Tarikh Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2024 di Malaysia

Berita

Berita

Sebagai anak yang menghargai jasa pengorbanan Ibu dan Bapa, pastinya mereka sudah tentu tahu bilakah tarikh sambutan hari Ibu atau hari Bapa dan ianya sudah menjadi resam oleh masyarakat dunia termasuk di Malaysia untuk meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa

Mungkin ada di kalangan daripada kita yang terlupa, sebagai peringatan, seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia hari ibu akan disambut pada Ahad kedua dalam bulan Mei setiap tahun manakala Hari Bapa pula di sambut pada Ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun

Tidak kira apa anutan agama seseorang, Ibu dan Bapa tetap dihormati dan dihargai kerana pengorbanan dan jasa mereka kepada anak-anak

Sejauh mana pula penghargaan anak-anak terhadap ibu bapa mereka hanya anak-anak sendiri yang dapat menjawabnya

Tarikh Hari Ibu Dan Bapa Tahun 2024 Di Malaysia Besertakan Hukum Sambutan

Sehubungan itu, sambutan Hari Ibu serta Hari Bapa diwujudkan bagi menghargai / mengenang jasa dan tanpa mereka siapalah kita

Sebenarnya, bagi menghargai jasa pengorbanan ibu dan bapa, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu bapa dan melakukan perkara yang membanggakan serta mengembirakan mereka

Tarikh Sambutan Hari ibu Dan Bapa 2024 Di Malaysia

  • Hari Ibu : 12 Mei 2024
  • Hari Bapa : 16 Jun 2024

Secara umumnya, MYsumber yakin ramai yang sudah mengetahui asal usul sambutan hari berkenaan terutamanya hari Ibu yang diperkenal dan dianjurkan oleh masyarakat Barat selama ini

Sebagai panduan mengenai Hukum Sambutan Hari Ibu Dan Bapa, sila klik pada judul pautan dibawah

Dalam Islam, kedudukan ibu sangat mulia. Pendapat menunjukkan bahawa kecintaan dan kasih sayang seorang anak terhadap seorang ibu lebih utama dibandingkan terhadap seorang ayah. Ini kerana jasa ibu yang telah mengandung dan melahirkan kita adalah anugerah yang sangat bernilai dan bermakna dalam hidup di dunia ini

Sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran, sewajarnya kita meraikan ibu dan bapa setiap hari dengan hati ikhlas terhadap insan mulia ini tanpa mengharap apa-apa balasan

Berita

Berita

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan