Apa itu Novel Coronavirus COVID-19? Kenali Tanda Dan Gejala Virus Corona

Informasi

Informasi

Tirai tahun 2020 dibuka dengan penularan wabak Influenza A yang menjadi isu hangat di seluruh negara. Belum sempat keadaan menjadi reda, tidak lama kemudian rakyat digemparkan pula dengan penularan wabak baharu yang dikenali sebagai Novel Coronavirus (COVID-19), sejenis virus yang bermula atau berasal dari Wuhan, China dan telah menyebabkan kekecohan bukan sahaja di seluruh Malaysia malah seantero dunia

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan famili atau kumpulan virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang merangkumi selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Nama Coronavirus berasal daripada perkataan Latin ‘Corona’ yang bermaksud mahkota yang merujuk kepada bentuk virus tersebut apabila dilihat di bawah mikroskop. Novel Coronavirus pula adalah spesis baru yang belum pernah ditemui pada manusia

Punca asal penularan wabak Novel Coronavirus ini dikatakan bermula dari sebuah pasar basah di Wuhan yang aktif menjalankan perniagaan haiwan-haiwan hidup untuk dijadikan hidangan makanan. Antara haiwan yang dijual adalah kelawar, ular, katak dan banyak lagi. Virus ini dipercayai berjangkit dari haiwan-haiwan tersebut kepada manusia yang kemudiannya menular ke serata dunia

Jumlah keseluruhan kes setakat 29 Januari 2020, jam 10 pagi adalah sebanyak 6059 kes di serata dunia. Di negara China sahaja, sudah terdapat 5974 kes Novel Coronavirus serta 132 kematian disebabkan virus tersebut. Manakala di Malaysia terdapat 7 kes yang telah disahkan tetapi tiada lagi kematian setakat ini. Tiga kes jangkitan terkini pula adalah warganegara China. Disebabkan rakyat Malaysia juga terdedah dengan jangkitan virus ini, sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga dan ketahui sebanyak mungkin tentang Coronavirus, Simptom dan Cara Pencegahannya

Novel Coronavirus (COVID-19) : Fakta, Jenis, Simptom Dan Cara Mencegah

Walaupun tiada lagi kes kematian yang dilaporkan di Malaysia, namun Novel Coronavirus telah terbukti boleh membawa maut berdasarkan kes-kes yang berlaku di China. Oleh itu, seorang individu yang prihatin perlulah berusaha dengan sebaiknya untuk melindungi diri daripada dijangkiti, secara tidak langsung mengelakkan penularan wabak ini kepada orang lain

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Coronavirus yang merangkumi simptom dan cara pencegahan buat panduan semua

Fakta Novel Coronavirus COVID-19

1. Novel Coronavirus tersebar dengan cara yang sama seperti influenza dan virus lain iaitu melalui udara

2. Ia merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada individu lain menerusi titisan salur pernafasan (respiratory droplets) samada sewaktu bercakap, batuk atau bersin

3. Titisan tersebut boleh mencemari suatu-suatu permukaan dan mengakibatkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan berkenaan

4. Untuk mengenalpasti samada Novel Coronavirus telah berjangkit pada diri seseorang, ujian pengesahan dilakukan dengan cara mengambil sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung sebelum digunakan untuk menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) bagi mengesan genetik penyakit tersebut

5.  Setakat ini tiada lagi penawar spesifik seperti antiviral yang dapat digunakan untuk merawat Novel Coronavirus. Bagi pesakit yang telah dijangkiti, mereka hanya dapat menjalani rawatan sokongan sehingga pulih daripada penyakit tersebut dengan sendiri

Jenis Coronavirus

Terdapat 3 jenis coronavirus yang pernah melanda dunia iaitu: –

1) SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) : dikenalpasti di China pada tahun 2003 dan virus ini tersebar kepada penduduk negara tersebut melalui spesis Civet Cat. Terdapat lebih 8000 kes yang dilaporkan di 30 buah negara manakala jumlah kematian yang disebabkan oleh virus ini melibatkan lebih 700 orang pesakit. Sesetengah pesakit meninggal dunia disebabkan oleh pneumonia

2) MERS (Middle East Respiratory Syndrome) : bermula dari Arab Saudi pada tahun 2012 dan unta adalah penyebar virus ini. Lebih 2000 kes dilaporkan dari 27 buah negara Timur Tengah

3) Novel Coronavirus/Wuhan Coronavirus : merupakan virus terbaru dari famili Coronaviridae dan mula dikesan pada 7 Januari 2020 selepas kajian sebaran penyakit sesama manusia dijalankan. Novel Coronavirus yang bermula di Euhan dinamakan sebagai COVID-19

Simptom Dan Tanda Awal COVID19

Kepada yang mengalami simptom-simptom di bawah, terdapat kebarangkalian bahawa mereka telah dijangkiti penyakit ini :

1. Demam

2. Batuk

3. Sesak Nafas

Informasi

Nota: Pesakit akan mengambil tempoh antara 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut (berdasarkan jangkamasa virus MERSCoV untuk menunjukkan simptom)

Disebabkan tiada lagi penawar kepada virus ini, pilihan terbaik adalah untuk mencegah serta melindungi diri daripada dijangkiti. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

Panduan Pencegahan Novel Coronavirus

  1. Jaga kebersihan diri dengan cara mencuci tangan dengan kerap (gunakan air, sabun atau bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer)
  2. Amalkan etika iaitu menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk dengan tisu kemudian buang tisu tersebut ke dalam tong sampah
  3. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak berbasuh
  4. Sekiranya melawat ke tempat-tempat yang terjejas dengan wabak ini (dan perjalanan tidak dapat dielakkan):
    a. Sentiasa membawa penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
    b. Elakkan berkunjung ke tempat tumpuan orang ramai dan bersentuhan atau bergaul rapat dengan individu yang mempunyai simptom
    c. Elakkan melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
    d. Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan seperti daging dan telur yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna
  5. Sekiranya jatuh sakit (mengalami jangkitan saluran pernafasan iaitu demam, batuk atau sukar bernafas) dalam tempoh 14 hari setelah pulang dari lawatan tersebut, segera dapatkan rawatan perubatan. Selain itu, berikan maklumat berkaitan perjalanan tersebut kepada doktor yang merawat

Informasi

Buat masa ini tiada bukti samada virus masih boleh hidup di permukaan luar barangan dalam tempoh masa yang lama tetapi sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah berikut dapat dituruti:-

Pencegahan COVID19 Bagi Barangan Dari China

  1. Basahkah tisu dengan losyen / hand sanitizer atau sabun
  2. Lap barangan yang baru tiba dari negara China menggunakan tisu yang telah dibasahkan tersebut

Langkah-Langkah Kesiapsiagaan Dan Respon KKM

Berikut dikongsikan usaha-usaha KKM dalam mengendalikan penularan wabak Novel Coronavirus:

Informasi

Informasi

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan