Daftar mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Bagi yang berminat untuk menjadi warga pendidik, perlu terlebih dahulu daftar myspp dan pastinya Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tidak asing lagi buat mereka. Untuk yang tidak tahu pula, SPP adalah sebuah portal untuk permohonan bagi jawatan-jawatan anggota perkhidmatan pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terkini Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) telah diperkenalkan bagi urusan permohonan jawatan SPP

Bermula 15 Julai 2020, setiap permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah menggunakan sistem terbaru mySPP. Namun begitu, permohonan jawatan SPP menerusi Portal Jobs Malaysia tetap boleh dibuat sehingga 31 Julai 2020, hari Jumaat sahaja. Ini bagi memastikan semua permohonan jawatan untuk anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja

Antara jawatan kosong yang boleh dimohon menerusi mySPP adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi soalan lazim SPP, semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dibuat sepanjang tahun dengan mengemukakan permohonan di Sistem mySPP

Kekosongan jawatan tidak diiklankan SPP di akhbar ataupun media massa yan lain tetapi SPP akan menyiarkan iklan sepanjang masa di portal mySPP. Permohonan menerusi mySPP boleh dibuat pada bila-bila  masa sepanjang tahun namun iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu

Cara Daftar mySPP Online Untuk Permohonan Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

TERKINI: Pada 7 April 2023, Seramai 19,431 pengambilan khas guru secara one-off akan dibuat untuk atasi masalah kekurangan guru sesuai dengan kelayakan

Berikut adalah cara untuk mendaftar dan mengakses mySPP bagi permohonan pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan serta maklumat lain yang berkaitan

Portal Rasmi mySPP

Pautan Portal Rasmi mySPP: https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

Nota: Berikut adalah versi terkini Portal mySPP

Pendaftaran mySPP (Baharu)

Ikuti langkah berikut untuk mendaftar sistem mySPP bagi pengguna kali pertama:

  1. Layari Portal mySPP seperti pautan di atas
  2. Klik butang ‘DAFTAR AKAUN BAHARU’ bagi mendaftar MyID (boleh dilakukan sekali sahaja)
    Kakitangan Awam
  3. Paparan skrin Daftar Akaun Baharu akan ditunjukkan dan isikan semua maklumat yang diperlukan lalu klik butang ‘Daftar’
    Kakitangan Awam

Jika pendaftaran mendapat ralat, semak semula medan yang dinyatakan seperti berikut:

  • Mesej: Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama
    Tindakan: Pastikan medan kata laluan dan medan sahkan kata laluan yang dimasukkan sama
  • Mesej: Kod Keselamatan Salah
    Tindakan: Pastikan kod yang betul dimasukkan kerana kod adalah case-sensitive
  • Mesej: Maaf! No K/P atau nama tidak tepat. Sila masukkan No K/P dan nama seperti yang tertera di Kad Pengenalan
    Tindakan: Nombor kad pengenalan dan nama mestilah sama seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan
  • Mesej: Maaf pendaftaran tidak berjaya. Sila hubungi Hotline SPP atau SISPAA-SPP
    Tindakan: Pemohon bukan warganegara atau Pemastautin Tetap atau telah meninggal dunia atau maklumat tidak sah oleh JPN
  • Mesej: Tahniah! Pendaftaran Berjaya!
    Tindakan: Anda boleh terus log masuk ke mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

Cara Mengisi Permohonan Jawatan mySPP

Setelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mengisi mySPP namun dinasihatkan membaca Maklumat Jawatan terlebih dahulu untuk mengelakkan jawatan yang dimohon tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Langkah Permohonan Jawatan mySPP adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke mySPP seperti pautan di atas
  2. Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*) di Maklumat Pemohon (maklumat secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan pemohon semasa proses daftar akaun baharu)
  3. Klik butang ‘SIMPAN’ setelah semua maklumat lengkap diisikan
  4. Isikan maklumat akademik mengikut tahap akademik yang diperolehi dan klik butang ‘SIMPAN’
  5. Isikan Maklumat Tambahan sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’. Jika tiada klik butang ‘Tiada Maklumat Tambahan’
  6. Seterusnya klik menu JAWATAN DIMOHON dan sub-menu ‘Jawatan SPP’ serta sub-menu ‘Jawatan PDRM/lain’ akan dipaparkan.
  7. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon
    Kakitangan AwamNota: Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon justeru pastikan maklumat dimasukkan adalah betul
  8. Untuk membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan klik butang <<
  9. Seterusnya pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan
  10. Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi
    Nota: Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan namun hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki
  11. Pastikan permohonan dihantar dengan klik pautan Pengakuan Pemohon, klik petak Saya setuju dan tanda akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan
  12. Jika telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian permohonan tidak akan diproses
    Kakitangan Awam

Semakan Permohonan Jawatan mySPP

Pengguna yang telah membuat permohonan jawatan di sistem mySPP boleh membuat semakan status permohonan seperti cara berikut:

  1. Log Masuk Portal mySPP seperti pautan di atas
  2. Klik pautan ‘Semakan Permohonan’ dan status permohonan setiap jawatan akan dipaparkan
    Kakitangan Awam
  3. Beberapa jenis paparan akan dipaparkan contohnya seperti berikut:
    • Mesej: Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan
      Maksud: Tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar
    • Mesej: Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya
      Tindakan: Pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian

NOTA: Tempoh sah laku permohonan adalah (1 tahun) daripada tarikh pendaftaran jawatan tersebut. Ianya boleh dilihat di paparan skrin status permohonan.

Aplikasi myMobile SPP

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi myMobile SPP ke telefon pintar seperti berikut:

Senarai Jawatan SPP Yang Boleh Dipohon

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan pertukaran tetap perkhidmatan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:

i) Jawatan Guru

  • Guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia;
    • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

ii) Jawatan Bukan Guru

  1. Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
  2. Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 19 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
    • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
    • Penyelia Asrama Gred N19
    • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
    • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
    • Pembantu Makmal Gred C19
  3. Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 11 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
    • Pembantu Operasi Gred N11
    • Pemandu Kenderaan Gred H11

Soalan Lazim mySPP

Diantara persoalan yang kerap ditanya beserta jawapannya adalah seperti berikut :-

1. Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan SPP perlu menggunakan mySPP, adakah saya masih boleh menggunakan Portal JobsMalaysia?

Anda digalakkan supaya menggunakan mySPP untuk permohonan jawatan SPP. Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal JobsMalaysia masih diteruskan sehingga 31 Julai 2020 sahaja.

2. Sekiranya saya mempunyai masalah berkaitan mySPP atau Portal JobsMalaysia, bolehkah saya membuat aduan kepada SPP atau JobsMalaysia?

SPP hanya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu / masalah yang berkaitan dengan mySPP. Manakala, isu / masalah berkaitan Portal JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk membuat aduan terus ke JobsMalaysia.

3. Apakah keperluan minima untuk menggunakan mySPP?

Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.

4. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan jawatan di mySPP?

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi mySPP

5. Saya telah mendaftar menggunakan MyID dan menetapkan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPP untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?

Pendaftaran mySPP tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. Alamat E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPP atau panggilan temu duga atau keputusan temu duga

6. Saya telah berdaftar dengan Portal JobsMalaysia, adakah ID Pengguna dan kata laluan JobsMalaysia boleh digunakan untuk mySPP?

Tidak boleh. Anda perlu mendaftar akaun baharu di mySPP dan perlu menggunakan alamat e-mel yang sama semasa pendaftaran di Portal JobsMalaysia

7. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP?

Ya. Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP. Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP (Portal Semakan Permohonan Jawatan SPP: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php)

8. Saya telah mendaftar di mySPP dan terdapat kesilapan maklumat semasa pendaftaran, bagaimanakah untuk memperbetulkan kesilapan tersebut?

Anda boleh memperbetulkan kesilapan maklumat dengan log masuk ke mySPP dan mengemas kini maklumat yang silap di modul Maklumat Pemohon.

9. Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?

Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.

10. Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?

Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai soalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Portal mySPP, pemohon dinasihatkan sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada hotline myspp atau sispaa spp hubungi talian bantuan ataupun sila rujuk pautan berikut seperti di bawah:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan