Benar, menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib dan merupakan tuntutan agama yang perlu dipatuhi oleh setiap umat Islam. Namun begitu, perlu juga diketahui bahawa berpuasa memberi banyak manfaat terhadap tubuh badan manusia selain merupakan satu kewajipan. Hal ini kerana secara asasnya berpuasa adalah sejenis cara untuk mengawal pemakanan
Apabila tidak makan buat seketika, badan juga akan memulakan proses memperbaiki sel-sel rosak selain tahap hormon dalam badan mengalami perubahan. Ketika berpuasa, kandungan insulin dalam badan akan turun secara mendadak. Ini akan membantu meningkatkan proses pembakaran lemak. Hormon pembesaran manusia juga akan meningkat sebanyak lima kali ganda. Hal ini bukan sahaja dapat membantu proses pembakaran lemak, malah pembesaran otot dapat dirangsang. Sel-sel akan diperbaiki dan pada masa yang sama segala bahan toksik dalam badan akan disingkirkan daripada sel
Umum mengetahui bahawa berpuasa dapat mengurangkan berat badan. Menurut pemahaman biasa, hasil kehilangan berat badan tersebut adalah disebabkan oleh orang berpuasa yang tidak memakan apa-apa. Tetapi sebenarnya, di sebalik amalan berpuasa, berlakunya peningkatan hormon noradrenalin, suatu hormon yang dapat membantu meningkatkan proses pembakaran selain merangsang penggunaan tenaga. Kadar metabolisma dalam badan ditingkatkan sebanyak 3.6% hingga 14%, sekaligus memudahkan kalori dalam badan dibakar
Walaupun terdapat pelbagai manfaat daripada berpuasa, umat Islam haruslah berhati-hati juga dengan mengendalikan nafsu sebaik mungkin terutama sekali ketika waktu berbuka. Sememangnya kita akan mudah tergoda dengan pelbagainya hidangan yang disediakan baik berbuka puasa di rumah, membeli juadah di bazar ramadhan, mahupun menghadirkan diri ke restoran atau hotel bagi hidangan buffet ramadhan
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Terengganu Tahun 2024
Semua umat Islam pasti sangat menantikan waktu berbuka kerana di saat inilah mereka dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman sekaligus menghilangkan lapar dan dahaga yang telah ditahan sejak sahur. Walaupun begitu, umat Islam perlu sentiasa beringat bahawa adab-adab pemakanan perlu dijaga dan berpada-padalah dalam berbelanja agar tidak berlaku pembaziran
Berbuka puasa di hotel atau restoran yang menghidangkan buffet Ramadhan merupakan salah satu pilihan untuk berbuka puasa. Kebanyakan hotel dan restoran di seluruh negara pasti ada menyediakan pakej buffet Ramadhan yang istimewa di bulan ini. Khusus untuk rakyat negeri Terengganu yang ingin menikmati keistimewaan suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Terengganu 2024 buat rujukan rakyat Malaysia.
Senarai Buffet Ramadhan Terengganu 2024
Senarai buffet Ramadhan Terengganu 2023 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASI | NO & ALAMAT | DEWASA | KANAK-KANAK/ WARGA EMAS |
Grand Puteri Hotel | 09-621 5555 Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu | RM68 | RM38 |
Raia Hotel | 09-668 6666 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, Kuala Terengganu | RM89 | RM59 |
Duyong Marina & Resort | 09-627 7750 Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu | RM89 | RM59/RM69 |
Primula Beach Hotel | 09-622 2100 Jalan Persinggahan, Kuala Terengganu | RM98 | RM55 |
The Qamar Paka, Terengganu | 09-827 3366 Lot 473, Kampong Cacar Paka, Terengganu | – | – |
Hotel Tanjung Vista | 09 631 9988 132-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu | – | – |
Rumbia Resort Villa | 09 827 2020 Lot 3573, Mukim Kuala Paka, Dungun | RM88 | RM55 |
Hotel Grand Continental | 017-968 2658/09-625 1888 Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu | RM88 | – |
– | – | – | – |
– | – | – | – |