Permohonan eGTUKAR Pertukaran Guru Tahun 2025

Guru

Guru

Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun 2025 di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan

Proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Januari 2025 dan Jun 2025 dengan sekali permohonan sahaja

Selari dengan kemajuan teknologi, permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem EGtukar. Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja

Permohonan EGTUKAR Tahun 2025 Modul Pertukaran Guru KPM

Permohonan pertukaran guru yang terlibat bagi tahun 2025 Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut

Info EGTUKAR

TERKINI: Menurut laman eGTUKAR, pertukaran guru sesi Januari 2024 akan proses data permohonan pertukaran sehingga 15 Oktober 2023 dan permohonan yang tidak berjaya pada sesi September 2023 sekiranya permohonan masih aktif.

Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2021 untuk maklumat lanjut berkaitan pertukaran PPP.

Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:

  • DG29
  • DG32 (KUP TIME-BASED)
  • DG34 (KUP TIME-BASED)
  • DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG54 (KUP TIME-BASED)

Tarikh Permohonan EGTUKAR 2025

  • Dibuka: Akan dikemaskini
  • Ditutup:

Pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal

Cara Mohon EGTUKAR / Mekanisme Permohonan

Panduan:

Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu (Sign Up) menerusi judul pautan di bawah bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya

Rujuk Juga:

Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi judul pautan di bawah sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan

Sistem lampu isyarat itu adalah sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat itu berwarna hijau ia menunjukkan terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya, seandainya berwarna merah

Sebagai makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada

Bermula bulan Jun tahun 2015 kelulusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut serta syarat keutamaan lain yang ditetapkan

Bersandarkan sistem itu juga, keputusan kelulusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen

Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan

2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan

3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan

4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

Guru Yang Tidak Layak Memohon Pertukaran

  1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  2. Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  4. Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  5. Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  6. Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Info

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak dapat memenuhi permohonan pertukaran guru, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon

MYsumber difahamkan, kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan dan pihak mereka seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri yang dikehendaki disamping berada dekat dengan keluarga tercinta

Namun, perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri berkenaan

Sesi Permohonan EgTukar Guru

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan operasi pertukaran guru tiga kali setahun iaiu Januari, April dan September

Bermula tahun 2018, KPM akan melaksanakan operasi pertukaran guru sebanyak dua kali setahun dengan sekali permohonan sahaja iaitu pada sesi Jun dan sesi Januari

Tiada permohonan luar talian/ ‘Off line’ atau secara manual bagi pertukaran guru tahun 2018. Semua permohonan pertukaran adalah melalui dalam talian/ online melalui Modul e-Gtukar

Isu Pertukaran Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada Kepentingan-kepentingan Perkhidmatan

Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri

  1. Lebihan Guru
    • Bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
  2. Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru
    • Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
  3. Keperluan opsyen
    • Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan