Cara Daftar Permohonan i-SURI KWSP Untuk Isi Rumah

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Berikut adalah cara daftar i-suri KWSP. Pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) KWSP untuk mereka yang berkelayakan kini boleh dibuat bermula hari Rabu, 15 Ogos 2018. Mereka yang layak boleh membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara. Program ini masih diteruskan menerusi Bajet 2022 dengan nama Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 2022

Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah program i-SURI adalah suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan KIR wanita yang layak tertakluk kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Apa Itu i-Suri KWSP?

i-SURI adalah satu Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) di mana suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri

Mereka perlu membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan untuk menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing

Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri bakal menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian

Pendaftaran Permohonan i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Program i-suri KWSP beserta dengan cara daftar, syarat kelayakan, manfaat dan saluran pertanyaan serta maklumat ringkas program

Tarikh Mula Pendaftaran 

  • Mulai 15 Ogos 2018

Mereka yang layak perlu hadir sendiri ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh Malaysia untuk membuat pendaftaran i-SURI

Siapa Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP?

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Syarat Kelayakan Pendaftaran i-Suri KWSP

  1. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih (Pengkalan Data Kemisikinan Nasional) setakat 30 November 2021
  2. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita: Balu, bercerai, bujang (KIR)
  3. Warganegara Malaysia
  4. Belum mencapai umur 55 tahun
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Perhatian: Suri rumah hanya dibenarkan untuk memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), hendaklah membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri. Namun ianya juga tetap bergantung kepada kelayakan pemohon.

Kelebihan i-Suri KWSP

Bagi mereka yang layak, antara faedah dan kelebihan i-Suri KWSP adalah:

  • Menerima sumbangan kerajaan berjumlah RM200* pada tahun 2018 dan RM480 untuk setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian berjumlah RM2,500
  • Bantuan Hilang Upaya

Pendaftaran i-Suri KWSP

Bagi yang ingin membuat permohonan pendaftaran i-Suri KWSP, sila hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama dokumen dan borang berikut:

  1. MyKad (Kad Pengenalan)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2)  – Semasa Pembayaran
    Borang i-Suri – KWSP 6A (2)
  3. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) – Pendaftaran kali pertama sahaja
    Borang i-Suri – KWSP 16G (M)

Semakan Pendaftaran e-Kasih Online

Semakan nama yang telah didaftarkan di sistem Pengkalan Data Kemiskinan Nasional e-Kasih boleh disemak secara atas talian di pautan berikut :-

Cara Bayaran Caruman

Untuk membayar atau membuat caruman, bolehla membuat menerusi mana-mana daripada kaedah berikut:

1. Aplikasi Mudah Alih

Boleh muat turun aplikasi mudah alih KWSP melalui panduan berikut:

Nota: Had amaun adalah tertakluk kepada minimum RM10 sehingga maksimum RM60,000 setahun.

2. Perbankan Intenet 

  • Alliance Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • MBSB Bank
  • Maybank
  • RHB Bank
  • Public Bank

3. Kaunter Ejen Bank (Secara tunai/cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank (Hanya menerima pembayaran Kad Debit dan Pindahan Debit Sahaja)

4. Ejen Bank Berdaftar

  • Ejen Bank (EB) BSN. Rujuk SINI

5. Kaunter KWSP

  • Secara tunai (Maksimum RM500/ Cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

 

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

 

Program i-SURI akan dilaksanakan dalam tiga fasa seperti berikut :-

  1. Fasa 1 bermula dari 15 Ogos 2018 di mana dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP
  2. Fasa kedua yang dijangka bermula tahun 2019 di mana sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  3. Fasa ketiga yang dijangka dimulakan pada awal 2020 di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri (Pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan)

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan kepada maklumat rasmi daripada Portal Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebarang permohonan atau semakan hendaklah dibuat terus di laman web portal rasmi tersebut.

Maklumat Lanjut Dan Penjelasan Produk

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000

Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP serta merujuk Laman sesawang KWSP di pautan berikut :-

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan