Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru/ cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar
Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Dari perspektif pelajar pula, selain mengajar subjek yang berkaitan, guru juga dianggap rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri
Tema Sambutan Hari Guru 2024 – Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani
Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru
Tema Hari Guru 2024
- “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”
Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024
- 14 -16 Mei 2024
- Pusat KOnvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC)
Logo Hari Guru 2024
akan dikemaskini
Huraian Tema
- Tema ini diangkat bagi menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.
Logo, lagu dan maklumat lain berkaitan sambutan hari guru 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Tema Hari Guru 2023
- “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”
Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023
- 14 – 16 Mei 2023
- Melaka International Trade Centre (MITC)
Logo Hari Guru 2023
akan dikemaskini
Huraian Tema
Berikut adalah huraian tema bagi tahun 2023
- Konsep tema tahun ini adalah untuk membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru
- Ia juga memfokus kepada kesediaan guru mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:
- Jati diri dan kenegaraan
- Roh dan jiwa guru
- Pengetahuan dan kemahiran
- Logo, lagu dan maklumat lain berkaitan sambutan hari guru 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Tema Hari Guru 2022
- “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”
Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022
- 16 Mei 2022
- akan dikemaskini
Logo Hari Guru 2022
Huraian Tema
Di bawah adalah huraian tema bagi tahun 2022 iaitu Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid, KPM telah memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera
- Sehubungan dengan itu, tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun 2022
- Sekolahku Sejahtera ialah penerapan nilai, etika, kerohanian dan identiti nasional bagi melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran negara, masyarakat, negara dan komuniti global.
- SEJAHTERA adalah akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni seperti berikut:
- S : Selamat, Seronok dan Sihat
- E : Etika dan Empati
- J : Jati Diri
- A : Adab sopan
- H : Harmoni
- T : Tekun, Teliti dan Terampil
- E : Eksplorasi
- R : Rasional
- A : Artikulasi
- Konsep ini bermatlamat untuk menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya kepada penerapan elemen SEJAHTERA seperti berikut:
- Di peringkat Prasekolah, guru berperanan memperkenalkan nilai-nilai murni ini dan membimbing murid dalam amalan seharian
- Peringkat Sekolah Rendah pula, peranan guru berubah daripada pembimbing kepada mentor. Murid seharusnya mampu mempamerkan nilai-nilai murni yang diketengahkan
- Pada peringkat Sekolah Menengah, guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam setiap aktiviti di sekolah
- Dalam memastikan penerapan elemen SEJAHTERA dapat dihayati, setiap aktiviti memerlukan penyatuan tiga (3) domain pembelajaran, iaitu kognitif (cognitive), sosioemosi (socio-emotional) dan tingkah laku (behavioural). Ketiga-tiga domain ini perlu diintegrasikan dalam setiap aktiviti institusi pendidikan yang menekankan kepentingan ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.
Huraian lengkap mengenai tema hari guru 2022 boleh dirujuk pada pautan:
Tema tahun sebelumnya adalah seperti berikut :-
Tema Hari Guru 2021
- “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2021
- 16 Mei 2021
- akan dikemaskini
Huraian Tema
Berikut adalah huraian bagi tema tahun 2021 iaitu Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang
- Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
- Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan
- KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari
Senarai Tema Sambutan Hari Guru Di Malaysia Setiap Tahun
- 2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
- 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- 2021 : Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
- 2020 : Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
- 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2014 : Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2013 : Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
- 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 : Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
- 2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
- 2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1975 : Guru dan Pembangunan Negara
- 1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara