Bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi setelah setahun meninggalkan kita semua. Sekiranya dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini sekali lagi, peluang yang diberikan itu haruslah digunakan sebaiknya untuk menambahkan amalan dan meningkatkan ketaqwaan. Kerana kita belum tahu andainya kita dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Sama-samalah kita berdoa pada Allah moga dipanjangkan umur dan ditambahkan amalan kita
Ketibaan waktu berbuka di sepanjang bulan Ramadhan merupakan saat yang dinanti-nanti. Rata-rata rakyat Malaysia membeli juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan. Masjid-masjid dan surau-surau turut menyediakan juadah berbuka secara percuma. Ada juga yang memilih untuk berbuka dengan cara yang lebih istimewa iaitu dengan hidangan buffet Ramadhan
Waktu berbuka puasa di Malaysia adalah sangat menyeronokkan kerana terdapat pelbagai jenis pilihan yang ada. Dari bazar Ramadhan ke kedai makan, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan bagi umat Islam yang ingin berbuka. Syarikat-syarikat mahupun keluarga dan rakan taulan lazimnya tidak melepaskan peluang untuk berbuka bersama-sama di restoran ataupun hotel pada bulan yang datang setahun sekali ini
Namun harus diingat, berbuka puasa perlulah berpada-pada dan mengikut kemampuan serta bukan semata-mata didorong nafsu sahaja. Kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar untuk berbelanja dengan membeli makanan yang diinginkan dalam kadar yang berlebihan sehingga tidak habis pada akhirnya. Pembaziran seperti inilah yang tidak patut dilakukan dan harus dielakkan. Buffet Ramadhan pastinya menjadi pilihan yang bijak kerana dengan sekali bayaran, pelanggan boleh menikmati semua hidangan yang disediakan
Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Putrajaya Tahun 2024
Bagi yang berminat untuk menikmati serta merasai suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet, terdapat banyak hotel dan resort yang mengadakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Putrajaya 2024 buat rujukan semua.
Senarai Buffet Ramadhan Putrajaya 2024
Senarai buffet Ramadhan Putrajaya 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut
LOKASI | NO & ALAMAT | DEWASA | KANAK-KANAK |
Palm Garden Hotel IOI Resort City | 03 8943 2233 Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya | RM178 | RM79 |
Dorsett Putrajaya | 03 8892 8388 Lot 3 (Lot 3C5) Precinct 3, Putrajaya | RM139 | RM88 |
Puffy Buffy | 03 8322 6637 Suite G-32-4809,, Cyberjaya Business District Perdana 2, Cyberjaya | RM58 | RM29 |
Aldar Lounge | 03 8230 8061 level 1-02, Menara Paragon, Persiaran Bestari, Cyberjaya | – | – |
Hotel Marriott Putrajaya | 03 8949 8922 Putrajaya, Sepang Utara, Selangor | RM198 | RM99 |
The Everly Hotel Putrajaya | 03 8892 2929 Precinct 1, The Everly, Putrajaya | RM138 | – |
Giggles and Geeks, Cyberjaya | 019-845 0418 Bio-X Centre, Persiaran Cyberpoint Selatan, Cyber 8 63000 Cyberjaya | – | – |
– | – | – | – |