Berikut dikongsikan senarai terkini harga kereta Perodua 2024. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur di atas kestabilan ekonomi yang dikecapi oleh negara kita berbanding dengan negara lain. Masyarakat juga boleh menyumbang kepada kestabilan ekonomi dengan membeli barangan atau produk tempatan untuk membantu memacu ekonomi negara. Antaranya ialah dengan membeli kenderaan daripada pengeluar kereta tempatan iaitu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Perodua
Harga terkini kereta Perodua pada tahun 2024 merupakan antara yang berpatutan yang ditawarkan di pasaran. Perodua adalah antara jenama yang paling laris di Malaysia. Ini dibuktikan dengan pegangan pasaran sebanyak 40.6% pada tahun 2022. Ianya juga menunjukkan peningkatan sebanyak 37.4% berbanding tahun 2021 menurut data Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Rakyat Malaysia yang berhajat untuk memiliki kereta baharu boleh mempertimbangkan untuk membeli kenderaan Perodua berikutan kelebihan yang ditawarkan bukan sahaja harga yang berpatutan. Perodua juga diklasifikasikan sebagai kereta jimat minyak berikutan kelancaran atau teknologi yang digunakan adalah efisien. Ini sekaligus dapat menjimatkan wang pemilik kenderaan dalam penggunaan minyak
Selain daripada itu, Perodua juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang baik berikutan terdapatnya pusat-pusat servis di seluruh Malaysia. Ia juga menjadi pilihan ramai kerana harga barang gantian yang murah berbanding pengeluar kenderaan import. Kini, pengeluar automotif tempatan seperti Perodua mahupun Proton juga mempunyai standard seiring dengan kenderaan import yang lain
Harga Terkini Kereta Perodua 2024 (Axia, Bezza, Myvi, Alza, Aruz Dan Ativa)
- Kereta baru yang paling murah dalam pasaran RM22,000
- Bulanan serendah RM241 sahaja
KEMASKINI: Perodua AXIA 2023 dilancarkan hari ini!
Harga tidak termasuk insurans seperti berikut:
- Axia G – RM38,600
- Axia X – RM40,000
- Axia SE – RM44,000
- Axia AV – RM49,500
Berikut dikongsikan senarai harga baharu untuk semua model kereta Perodua pada tahun 2024. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan terkini (OTR) tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia bagi ansuran bulanan selama 9 tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pembelian kenderaan kami bermula 15 Jun 2020 (tempoh pengurangan cukai bermula) akan mendapat pengecualian cukai jualan 100% bagi kenderaan pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) untuk membantu industri automotif.
Orang ramai digalakkan untuk berjumpa dengan penasihat jualan yang sah untuk mendapatkan harga atas jalan tanpa insurans terhadap kesemua modelnya kerana Perodua memberikan rebat tunai sebanyak tiga hingga enam peratus. Untuk makluman, Perodua telah menjual lebih 50,000 unit kenderaan sepanjang lima bulan pertama 2020
Harga Kereta Perodua Terkini 2024
Untuk makluman, harga di bawah adalah harga untuk pinjaman 90% (Deposit 10%) selama 9 dan 7 tahun berdasarkan laman web rasmi Perodua.
Axia 2023
Model | 9 Tahun (RM) | 7 tahun (RM) | Harga (RM) |
Axia 1.0 E (MT) 2022 | 241 | 293 | 22,000.00 |
Axia 1.0 G (AT) | 423 | 515 | 38,600.00 |
Axia 1.0 X (AT) | 438 | 534 | 40,000.00 |
Axia 1.0 SE (AT) | 482 | 587 | 44,000.00 |
Axia 1.0 AV (AT) A.S.A 3.0 | 542 | 660 | 49,500.00 |
Bezza
Model | 9 Tahun (RM) | 7 tahun (RM) | Harga (RM) |
Bezza 1.0 G (MT) | 379 | 461 | 34,580.00 |
Bezza 1.0 G (AT) | 401 | 488 | 36,580.00 |
Bezza 1.3 X (AT) | 482 | 587 | 43,980.00 |
Bezza 1.3 AV (AT) A.S.A 2.0 | 548 | 667 | 49,980.00 |
Myvi 2022
Model | 9 Tahun (RM) | 7 tahun (RM) | Harga (RM) |
Myvi 1.3 G (CVT) Without PSDA | 510 | 620 | 46,500.00 |
Myvi 1.3 G (CVT) | 531 | 647 | 48,500.00 |
Myvi 1.5 X (CVT) | 558 | 679 | 50,900.00 |
Myvi 1.5 H (CVT) | 602 | 732 | 54,900.00 |
Myvi 1.5 AV (AT) | 656 | 799 | 59,900.00 |
Aruz
Model | 9 Tahun (RM) | 7 tahun (RM) | Harga (RM) |
Aruz 1.5 X (AT) | 799 | 972 | 72,900.00 |
Aruz 1.5 AV (AT) | 854 | 1039 | 77,900.00 |
Alza
Model | 9 Tahun (RM) | 7 tahun (RM) | Harga (RM) |
Alza 1.5L X (D-CVT) | 685 | 834 | 62,500.00 |
Alza 1.5L H (D-CVT) | 745 | 907 | 68,000.00 |
Alza 1.5L X (D-CVT) | 827 | 1007 | 75,500.00 |
Ativa
Model | 9 Tahun (RM) | 7 tahun (RM) | Harga (RM) |
Ativa 1.0L X Turbo (CVT) -MET | 638 | 787 | 62,500.00 |
Ativa 1.0L H Turbo (CVT) -MET | 687 | 847 | 67,300.00 |
Ativa 1.0L H Turbo (CVT) -S.MET | 692 | 854 | 67,800.00 |
Ativa 1.0L AV Turbo (CVT) -MET | 741 | 914 | 72,600.00 |
Ativa 1.0L AV Turbo (CVT) -S.MET | 746 | 920 | 73,100.00 |
Ativa 1.0L AV Turbo (CVT) -2TONE | 749 | 924 | 73,400.00 |
Harga terkini dikemaskini berdasarkan sumber Perodua Loan Calculator. Sebarang maklumat baharu akan dikemaskini dari semasa ke semasa