Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Ramadhan 2024 bagi menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini adalah pada lewat petang hari Ahad, 10 Mac 2024 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah
Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen. Kebiasaannya tarikh pengisytiharan akan dibuat sehari sebelum bermulanya puasa
Pengisytiharan mula puasa ini akan ditayangkan di siaran-siaran utama televisyen dan radio pada selepas waktu Maghrib dan sebelum waktu Isyak. Ini kerana setelah diumumkan bahawa esok bakal bermulanya puasa, maka pada malam tersebut akan bermula solat Sunat Terawih.
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. Umat Islam pastinya tertunggu-tunggu menyambut ketibaan bulan yang penuh rahmah ini iaitu bulan Ramadhan.
Tarikh Dan Lokasi Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 2024
Berikut adalah senarai lokasi atau tempat untuk program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Ramadan pada 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijrah
- Perlis
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
- Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar, Alor Setar
- Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
- Perak
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
- Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
- Selangor
- Bukit Melawati
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
- Putrajaya
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Telok Kemang, Port Dickson
- Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
- Johor
- Pontian Kechil
- Pahang
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
- Bukit Pelindung, Kuantan
- Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
- Kelantan
- Bukit Peraksi, Pasir Putih
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
- Sarawak
- Tanjung Lubang, Miri
- Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
- Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
- Labuan
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Bila Cerapan Anak Bulan?
Hilal atau anak bulan boleh dilihat pada hari rukyah iaitu hari kebolehnampakan yang telah ditetapkan iaitu pada sama ada 29 Syaaban, 29 Ramadhan ataupun 29 Zulkaedah pada waktu matahari belum terbenam. Sekiranya terdapat syarat-syarat hilal (anak bulan kelihatan), ia akan dipersetujui kedudukan hilal telah ada.
Menurut Islam, dengan melihat rukyah atau cerapan penentuan awal bulan dapat dilakukan. Ia akan memudahkan proses penentuan tarikh mula berpuasa. Berdasarkan mafhum hadis Nabi SAW: “Janganlah kamu mula berpuasa melainkan setelah melihat hilal.” (HR Bukhari)
Bagaimana cara menentukan anak bulan?
Penentuan anak bulan merupakan suatu proses yang penting dalam Islam. Ianya dilakukan oleh para ulama dan ahli Falak dengan menggunakan berbagai kaedah iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop untuk proses pengamatan Hilal
Anak bulan atau Hilal merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Ianya akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap (new moon). Rasulullah SAW mengajar kita melihat anak bulan bagi menentukan bila akan mula berpuasa. Sabda baginda ertinya: ” Jangan kamu berpuasa kecuali kamu meliihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kami melihat hilal (syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787).
Dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah, terdapat tiga amalan yang berbeza iaitu:
- Rukyah : mencerap anak bulan semata-mata
- Hisab Falak : kiraan hari semata-mata
- Rukyah dan Hisab : menggunakan ‘kriteria imkanur rukyah’ iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan.
Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan praktis penentuan awal bulan melalui kaedah rukyah dan hisab penyelesaian jalan tengah yang dilihat lebih hampir kepada kehendak syarak.
Kriteria Imkanur Rukyah
Kriteria imkanur rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi penentian permulaan bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan dua ketetapan iaitu:
- Hilal berada pada ketinggian tidak kurang dari 5 darjah (5°) ketika matahari terbenam
- Jarak lengkung hilal ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 8 darjah (8°)
Baca Juga: Pengisytiharan Pengumuman Mula Puasa 2024