Google Meet. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia amnya dan negara khususnya telah menyebabkan pelbagai aktiviti terjejas dan terpaksa dihentikan. Penularan virus yang begitu drastik hampir melumpuhkan kegiatan ekonomi di seluruh dunia. Tetapi dengan tindakan segera oleh negara-negara yang bertindak berdasarkan fakta saintifik, penularan tersebut dapat dibendung dan dicegah melalui penutupan atau penyekatan aktiviti sosial masyarakat.
Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan bagi memutuskan rantai jangkitan wabak COVID-19 pada gelombang pertama yang melanda negara. Norma baharu telah diperkenalkan dimana pemakaian pelitup muka diwajibkan, jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang lain serta penggunaan sabun atau pembersih tangan adalah disyorkan oleh Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM).
Justeru, pelbagai sektor ekonomi telah mengambil langkah untuk bekerja dari rumah. Manakala bagi sektor pendidikan, guru dan murid terpaksa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PDP) di rumah bagi memastikan mereka tidak ketinggalan serta bersedia untuk menghadapi peperiksaan awam. Persidangan video atau kelas secara online menggunakan aplikasi percuma adalah kaedah terbaik untuk menjalankan tugas dalam norma baharu walaupun berada di rumah.
Google Meet merupakan salah satu aplikasi persidangan atau panggilan video percuma dimana sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google boleh mengadakan mesyuarat atau kelas secara atas talian. Pelbagai ciri-ciri yang bermanfaat dan menarik ditawarkan bagi memudahkan pengguna melakukan penstriman video secara selamat.
Panduan Penggunaan Google Meet
Informasi di bawah adalah Panduan Cara Guna Google Meet Untuk Persidangan Video & Kelas Online.
Guru-guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk melaksanakan PDP secara atas talian dan syarikat atau majikan boleh menjalankan mesyuarat dengan kakitangan di rumah tanpa perlu menghadirkan diri ke tempat kerja serta mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan COVID-19.
Cara Daftar
- Layari Halaman Rasmi Google Meet : https://meet.google.com/
- Jika pengguna tidak mempunyai akaun atau produk Google seperti Gmail, YouTube dan Google Photos, pengguna perlu mencipta akaun Google terlebih dahulu
- Setelah log masuk, pengguna boleh terus memulakan mesyuarat atau menyertai mesyuarat daripada mana-mana komputer atau komputer riba. Tiada perisian tambahan untuk dipasang dan pastikan kamera web berfungsi
Muat Turun Aplikasi
Bagi mereka yang ingin menggunakan telefon bimbit atau tablet, sila muat turun aplikasi untuk menyertai, hos atau berkongsi skrin melalui aplikasi pada pautan berikut:
Cara Memulakan Kelas Online / Persidangan
- Layari Halaman Rasmi : Meet Google
- Klik New Meeting kemudian pilih Start Instant Meeting. Pengguna juga boleh menjadualkan persidangan video dengan memilih opsyen Schedule in Google Calender dan pilih tarikh serta waktu yang diinginkan
- Paparan akan menunjukkan sama ada kamera web dan mikrofon berfungsi atau tidak. Pengguna juga boleh memilih gambar belakang supaya privasi pengguna terjaga apabila persidangan video dijalankan
- Klik Join dan persidangan video akan bermula
- Kod persidangan video akan dipaparkan dan boleh dikongsikan kepada kakitangan atau murid-murid yang ingin menyertai mesyuarat atau kelas yang diadakan
- Pengguna juga boleh membawa masuk kakitangan atau murid dengan menekan butang Add People untuk mempelawa mereka menyertai persidangan video melalui Gmail
Nota: Bagi murid-murid atau kakitangan syarikat, cara untuk menyertai persidangan atau panggilan video adalah dengan mendapatkan kod atau link kepada persidangan video tersebut dan masukkan ke ruangan yang dipaparkan di halaman utama Google Meet. Pengguna akan menyertai persidangan video tersebut secara automatik
Ciri-Ciri Percuma
Berikut adalah senarai ciri-ciri yang ditawarkan oleh aplikasi secara percuma untuk semua pengguna sepanjang menggunakan perkhidmatan panggilan video:
a. Persidangan video boleh disertai sehingga 100 orang peserta
b. Sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peranti samada komputer, komputer riba, telefon bimbit atau tablet
c. Skrin pratonton yang membolehkan pengguna melaraskan kamera dan mikrofon sebelum menyertai persidangan video
d. Perkongsian skrin dengan peserta dimana pembentangan dan pengajaran boleh dilaksanakan dengan lebih interaktif bukan hanya melihat penerangan guru atau pembentang
e. Pengguna juga boleh menghantar mesej ketika persidangan video berlangsung. Mesej berbentuk fail dan pautan disokong oleh aplikasi ini
f. Integrasi antara produk Google yang lain seperti Google Calender dan Gmail
Video Tutorial Menggunakan Google Meet
Info Berkaitan
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan modul sebagai rujukan guru-guru bagi menggunakan aplikasi Google for Education untuk pendidikan jarak jauh. Modul tersebut boleh dibuka melalui pautan di bawah:
Related : mobile apps terms of service video feeds hangouts meet google workspace google drive chrome browser video chatting service screen sharing google hangouts google calendar meeting codes encrypted in transit free google account video conferencing video meeting deny entry, apps for ios or android google workspace enterprise meeting code meeting participants google meet apps meet meeting meet app phone number meetings created meet video meetings video call advanced features suite for education join meetings joining a video, real time video meetings are encrypted<, untuk membuat/span>