Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan i-Akaun bagi membenarkan ahli serta majikan membuat urusan secara dalam talian atau online sahaja tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP. Aplikasi mudah alih di telefon pintar ‘i-Akaun’ juga telah diperkenalkan pada tahun 2014
Ahli KWSP disarankan memiliki i-Akaun bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun KWSP. Untuk pengguna pertama kali, mereka perlu mendaftar di cawangan KWSP ataupun Kiosk KWSP untuk membuat permohonan lalu mengaktifkan i-akaun. Setelah membuat pendaftaran, pengguna perlu mengaktifkan i-Akaun dalam tempoh 30 hari
Apakah itu i-Akaun?
i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer
Kelayakan Pendaftaran i-Akaun
i-Akaun layak untuk didaftar oleh Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah serta Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah (i-akaun Majikan)
Cara Mendaftar Dan Aktifkan i-Akaun KWSP EPF Secara Online
Berikut adalah cara dan langkah mudah bagi ahli atau majikan yang mahu mendaftar dan memiliki i-Akaun KWSP. Juga dikongsikan kemudahan yang terdapat dan disediakan didalam i-Akaun KWSP :-
Fungsi i-Akaun
i-Akaun mempunyai beberapa fungsi atau kegunaan bagi mereka yang yang telah mendaftar antaranya adalah:
Ahli:
- Ringkasan akaun
- Rekod caruman ahli dan majikan
- Penamaan
- Kelayakan pengeluaran
- Pendaftaran Simpanan Shariah
- Memohon e-Pengeluaran
- Pengeluaran i-Lestari (Akaun 2)
- Pengeluaran i-Sinar (Akaun 1)
Majikan:
- e-Caruman
- e-CTML
- e-Procurement
- Alat Pengiraan
Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli)
Terdapat beberapa cara bagi membuat pendaftaran i-Akaun KWSP bagi ahli antaranya adalah:
1. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Pejabat/Kios KWSP
- Sila dapatkan ID & Kata Laluan sementara di pejabat / kios KWSP
- Layari Portal KWSP; https://www.kwsp.gov.my/ atau aplikasi i-Akaun
- Pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli)
- Masukkan No Ahli yang diterima pada ruangan ID pengguna dan tekan Teruskan
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang diterima menerusi SMS dan tekan Log Masuk
*NOTA:Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam masa 30 hari pengguna menerima SMS - Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan tekan Seterusnya
- Cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna
- Cipta juga kata laluan yang baharu
- Seterusnya, pilih Imej Online
- Sila isi Frasa Rahsia kemudian tekan Seterusnya
- Skrin pengaktifan berjaya akan ditunjukkan sebagai paparan. Pengguna boleh terus login ke i-Akaun
NOTA: Selain hadir ke pejabat cawangan KWSP, ahli juga boleh mengunjungi Kios Pihak Ketiga KWSP bagi proses pendaftaran i-akaun. Boleh rujuk pautan panduan:
2. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Emel (Diperkenalkan Ketika PKP)
Melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my
- Muat turun borang daftar i-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel:
- Lampiran Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang; dan
- Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)
- Salinan buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
- Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
- Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu
Lupa Kata Laluan i-Akaun KWSP
Sekiranya terlupa kata laluan i-akaun KWSP, boleh ikuti panduan yang disediakan berikut:
- Layari Laman Web KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Pilih Log Masuk dan tekan i-Akaun (Ahli)
- Tekan Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?
- Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
- Tekan Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
- Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
- Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
- Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Tekan Hantar
Cara Daftar i-Akaun KWSP (Majikan)
Cara untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP bagi majikan adalah:
Pendaftaran i-Akaun KWSP Majikan
- Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)
- Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun (Majikan) dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun menggunakan Kod Pengaktifan tersebut. Majikan hendaklah mempunyai nombor KWSP yang sah
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun KWSP, boleh rujuk pautan di bawah atau hubungi KWSP di talian berikut:
- Telefon: 03-8922 6000
- Panduan: Pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Laman Sesawang: Portal Rasmi KWSP
Related : chrome version 69 2020 at firefox 61 69 or later firefox 61 and later safari viewed in chrome version edge 16 online security tips, kwsp login
Semak Kembali Artikel
- Apakah itu i-Akaun?
- Kelayakan Pendaftaran i-Akaun
- Cara Mendaftar Dan Aktifkan i-Akaun KWSP EPF Secara Online
- Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli)
- 1. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Pejabat/Kios KWSP
- 2. Pendaftaran i-Akaun KWSP Menerusi Emel (Diperkenalkan Ketika PKP)
- Lupa Kata Laluan i-Akaun KWSP
- Cara Daftar i-Akaun KWSP (Majikan)
- Pendaftaran i-Akaun KWSP Majikan