Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa Sunat 6 Syawal

Agama

Agama

Puasa ganti atau qadha adalah bagi menggantikan (membayar) kembali puasa Ramadhan (Puasa Wajib) mengikut jumlah bilangan hari yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu

Bagi yang mula menggantikan Puasa Ramadhan di bulan Syawal, ada yang bertanya, bolehkah melafazkan gabungan niat pada satu masa iaitu untuk puasa ganti (Puasa Ramadhan) dan puasa sunat (Puasa Enam Hari di bulan Syawal) dengan bertujuan menunaikan kedua-dua puasa itu secara serentak

Setelah MYsumber merujuk kepada kandungan sesi soal jawab agama berhubung dengan perkara ini, ia menjelaskan bahawa Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat

Oleh itu, hendaklah dilakukan secara berasingan kerana ia lebih baik (afdal). Bagaimanapun ada segelintir pendapat mengatakan dibolehkan untuk disatukan antara Puasa Qada dengan niat Puasa Sunat (Puasa Enam)

Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Panduan Puasa Sunat Enam (6) Hari Di Bulan Syawal

Sekiranya masih lagi musykil atau keliru tentang perkara ini, sebaiknya mendapatkan penjelasan lanjut dengan menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau membaca teks lampiran panduan yang disertakan di bawah

Terdapat beberapa pendapat tentang mana patut buat dahulu di antara Qada dan Sunat ini, namun pendapat umum ulama’ mengatakan dibolehkan Puasa Sunat Syawal dahulu baru Puasa ganti kerana tempoh Syawal adalah sebulan sahaja

Panduan Pendapat Dan Hukum Menggabungkan Puasa Qadha Dan Sunat

Agama

Penjelasan

Agama
Sebagai kesimpulannya, selepas MYsumber meneliti hujah-hujah sahih yang disertakan menunjukkan bahawa Qadha puasa Ramadhan bersekali dengan puasa 6 Syawal dibolehkan. Namun, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa Ramadhan yang ditinggalkan itu dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf

Cara Dan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan

  • نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Menunaikan Puasa ganti (Puasa Ramadan) dibolehkan sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang, namun sebaik-sebaiknya elakkan daripada bertangguh

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan

Waktunya adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah, contohnya seperti di hari raya

Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah

Agama
Lafaz Niat Puasa Sunat Enam (6) Syawal

  • “Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Syawal kerana Allah Taala”

Dalam bulan Syawal, hari raya pertama sahaja diharamkan berpuasa. Pada hari berikutnya sudah boleh menunaikan puasa sunat enam hari berturut-turut atau berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu

Lafaz Niat Puasa Qadha’ Ramadhan Beserta Niat Puasa 6 Syawal

“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”

Tidak Sempat Ganti Puasa, Wajib Bayar Fidyah

Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa yang telah ditinggalkan sebelum ini di mana wajib untuk qada’ puasa sebelum bermulanya ramadhan akan datang, individu tersebut hendaklah membayar fidyah.

Apa itu fidyah?

Fidyah adalah denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib di atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melawatkan puasa ganti hingga tiba bulan Ramadan seterusnya.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, fidyah adalah memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidayh tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkaunya.

Berapa bayaran fidyah?

Menurut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah. Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan sehingga tahun 2019 iaitu secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM4

  • Formula kiraan :
    (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah
  • Contoh : Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah :
    RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.

Bagi negeri-negeri lain, sila rujuk jabatan agama Islam negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah keadaan-keadaan di mana seseorang itu wajib mengqada atau membayar fidyah sekiranya meninggalkan puasa menurut Lembaga Zakat Selangor.

Agama

Related : wajib ke atas ع ل ى ال ذ ين puasa nazar berpuasa sebanyak hari ي ام puasa sunat enam syawal tiada puasa berniat puasa م ت أ ي م ن ل ك م ا أ ن ق, orang orang, untuk menggantikan puasa, fidyah iaitu memberi makan, ibadah puasa, tuanya dan sebagainya membayar, wajib diganti, ل ه ,surah al baqarah ayat, membayar fidyah iaitu memberi, berpuasa kerana tuanya,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan