerana layak buat withdrawal umur 55 tahun)
✅Permohonan yang telah dibuat : Status kelulusan dan bayaran boleh disemak mulai 8 Mac
✅ Belum Memohon: Permohonan boleh dibuat mulai 8 Mac & akan diberi kelulusanAkan dikemaskini: https://t.co/Jrt30MHcvJpic.twitter.com/iSbw9N0gAD
— MYSumber Official (@mysumber) February 18, 2021
KEMASKINI: Sah! Tiada lagi syarat buat withdrawal i-Sinar, Permohonan berdasarkan kriteria semasa akan diluluskan secara automatik
Kemaskini 18 Januari 2021:
- Berdasarkan pengumuman Bantuan PERMAI, kerajaan menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir, telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.
- Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 turut dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan serta menghantar dokumen sokongan secara dalam talian. Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.
Panduan lanjut boleh rujuk Soalan Lazim i-Sinar seperti disediakan di bawah
Cara Semak Status
Pemohon yang telah membuat permohonan, bolehlah membuat semakan status di pautan di bawah:
- Layari https://isinar.kwsp.gov.my/check-status dan klik Semak Status Permohonan
- Masukkan No Kad Pengenalan dan no telefon bimbit
- Tandakan Saya Bukan Robot dan klik SEMAK STATUS
- Paparan status permohonan akan ditunjukkan
Selain itu pemohon juga boleh menyemak status menerusi:
- i-Akaun dengan klik di tab withdrawal dan semakan di Sejarah withdrawal
Berikut adalah video tutorial cara untuk membuat Semakan status i-Sinar KWSP:
Sekiranya keputusan menunjukkan ‘Permohonan Sedang Diproses’ berkemungkinan pemohon tidak melepasi kriteria bagi kategori 1, pemohon boleh terus membuat permohonan kategori 2 seperti dikongsikan di bawah.
Bagi kategori 2, semakan boleh dibuat dalam masa 21 hari bekerja setelah membuat permohonan.
Permohonan i-Sinar KWSP withdrawal Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)
Berikut dinyatakan perincian lanjut mengenai cara permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP seperti yang diumumkan oleh KWSP serta maklumat lain yang berkaitan.
TERKINI: Permohonan Tanpa Kriteria
Rujuk Soalan Lazim:
Kemaskini 2 Disember 2020: Berdasarkan pengumuman daripada KWSP, permohonan boleh dibuat mulai 21 Disember bagi Kategori 1 dan mulai 11 Januari bagi Kategori 2. Perincian lanjut boleh rujuk:
Kemaskini 16 November 2020: Berdasarkan pengumuman daripada KWSP, pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000. Perincian penuh boleh rujuk:
Kategori Individu Layak Memohon
Bermula 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar adalah:
- Merupakan Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
- Berusia di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya berjumlah RM150
Terdapat dua kategori individu yang layak memohon iaitu:
Kategori 1
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun dan:
Sudah lama tidak mencarumSeorang suri rumahBekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig (contoh seperti rider grabfood)Hilang pekerjaanDiberi cuti tanpa gajiHilang sumber pendapatan
Kategori 2
Ahli yang belum mencecah umur 55 tahun yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperi elaun, dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020
Kriteria Kelayakan Permohonan
Kategori 1
Tiada dokumen perlu disertakan apabila membuat permohonan dan kelulusan akan diberikan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP iaitu:
Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; (ahli yang tiada caruman) ataupunMengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020
Kategori 2
Permohonan bagi kategori 2 perlu disertakan dengan dokumen seperti berikut:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; danNotis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; dan/atauDokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan (jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan)
Tarikh Permohonan i-Sinar
Bagi mereka yang layak, tarikh permohonan dibahagikan mengikut kategori iaitu:
- Tanpa Kriteria : Mulai 8 Mac 2021 sehingga 30 Jun 2021
Kategori 1 : Mulai 21 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021 (Dibuka Selama 6 Bulan)Kategori 2 : Mulai 11 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 (Dibuka Selama 6 Bulan)
Cara Mohon i-Sinar
Untuk mereka yang layak, permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:
- Layari Portal i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/
- Klik ‘Permohonan Baharu’
- Masukkan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Klik TERUSKAN
- Masukkan Nombor OTP yang diterima menerusi SMS dan tekan SAHKAN OTP atau Jawab semua Soalan Keselamatan untuk pengesahan
- Sila tetapkan Amaun Pilihan withdrawal dengan menggerakkan tombol ke kiri (paling minimum) atau ke kanan (paling maksimum)
- Seterusnya tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan klik TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran seperti nama bank dan no. akaun dan tekan TERUSKAN
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ‘betul’ sebelum klik HANTAR
- Selesai. Permohonan telah diterima dan akan diproses
NOTA: Pemohon boleh klik CETAK & SIMPAN untuk menyimpan permohonan sebagai rekod
Video Tutorial Permohonan (Langkah Demi Langkah) Kategori 1
Sebagai panduan, berikut adalah video langkah demi langkah untuk memohon i-Sinar
Rujuk Panduan: Panduan Pengguna i-Sinar
Kategori 2
Sekiranya belum pernah membuat sebarang permohonan sebelum ini, sila ikuti langkah permohonan baharu seperti yang dinyatakan di atas serta langkah tambahan seperti berikut:
Langkah Tambahan: Lengkapkan maklumat pengurangan pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkenaanNOTA: Contoh dokumen sokongan yang tidak diterima adalah slip gaji di luar tempoh COVID-19 seperti Mac 2019
Sekiranya pemohon telah membuat permohonan bagi kategori 1 sebelum ini dah tidak layak. Sila ikuti langkah berikut:
Layari portal i-Sinar dan klik ‘Semak Status Permohonan’Paparan status ‘Permohonan Sedang Diproses’ akan ditunjukkan, klik ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’ dan muat naik semua dokumen yang diperlukanKlik ‘Teruskan’ dan ikuti langkah selanjutnya sehingga permohonan dihantar
NOTA: Permohonan hanya dibuka secara online di laman web seperti dinyatakan di atas
Video Tutorial Permohonan (Langkah Demi Langkah) Kategori 2
Sebagai panduan, berikut adalah video langkah demi langkah untuk memohon i-Sinar Kategori 2:
Cara Pindaan Amaun withdrawal
Sekiranya telah tersilap memilih amaun withdrawal dan jumlah withdrawal bulan pertama, sila ikuti langkah berikut:
- Layari portal i sinar
- Klik Pindaan withdrawal
- Klik Ok
- Sahkan OTP
- Sahkn No. telefon dan alamat
- Pilih jumlah baru dan klik teruskan
Panduan Lanjut:Cara Pindaan Amaun i-Sinar
Jumlah Kadar withdrawal
Bagi mereka yang layak membuat withdrawal i-Sinar, jumlah atau amaun kadar juga adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 ahli iaitu seperti dua jenis berikut:
Jenis 1 : Baki simpanan akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah
- withdrawal dibenarkan sehingga RM10,000 (tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1)
- Bayaran bulan pertama adalah mengikut pilihan pencarum (dibenarkan sehingga maksimum RM5,000)
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (tertakluk kepada baki akhir akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50)
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan
Contoh pengiraan:
Baki Akaun 1 | Amaun withdrawal Maksimum | Pembayaran Bulan Pertama | |||
RM4,500 | RM4,400 | RM4,400 | |||
RM10,000 | RM9,900 | RM5,000 | |||
RM70,000 | RM10,000 | RM5,000 | |||
RM100,000 | RM10,000 | RM5,000 |
NOTA: Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 untuk terus menikmati faedah sebagai ahli KWSP
Jenis 2 : Baki simpanan akaun 1 melebihi RM100,000
- withdrawal dibenarkan sehingga 10% daripada simpanan (tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000)
- Bayaran bulan pertama adalah mengikut pilihan pencarum (dibenarkan sehingga maksimum RM10,000)
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan
Contoh pengiraan:
Baki Akaun 1 | Amaun withdrawal Maksimum | Pembayaran Bulan Pertama | |||
RM100,001 | RM10,000 | RM10,000 | |||
RM500,000 | RM50,000 | RM10,000 | |||
RM600,000 ke atas | RM60,000 | RM10,000 |
Tarikh Pembayaran
Pembayaran withdrawal akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:
- Tanpa Kriteria : Seperti dinyatakan di semakan status dan boleh disemak dari semasa ke semasa
- Kategori 1 (diluluskan automatik) : Mulai 11Januari 2021
- Kategori 2 (status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat) : Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi
Kaedah bayaran adalah seperti berikut:
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan pencarum
- Pembayaran akan dilakukan menerusi kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon
Perkara Penting Sebelum Memohon
Untuk melancarkan proses permohonan, pemohon digalakkan untuk:
- Mendaftar i-Akaun KWSP
Rujuk panduan: Cara Daftar i-Akaun KWSP - Mengemaskini nombor telefon bimbit untuk menerima TAC di cawangan atau kios KWSP
Rujuk panduan : Cara Semak Kios KWSP berhampiran - Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah:
i. Masih aktif
ii. Milik anda
iii. Bukan akaun bersama
iv. Bukan akaun syarikat
Soalan Lazim
Berdasarkan KWSP, berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai i-Sinar:
- Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki simpanan Akaun 1?
Baki simpanan Akaun 1 boleh disemak secara online menerusi portal atau aplikasi i-Akaun ataupun hadir ke cawangan atau kios KWSP yang berdekatan - Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?
Anda tidak perlu membayar semula - Jika saya telah memohon withdrawal i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?
Boleh, anda yang sedang menerima bayaran bulanan withdrawal i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar
Video Soalan Popular Serta Jawapan Daripada KWSP
Sebagai penjelasan, berikut adalah video soalan yang kerap ditanya oleh pemohon serta jawapan dari KWSP
Baca Juga: Permohonan Moratorium Tangguh Bayaran Ansuran Pinjaman Bank
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai withdrawal Akaun 1 KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut:
- Soalan Lazim : FAQ Permohonan i-Sinar
- Telefon: 03-8922 4848
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP
Related : hilang pekerjaan suri rumah pengurangan gaji dan elaun, kerja lebih masa selepas
Semak Kembali Artikel
- Semakan Status Permohonan i-Sinar
- Cara Semak Status
- Permohonan i-Sinar KWSP withdrawal Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)
- Kategori Individu Layak Memohon
- Kriteria Kelayakan Permohonan
- Tarikh Permohonan i-Sinar
- Cara Mohon i-Sinar
- Cara Pindaan Amaun withdrawal
- Jumlah Kadar withdrawal
- Jenis 1 : Baki simpanan akaun 1 berjumlah RM100,000 dan ke bawah
- Jenis 2 : Baki simpanan akaun 1 melebihi RM100,000
- Tarikh Pembayaran
- Perkara Penting Sebelum Memohon
- Soalan Lazim