Maklumat berkenaan bantuan i-Fitri 2024 akan dikemaskini, berikut adalah maklumat bagi tahun 2023. Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan pemberian dana hari raya kepada rakyat yang memerlukan menerusi bantuan i-Fitri menjelang Aidilfitri 2023. Bantuan yang dikembalikan setelah diberhentikan pada tahun 2020 dan 2021 kerana digunakan untuk bantuan COVID-19 disasar untuk memberi manfaat kepada 148,700 isi rumah yang layak di seluruh negeri Terengganu.
Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu telah membentangkan Belanjawan 2023 Negeri Terengganu dengan tema “Memacu Terengganu Berdaya Tahan”. Selain Bantuan i-Fitri, kerajaan negeri juga mengumumkan inisiatif lain seperti bantuan one-off bernilai RM110 untuk murid sekolah rendah Terengganu serta bantuan one-off bernilai RM300 kepada 170,000 ketua isi rumah yang berkelayakan.
Permohonan Dana Raya bagi tahun sebelum ini dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Permohonan Online Dana Negeri Terengganu (iDANATTB) dan mereka yang tidak mahir berkomputer perlu hadir ke Pusat Bestari.com yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan pengisian.
Sebelum ini, penerima dana yang berkelayakan akan ditentukan oleh YB setiap DUN serta YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mewakili DUN bagi kawasan pembangkang. Kaedah permohonan dan kelayakan penerima akan dimaklumkan sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Borang Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2023
Berikut dikongsikan informasi berkaitan dana hari raya i-Fitri yang merangkumi tarikh-tarikh penting, cara permohonan, jumlah bantuan dan maklumat lanjut.
Tarikh Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2023
Permohonan Dana Raya i-Fitri sebagai sokongan sara hidup isi rumah yang berkelayakan boleh dimohon mengikut ketetapan tarikh berikut :-
- Mula : 19 Mac 2023
- Tamat : 31 Mac 2023
*Tarikh Permohonan Dana Hari Raya i-Fitri 2023 adalah seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Kadar Bantuan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2023
Kadar bantuan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun 2023 bagi setiap penerima adalah seperti di bawah :-
- RM300
Pautan Portal Dana Raya i-Fitri Online
Syarat Utama Bantuan
Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Raya Negeri Terengganu pada tahun 2023 adalah seperti berikut :-
- Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Kelayakan Bantuan i-Fitri
- Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melibihi RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
- Permohonan boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
Dokumen Lampiran Bantuan i-FITRI
Pemohon baru dan penerima i-Fitri 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke dalam sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon dan pasangan)
- Salinan Slip Gaji (atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan pemohona dan pasangan yang disahkan)
Bantuan i-Fitri Perantau
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan bantuan kepada rakyat Terengganu yang tinggal di luar negeri Terengganu di bawah nama Bantuan i-Fitri Perantau. Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 hingga 15 April 2023.
Syarat Utama Bantuan
- Rakyat Terengganu dan menetap diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
- Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link)
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat KELAYAKAN BANTUAN i- FITRI PERANTAU
- Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) tidak melebihi RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon
- Peniaga Berlesen adalah Tidak Layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
- Permohonan boleh ditolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap
Dokumen Lampiran
Pemohon hendaklah memuatnaik Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:
- Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan 1 tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan 2 Pendapatan yang di sahkan.
- Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil 3 Elektrik atau Air
Nota Penting: Muatnaik (upload) dlm bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG & GIF
Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meinda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.
Proses Permohonan
Kaedah permohonan i-Fitri Tahun 2023 adalah seperti berikut :
- Manual Permohonan (Klik pada cara mohon dan manual akan dimuat turun)
Tarikh Penerimaan Dana Raya i-Fitri Terengganu 2023
- Bermula 17 April 2023
Agihan duit Dana Raya Aidilfitri akan dibuat secara berperingkat pada tarikh yang dinyatakan melalui bank in ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) serta bank lain
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Dana Hari Raya i-Fitri Terengganu tahun 2023, sila rujuk kepada dokumen yang dikongsikan di bawah ini
Semak Kembali Artikel