Malaysia amat menitikberatkan keselamatan pengguna di jalan raya khususnya dalam mengelakkan kehilangan nyawa. Pelbagai inisiatif kerajaan telah dilakukan bagi mencegah kemalangan jalan raya daripada berlaku termasuklah peraturan had laju dan juga penguatkuasaan undang-undang melalui pengeluaran saman kepada pemandu atau pemilik kenderaan
Saman trafik ini boleh dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Terdapat pelbagai cara untuk menyemak saman trafik termasuklah semakan secara online atau SMS yang merupakan kaedah yang lebih pantas dan mudah untuk check saman baharu dan saman tertunggak dan juga membayar saman
Dahulunya, sistem saman akan dikeluarkan secara manual iaitu pengeluaran secara “on the spot” atau surat saman dihantar terus ke alamat rumah pemilik kenderaan berdaftar. Kini di era teknologi zaman moden, maklumat samada anda menpunyai saman atau tidak, boleh diakses secara atas talian (online) mahupun menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) selain daripada semakan manual di kaunter agensi yang mengeluarkan saman tersebut
Pada 17 Ogos 2018, kerajaan telah membatalkan kesemua saman Automated Enforcement System (AES) dan Automated Awareness Safety System (AwaS) yang telah dikeluarkan dari tarikh awal pelaksanaan sehingga 31 Ogos 2018. Namun mulai 1 September 2018, JPJ telah mengambil alih sistem AES dan AwaS secara sepenuhnya melibatkan pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan sistem tersebut termasuk operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman
Kamera AES/AWAS terletak di 45 lokasi iaitu sebanyak 29 kamera hadlaju – speed trap dan 16 kamera lampu isyarat dengan tanda amaran akan diletakkan di antara 2 hingga 3 kilometer (km) sebelum kamera di pasang. Tiada diskaun atau pengecualian akan diberikan kepada kadar kompaun jika pengguna jalanraya terlibat dalah kesalahan ini
Menurut Menteri Pengangkutan, sejak 1 September hingga 8 November 2018 sebanyak 60,444 saman AES telah dikeluarkan kerana melanggar had laju namun hanya 1,711 saman telah dijelaskan. Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula 4,575 saman dikeluarkan tetapi hanya 167 sahaja yang membayar. Beliau menyatakan waran tangkap akan dikeluarkan terhadap individu yang gagal hadir ke mahkamah serta akan disenarai hitam daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga saman AES diselesaikan
Semakan Saman PDRM Polis Trafik, JPJ Dan AES Secara Online Dan SMS
Saman akan dikeluarkan oleh agensi penguatkuasa berkaitan akibat pengguna melakukan kesalahan jalan raya seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menghalang lalu lintas dan sebagainya.
Mekanisme Semakan Saman JPJ Melalui SMS
TERKINI : Perkhidmatan semakan saman melalui SMS tidak disediakan pada masa ini. Jika perkhidmatan ini dibuka semula, makluman akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Semakan Melalui SMS JPJ
Taip : JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan
Hantar SMS ke : 15888
Semakan Melalui SMS Polis PDRM
Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan
Hantar SMS ke : 15888 atau 32728
Semakan Melalui SMS (Jawapan terperinci)
Taip : POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No Kenderaan<jarak> Alamat email
Hantar ke 15888 atau hantar ke 32728 (Maklumat saman akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
Caj perkhidmatan dikenakan iaitu caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20
Mekanisme Semakan Saman Trafik, JPJ/AES Secara Online
Terdapat empat portal semakan setakat ini yang menyediakan perkhidmatan semakan saman trafik secara atas talian (online) tanpa sebarang caj iaitu:
1. MyBayar Saman (Saman polis sahaja)
Kunjungi Laman Sesawang Sistem MyBayar Saman PDRM melalui pautan berikut:
- Sila buat pendaftaran bagi pengguna baru dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau log masuk bagi pengguna sedia ada.
- Setelah log masuk, butiran saman akan dipaparkan
- Bayaran saman boleh dibuat secara online
2. Portal Rasmi JPJ mySIKAP (Saman JPJ & AES Sahaja)
Kunjungi laman sesawang Portal Rasmi JPJ seperti pautan di bawah:
- Pengguna perlu mendaftar untuk log masuk
- Pilih “Daftar/Log Masuk Kali Pertama”
- Sila isi semua maklumat dengan tepat
- Klik butang “Teruskan” dan paparan pendaftaran berjaya akan ditunjukkan
- Log masuk semula di halaman utama portal mySIKAP menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara untuk membuat semakan saman dan pembayara secara online
3. MyEG Services (Saman JPJ Sahaja)
Kunjungi Laman Web MyEG seperti disertakan di pautan di bawah:
- Pengguna baru perlu mendaftarkan akaun baharu sekiranya menggunakan MyEG buat kali pertama
- Sebaik sahaja mendaftar, log masuk (login) menggunakan nama dan kata laluan
- Setelah login, klik eServices pada menu dan sila pilih jabatan yang berkaitan iaitu JPJ (AES)
- Seterusnya klik pada pautan yang berkenaan sekiranya mempunyai saman. Perkhidmatan semak saman, pembayaran saman juga turut disediakan oleh MyEG selain peringatan ke email jika terdapat saman terkini buat pengguna
Maklumat Lanjut
PDRM dan JPJ juga ada menyediakan diskaun bayaran saman bersempena dengan sambutan hari tertentu seperti Hari Polis, Ulang tahun JPJ, Hari Bersama Pelanggan dan sebagainya di mana diskaun sehingga 50-70% ada ditawarkan. Namun kesalahan berikut tidak layak untuk mendapat diskaun bayaran saman :
- a. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) & Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
- b. Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
- c. Saman Mahkamah
- d. Saman melibatkan warga asing
- e. Saman melibatkan lori
Senarai Tawaran Diskaun Saman Polis & JPJ
TERKINI: Pengurangan Kadar Kompaun Saman PDRM
Pengurangan kadar bayaran kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50% bagi kesalahan terpilih. Ianya akan dilaksanakan bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 hingga 10 Disember 2023.
Lokasinya adalah di Khemah 2 (belakang Pentas Utama), Pekarangan Stadium Nasinal Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pembayaran saman diskaun sehinga 50% ini hanya boleh dibuat di tapak program serta tertakluk kepada terma dan juga syarat.
KEMASKINI: Kadar Khas Bayaran Saman RM50
Perdana Menteri mengumumkan sempena Hari Raya Aidilfitri, PDRM memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April hingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM yang berlaku dalam tempoh 2022 dan tahun sebelumnya.
Kadar setiap saman boleh dilunaskan pada harga RM50 dan kadar ini tidak terpakai bagi saman yang dikeluarkan pada tahun 2023.
Kemaskini: Diskaun Saman Sehingga 60% Sempena Hari Polis Ke-216
- Tarikh: 20 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023
- Masa: Bermula Jam 8 Pagi
- Kaedah:
a) Aplikasi MyBayar Saman
b) Semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara
KEMASKINI: Diskaun Saman 50% Polis
- Tarikh: 10 Januari 2023 sehingga 12 Januari 2023
- Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
- Tempat: Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee, 50000, Kuala Lumpur
- FAQ :
Q: Adakah layak mendapat diskaun pengurangan saman jika pembayaran dibuat secara online/myeg?
A: Tidak layak( online hanya melalui aplikasi mybayarsaman dan oks kena hadir bagi mendapatkan barcode diskaun mybayarsaman)
Q: Boleh tak kalau wakil datang bayar saman?
A: Ya boleh tetapi bagi mybayarsaman tidak boleh
Q: Bagaimanakah cara pembayaran?
A: Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan tunai/debit kad/kredit kad. Tp admin galakkan bayar secara tunai untuk mengelakkan masalah semasa pembayaran (merchant terminal pembayaran jika menggunakan debit/kredit kad)
Q: Saman yang bagaimana layak mendapat diskaun?
A: Boleh refer pada attachment yang admin share di bawah ini.
Q: Bagaimana proses pengurangan saman ini akan dijalankan?
A: Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman.
Q: Adakah diskaun pembayaran saman ini hanya saman PDRM?
A: Untuk saman PDRM sahaja. Saman2 lain agensi tidak termasuk.
Q: Boleh tak kalau saya nak bayar saman luar dari Kuala Lumpur?
A: Ya boleh. Saman seluruh Malaysia layak untuk pengurangan saman ini.
Info lanjut: Facebook JSPT KL
KEMASKINI: Diskaun Saman 50% Polis & JPJ
- Tarikh: 1 – 3 Julai 2022
- Masa: 9 pagi – 6 petang
- Tempat: Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan
KEMASKINI: Diskaun Saman Dilanjutkan
Berdasarkan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan, pengurangan kompaun saman sehingga 80% akan dilanjutkan sehingga:
- Diskaun Saman JPJ :
15 Disember 202131 Disember 2021 - Diskaun Saman Polis : 31 Disember 2021
Bagi saman polis, cara bayaran juga telah ditambah iaitu menerusi:
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank seluruh negara
KEMASKINI: Diskaun PDRM Saman Sehingga 80%
Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80% bermula dari 9 hingga 12 Disember 2021.
Pembayaran saman boleh dibuat di:
- KLCC (Hari Aspirasi Keluarga Malaysia)
- Portal / Aplikasi MyBayar Saman
- Kaunter bayaran trafik IPK & IPD Seluruh negara
Baca Juga :Video Cara Daftar MyBayar Saman
Sumber: Pengurangan Kadar Kompaun Saman Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
KEMASKINI: Diskaun Saman JPJ 80%
Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ Tawar 80% Diskaun Bayaran Saman kepada:
- Semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun)
- Kecuali kes-kes yang masih dalam sebutan pihak Mahkamah termasuk berstatus waran tangkap atau perbicaraan
Kemudahan ini akan diberikan bagi tempoh 9 sehingga 12 Disember 2021 di:
- KLCC (Sambutan Hari Aspirasi Keluarga Malaysia)
- Semua Pejabat JPJ di seluruh negara
- Kiosk JPJ
- Portal MySikap Online
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir 12 Disember ini dilanjutkan hingga 31 Disember 2021
Baca juga: Video Cara Daftar Portal JPJ MySikap
Sumber : Diskaun Bayaran Saman JPJ Sempena Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
Untuk kemudahan semua, berikut MYsumber kongsikan beberapa jenis kaedah untuk membuat semakan saman (semakan status menyemak saman) yang dikeluarkan oleh PDRM dan juga JPJ. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua
Related : portal rilek, id dan nombor pendaftaran, untuk mengelakkan, id pengguna dan kata, check saman boleh dilakukan, masuk ke dalam sistem, no plat, rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan, tertakluk pada menu search by kemudian pilih semak saman, klik pada menu search by kemudian pilih semak saman, secara online melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas, butiran maklumat yang diperlukan dan klik butang semak, cara semak saman melalui sms, contoh format nombor kad pengenalan atau no kenderaan, orang awam malaysia mykad, semak saman jpj, sistem pengesanan, caj perkhidmatan sebanyak 15 sen, untuk menyemak dan membayar saman, sistem pengesanan dan kata laluan sementara untuk, contoh format nombor id pengguna dan kata laluan sementara untuk, pdrm pengguna dan kata laluan sementara untuk, sistem pengesanan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, taip polis jarak saman jarak no kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, pdrm pengguna atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, cara check saman polis, hujung jari, saman trafik secara online, daftar log masuk menggunakan id pengguna dan kata laluan sementara untuk, 10 januari 2023 sehingga 31 mac 2023, nombor kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728,